^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

20 November 2017

Minggu Akhir Persekolahan Sesi 2017 Dan Minggu Akhir Bekerja 2017

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Assalamualaikum,


Hasil carian imej untuk 38 weeks pregnant
http://www.yourbabylibrary.com
Alhamdulillah, hari ni dah 38 minggu 4 hari usia kandungan..... tapi masih lagi bekerja..... pergi balik kerja masih lagi naik motor macam biasa..... hihu..... kalau terhentak masa naik motor tu redha je lah..... doa banyak2 moga tiada apa yang tidak diingini berlaku..... mertua selalu call Hubby mintak hati2..... in shaa Allah, kami sentiasa hati2..... doa nabi Yunus pun kerap dah aku baca sekarang ni.....

Next week dah start cuti sekolah..... maka aku pon ikut bercuti..... terus guna yang cuti 90 hari kerajaan peruntukan..... maklum cuti rehat tahunan dah tinggal sikit..... cuti rehat tu kita simpan untuk tahun depan ye..... rasanya tak dapat nak masukkan dalam GCR tahun ni sebab sikit sangat..... aku kan tahun ni banyak appoiment kat klinik ngan hospital, tu yang guna banyak cuti..... tapi tak per, tahun depan kita cuba simpan cuti ye..... moga baby tak banyak masalah..... in shaa Allah.....



Hasil carian imej untuk barang sekolah
http://pepatungmaya.blogspot.my
Start cuti sekolah minggu depan, plan nak beli siap2 barang2 sekolah princess Aisha untuk tahun depan..... dah darjah 4 dah anak Mama ni kan..... banyak juga yang kena beli baru sebab rasanya banyak barang beliau yang tak berganti sejah beliau darjah 1 lagi terutama baju..... Mama tengok cantik lagi kan, so tak de la beli baru..... tapi untuk tahun depan memang kena beli lain sebab dah singkat sampai lutut dah..... pagi tadi pun ngadu, lengan baju dah pendek..... ok sayang, hujung minggu ni kita shopping barang sekolah yer..... tapi Mama nak duduk je kat kedai tu, Aisha ngan Papa yang pilih..... boleh kan..... hihi

Buku teks sekolah rendah dah dapat minggu lepas..... Aisha macam biasa, dapat buku teks, semangat dia baca, lepas satu buku, satu buku dia baca..... setakat ni dia bagitau kat aku, dia suka matapelajaran Sejarah..... humang aihhhh, itulah matapelajaran yang Mama paling tak minat masa sekolah dulu sebab banyak fakta nak kena ingat..... huhu..... tak apa lah, moga anak Mama semakin tekun belajar tahun depan ye..... tahun ni dah lepas, kita redha je lah apa keputusan yang dah dapat tu ye..... 

Ok, dah settle beli barang sekolah, nak balik kampung, itu pon kalau baby tak keluar lagi la..... hihi..... bajet nak lahirkan baby kat kampung aku, macam my princess Aisha 9 tahun lepas..... harap2 dipermudahkan.....  tapi hari Isnin tu ada check up baby kat Klinik Kesihatan..... harap2 semuanya ok2 sahaja..... dah bagitau ngan Hubby, kalau boleh lepas check up tu nak terus balik kampung, tapi Hubby kerja hari tu..... harap2 diperkenanlah cadangan aku tu..... hehe.....

Dah lah, tak nak bebel banyak2..... tunggu lah nanti ada masa aku share lagi..... sekarang ni pon rasanya dah jarang update blog kan..... oh ya, sekarang ni aku guna PC jiran sebelah..... sebab PC aku ada kerosakkan yang memang tak boleh nak switch on dah..... maka menumpang lah kita.....

Dan, aku nak bagtau, jiran yang aku guna PC dia ni sedang berseronok bercuti 3 bulan di kampung..... Alhamdulillah, beliau dah selamat melahirkan baby pertengahan bulan Oktober lepas..... sdah sebulan lebih dah..... TAHNIAH buat beliau..... nanti aku pulak join beliau cuti 3 bulan..... hihi

Moga semuanya dipermudahkan untuk kita yang sama2 menantikan kelahiran baby ye..... Aamiin.....

K, sekian

28 November 2012

*Wordless Wednesday ~ tergamak bagi nama anak dia Hashtag*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 




trend bagi nama anak dengan nama media sosial tengah fofuler sekarang kat luar sana......
- di Egypt ada bagi nama anak 'Facebook'
- di Israel ada bagi nama anak 'Like'
 - terkini ada yang bagi nama anak 'Hashtag'

semua baby girl plak tu.....
iskiskisk


k, sekian

12 October 2012

*Aisha nak dapat adik*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

erm, cher tengok tajuk kat atas tu.....
ada sesiapa percaya ker.....
hehe

pada bulan Disember nanti 23hb genap umur Aisha a.k.a Umairah 4 tahun.....
so dah sampai masanya kan untuk dia beradik kan.....

oho, tapi jagan percaya dulu dengan tajuk kat atas tu yerk.....
setakat ni belum ada apa perubahan pada diri ini lagik.....
ni semua gara2 anak dara aku tu malam semalam masa dia sibuk menulis buku tetiba dia hisap ibu jari kaki dia.....
orang dulu2 kata kalau anak kita (x tahulah umur berapa kan) isap jari kaki, tu tandanya nak dapat adik.....

erm betul ker?.....


 gambar hiasan
(masa siku Aisha injured ritu but still nak menulis)

lebih kurang gitu lah gaya Aisha menulis malam semalam..... tunduk tunduk tunduk lelama dia ambik ibu jari kaki x lepas pensil terus masuk dalam mulut..... aku yang tersedar terus jerk tarik kaki dia..... "eee, x mau lah isap kaki, kotor la..."..... Aisha senyum jerk n terus sambung menulis.....

so, kesimpulannya..... erm betul ker kata2 orang tua dulu tu yerk?.....

k, sekian
 

27 July 2012

*yang banyak zuriat*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

ingat x entry BABY BOY in da house last week.....

*

*

*

*
*
*

*

*

*

*

TARA!!!!!

inilah dia baby boy tu.....  iskiskisk, apehal la yang nganga mulut luas beno tu?..... nak nenen ker? hehe mintak kat mummy yerk..... hari ni cukup berumur 1 minggu.....

nama di beri adalah Amar Firdaus
Amar - yang banyak zuriat (daddy baby boy yang bagi nama)
Firdaus - nama syurga (atuk baby boy belah daddy yang bagi nama)

moga Amar eh! Firdaus menjadi anak yang soleh n sentiasa ingat jasa baik mummy n daddy selamanya yerk.....

ha! jangan mintak MakLang ngan PakLang duit raya tau, x elok bebudak kecik pegang duit..... hehe
x sabar nya nak gomol2 baby nieh..... so tahun ni ada 2 orang baby kecik kat umah my Abah n Mak..... sorang lelaki n sorang perempuan (Aida Marlisa - anak akak)..... dan menjadikan cucu Abah n Mak semua 9 orang..... Alhamdulillah

moga raya nanti dapat jumpa dorang sume..... Ameen.....

k, sekian

20 July 2012

*Baby BOY in da house*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

berita panas! panas! panas!

 tahniah buat my adik UTEH yang dah pun selamat melahirkan baby BOY pada tengahari tadi lebih kurang jam 12.00tgh kut di Hospital Kota Tinggi, Johor..... setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga, beliau telah dikurniakan baby pertama sebagai penyambung legasi family, Alhamdulillah.....

TAHNIAH!

maaf, akak x dapat nak pergi melawat dalam waktu terdekat ni yerk..... insyaalah, ada masa nanti kitaorang terjah n gomol2 baby tu yerk..... ngeh ngeh ngeh

gambar?..... yelek
(kena tunggu orang2 Johor upload kat FB atau blog dorang, baru aku leh tengok up kat sini, aku pon x tengok lagi rupa baby tu).....
Mak n Abah aku pon x sempat jumpa lagi coz waktu melawat dah habis masa dorang sampai kat sepital..... sekarang ni dorang tengah pusing2 bandar kota sementara tunggu waktu melawat petang nanti..... hehe

k, sekian

p/s : tetiba hubby tanya "kita bile?".....
Insyaallah dear, kiat kena terus berusaha sesama yerk.....



28 February 2012

*Melati Dah Ada Nama*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

ingat x entry baby baru.....
so, tadi dah berFB dengan MokSu Aisha.....

dan aku diberitahu yang 'melati' (panggilan sementara untuk baby baru) dah ada nama registered.....
nama nya adalah.....

Aida Marlisa Binti Shafie

alhamdulillah,
dah jadi abang dah si Mohd Haikal setelah 11 tahun.....
lepas ni tunggu giliran MakTeh Aisha pulak timang baby insyaallah dijangka bulan 7 nanti.....

k, sekian

25 November 2011

*2012 = 2*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 pergh!!!!! tajuk..... agak2 ada yang faham x?......
hehe

okeh,

 ini klu pertama

cerita penuh boleh baca kat SINI



ini pula klu kedua

 maklumat lanjut boleh tengok SINI pula


so, maknanyer.....
pada tahun 2012
aku akan dapat 2 orang anak kembar sedara
tu yang jadi
2012 = 2

sorang dari KAK MAS (mokda Aisha) dijangka lahir pada bulan April 2012 (anak kedua)
n
sorang dari UTEH (mokteh Aisha) baru semalam tahu dan dijangka lahir pada Ogos 2012 (anak pertama)

TAHNIAH!!!
aku tumpang gembira untuk mereka berdua.....
aku? erm, masih lagi berusaha untuk mencari adeeq Aisha n cucu mak n abah



24 October 2011

*Hentikan pengguguran bayi dalam kalangan rakyat Malaysia*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Seorang wanita yang sarat mengandung bertemu Doktor disebuah klinik swasta, wanita itu berusia 21 tahun:

Doktor, saya ada masalah, baru sahaja 10 bulan lepas saya melahirkan anak pertama saya dan sekarang jarak mereka amatlah dekat.

Baiklah, apa yang awak nak saya lakukan Puan?
...
Boleh tak kalau doktor tamatkan kandungan saya ini? Saya berharap sangat dengan bantuan doktor.

Doktor itu kemudian berfikir sejenak dan berkata:
"Puan, baiklah, ini cadangan saya, paling mudah dan kurang merbahaya untuk Puan"

Wanita itu tersenyum gembira selepas mendengar jawapan doktor tersebut.

Kemudian doktor itu menyambung, "nampaknya awak tidak sanggup untuk menjaga 2 bayi serentak bukan? Maka untuk itu, cadangan saya, kita tamatkan riwayat anak yang puan sedang dukung itu. Jika kita bunuh dia, puan masih boleh ada seorang lagi bayi untuk dijaga dan tidak menyakitkan puan, Setuju?".

Wanita itu membentak. "Doktor dah gila?!!! Kenapa saya nak kena bunuh bayi yang dah lahir ni. Kan jenayah membunuh tu!"

"Ya, saya setuju dengan cakap puan, ianya satu jenayah untuk membunuh bayi"

Doktor itu kemudian tersenyum dan meninggalkan perempuan itu keseorangan di bilik rawatannya...

Di akhir pertemuan diluar kliniknya, doktor itu berlari mendapatkan wanita itu dan berkata

"Tiada bezanya membunuh bayi yang sudah lahir dan masih di dalam kandungan, Ia masih kejam dan bersabit jenayah"

Kongsikan penulisan ini jika anda setuju.
Hentikan pengguguran bayi dalam kalangan rakyat Malaysia

Bersamalah menyelamatkan nyawa insan tidak berdosa




# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #