^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

17 October 2014

jalan jalan cari makan Melaka

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, ujung tahun ni adik ada plan nak jalan2 ke Melaka, then last week kebetulan ada pulak rancangan JJCM TV3,  buat kat Melaka.....
so aku snap la pic rancangan tu, yang ada alamat n tempat2 makan yang dorang pi kan..... nanti boleh la adik n rombonganya pi terjah..... hihi



1st restoran adalah Restoran Aida Rich Cafe..... terletak di Ayer Keroh.....
menu yang direkomen adalah asam pedas..... erm kalu ke Melaka x sah la kalu x cari asam pedas kan.....
api bagi aku, asam pedas johor tetap di hati ku..... haha




restoran ke dua..... Restoran Mohd Aini..... kedai tepi jalan je kat Bukit Katil, bukan bangunan batu.....
katanya roti john kat sini special, x der tempat lain..... katanya.....
sorry Naz, pic u x berapa nak elok, janji dapat alamat restoran tu..... huhu




 last adalah restoran Qasreena Cafe, kat Bukit Katil jugak.....
best menu katanya ada pizza peratha cheese..... hurm, aku tengok pon macam best je pizza tu..... kalu ke sana boleh la cuba kan.....

so, ada kengkawan yang dah sampai restoran2 ni..... meh share pengalaman korang kat sini..... erm, inshaa Allah kalu kami berpeluang ke Melaka lagi, n lalu ke tempat2 ni, boleh la JJCM kat restoran2 yang dicadangkan kat atas tu.....

untuk adikku yang dah merancang tu, boleh la take note ye..... jangan lupa bungkus untuk kami sekali..... haha

k, sekian


07 October 2014

jalan-jalan ~ Yeob Bay Hotel & Resort, Lumut, Perak

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


last 2 weekend, aku terlibat untuk aktiviti retreat anjuran opis kat Lumt, Perak..... so bermalam lah aku kat Yeob Bay Hotel & Resort, Teluk Senangin, Lumut, Perak selama 4 hari 3 malam.....
hotel ni rasanya baru beroperasi dalam setahun gitu..... masa group kami datang, lift masih dalam pembinaan, maka menapak lah kami naik turun tangga untuk ke bilik, ke bilik mesyuarat n ke cafe.....

jom tengok2 hotel ni.....



pemandangan hotel dari luar (parking), semuanya 4 tingkat, bilik bermula di tingkat 1.....



ruang lobby hotel yang luas, hujung sana nuun adalah kaunter pendaftaran.....




sambil tunggu giliran nak daftar keluar atau daftar masuk hotel boleh tengok tv.....
hah yang belah kanan tu tempat letaknya lift..... sedang dalam proses pembinaan, inshaa Allah bulan 10 ni siap.....




ruang cafe untuk breakfast n kalau ada group meeting, kat sini juga lah tempat untuk lunch, dinner dan sebagainya..... pendek kata kat sini lah untuk makan.....
ada tempat makan kat luar, masa kami dok sini, kat luar kami buat tempat BBQ pada malam terakhir.....




ha..... ni bilik dia..... sangat terhad, maklum la hotel ni bintang dia x berapa nak banyak..... so don't aspect more la kan..... yang penting ada tempat untuk tidur..... hihi




tanda arah kiblat ada tertampal kat siling ye..... terjemahan Al-Quran pon ada disediakan.....




pemandangan teluk senangin dari balkoni bilik di tingkat 2.....




ni la kawasan luar cafe yang kami buat BBQ tu..... boleh makan sambil menikmati pemandangan pantai.....




pemandangan teluk ketika air surut.....




hah, ni keluar je dari pintu lobby, terus boleh tuju ke pantai..... ada coart bola tampar untuk group yang nak bersukan.....




kawasan parking yang luas jugak lah..... tapi tak berturap, mungkin projek akan datang.....




kat tepi pantai, ada toilet, sesapa yang lepas mandi pantai, bolehlah bersihkan diri kat toilet tu.....





batu tempat untuk bertenggek..... hehe.....




lagi pemandangan teluk senangin yang dekat ngan hotel.....




hah, nak memancing pon boleh, tapi kena lah bawa pancing sendiri, atau sewa dari kedai berdekatan.....
ni dua orang bos aku, dapat lah sorang 3 4 ekor memancing kat sini..... ketam ada, udang ada, sotong pon ada.....





view hotel dari jarak jauh..... sebelah kanan gambar ni, adalah jalan untuk masuk ke kawasan hotel.....




jom jalan2 kat sini pulak..... kawasan ni ikut jalan ke kanan sebelum simpang jalan atas tu nak ke hotel.....




signboard tu disumbangkan oleh Jabatan Landskap Negara.....




ada deretan kedai yang jual pelbagai barangan keperluan ke pantai.....




time ni ada group dari mana ntah, tengah berkhemah.....




ha, salah satu aktiviti yang boleh di buat di sini..... kutip kulit kerang n siput..... hihi




pemandangan sepanjang pantai.....




cantik kan..... ingat nak tunggu sampai matahari terbenam, tapi kakak2 dah ajak balik..... so, jom lah kita balik.....





ini adalah alamat dia

Yeob Bay Hotel & Resort
Lot PT 586, Jalan Teluk Senangin
32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan
tel : 013-4540767

update untuk yang bertanya:
yup, hotel ni 100% milik orang melayu.....
harga lebih kurang RM150 untuk twin sharing room.....
kat hotel ni x der shower heater tau, tapi air dia x der la sejuk sangat..... masih boleh diterima badan..... hihi
sesiapa yang nak book hotel ni boleh la call no HP kat atas tu ye, sebab kat sini line telefon n faks x der buat masa ni..... maklumlah baru lagi beroperasi..... mungkin akan datang ada lah kan.....


k, sekian


30 September 2014

cash out acc Nuffnang kali ke-3

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

tadi dah selamat cash-out akaun Nuffnang untuk kali ke-3..... alhamdulillah, x der banyak mana pon, tapi boleh la buat tambah2 belanja makan keluarga kecil kami..... hihi

jadinya, sekarang ni earning dah tinggal RM0.00




 tapi, ada lagi 5 iklan tengah dok running dalam blog picisan nieh..... alhamdulillah, kempen CPUV sentiasa ada setiap bulan, cuma x der la banyak sangat kan..... janji ada, hehe

k, sekian


pssst : update blog guna kaedah print screen sementara nak tunggu gambar ditransfer dari HP..... huhu

24 September 2014

resepi makaroni bakar oleh chef hanieliza

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

dalam entry pasal gathering episod 1..... ada belen makaroni yang aku buat makan ngan sos bolognese kan..... so 1st batch dah setel esoknya aku bakar..... then ada request sahabat kat opis nak lagi.....
maka aku dengan senang hati buat lagi untuk dia..... katanya, ni adalah makanan favorite..... so x baik menghampakan permintaan orang kan, lagi2 sahabat sebelah meje kat opis..... mau sentap karang kalu aku x buatkan..... hihi


makaroni bakar versi kecil

masukkan dalam bekas aluminium kecik saiz 3"..... beli kat Happy Home, Rawang..... RM6.90 satu pack, dalam pack ada 20 keping bekas..... setengah paket makaroni dapat lah 20 bekas ni.....



makaroni bakar versi besar sikit

ahah, apsal besar sikit, sebab kat umah ada loyang yang saiz kecik je, dalam 6" kut..... cukuplah kalu buat kek ke puding ke untuk kami sekeluarga..... makan 3 orang je pon kan..... hajat nak beli yang saiz besar, tapi rasanya belum ada keperluan lagi..... hihi

so, nak share resepi kat sini..... hasil dari Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza.....


Makaroni Bakar

Bahan A
1/2 paket makaroni (rebus hingga lembut)
1 sudu makan minyak jagung (sapu pada bekas untuk bakar)
5 biji telur
1 cawan susu segar
125 gram keju cheddar parut
50 gm daun parsli cincang untuk tabur

 Bahan B (Sos Putih)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan susu segar

Bahan C (Inti)
300 gram daging kisar halus
10 biji cendawan butang (potong dadu)
3 biji tomato (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 biji capsicum kuning (potong dadu)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara Membuat Inti
  1. Panaskan minyak jagung. kemudian tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan daging kisar, dan bahan yang dipotong dadu, garam dan serbuk lada sulah.  Kacau Rata.
  3. Dah siap, ketepikan.

 Cara Membuat Sos Putih
  1. Panaskan minyak jagung dalam kuali lain dan masukkan tepung gandum. Kacau Rata.
  2. Masukkan susu segar, kacau sehingga sebati.
  3. Dah Siap, ketepikan

 Cara Membuat Makaroni Bakar
  1.  Sapukan minyak jagung dalam mangkuk tahan panas.  Kemudian masukkan makaroni rebus dan bahan inti.
  2. Tuangkan sos putih ke atas makaroni tadi.
  3. Dalam bekas berlainan, kacau rata telur dan susu segar.  Kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi makaroni tadi.
  4. Taburkan keju cheddar dan daun parsli cincang.
  5. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius selama 30 minit.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


 hurm, agak senang jugak la nak buatnya..... walau senarai bahan banyak, tapi boleh cari kat pasaraya..... anak dara n hubby pon suka makan, tu yang semangat aku nak buat tu..... siap tanya bila nak buat lagi..... hehe, tunggu la nanti2 yer sayang..... kita try menu western lain pulak nanti ye.....

k, sekian

22 September 2014

survey jubin di hok ju hardware, rawang

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, salah satu aktiviti cuti hari malaysia last week..... pagi tu jogging kat Tasik Titiwangsa, balik tu singgah kedai hardware, hajat nak tengok2 harga jubin, sebab ada beberapa jubin kat dapur (lama) TerataKami yang pecah dek air yang leaking masa kejadian paip patah n air x masuk tangki last month.....

jom tengok2 jubin a.k.a tile.....
 


kami pegi kat satu kedai je..... Hok Ju Hardware Sdn Bhd, kat Rawang..... dah kata on the way balik rumah kan, su mana yang lalu je lah kan..... hihi
alamat kedai ni:
No. 11, Jalan Bersatu 10, Taman Bersatu, Batu 17 1/2, Rawang, 48000, Rawang, Selangor

kedai ni ada 3 lot..... yang atas ni 2 lot untuk barang2 pertukangan, then ada lagi 1 lot kat bangunan sebelah untuk koleksi berasaskan jubin termasuk, untuk dinding, lantai, toilet bowl n aksesori bilik air.....




antara jubin yang ada..... untuk lantai n dinding




jubin lagi..... yang kiri tu adalah amoi yang jaga kedai ni..... sangat peramah, dia akan layan kita sehabis baik, cerita semua kesesuaian jubin pada tepat2 tertentu, bagitau mana jubin yang mahal, mana yang import..... sampaikan cerita masalah catuan air pon masuk jugak.....  hehe layan.....




jubin lagi.....


 

dan jubin lagi.....


 

 dan lagi jubin....


lepas tu, aku saje jalan2, dah alang2 sampai kan, aku tengok la satu kedai punya barang..... boleh buat bajet kut2 la nak buat perubahan kat rumah tu kan..... hurm, dah lama x deko2 kan..... rindu pulak rasa..... hihi




ni jenis2 paip yang ada..... boleh tahan harga dia kan.....




hah, perasan x paip yang atas sekali belah kanan tu.....
sama pattern dengan yang kami beli kat Happy Home untuk sinki dapur kami..... kat situ x der harga kan..... aku tanya lah berapa harga dia..... RM150 lepas diskaun.....

hurm, kalau sapa yang baca entry aku pasal tukar kepala paip sinki tu kan, harga yang kami beli RM45..... kira sendiri berapa beza dia..... tapi kat kedai ni mungkin yang jenama bagus kut la kan sebab ada jaminan setahun..... yang kami beli tu jenama biasa je, x der jaminan pon, kalu rosak, sila ganti baru ye..... so sesuai lah dengan harga..... hehe




hah, antara aksesori bilik air yang aku teringin nak beli.....
 harga pon boleh tahan..... yang belah kiri tu model pinjam..... aku sibuk amek gambo, dia pon sibuk berposing kat situ..... hihi

erm, harga yang tertera kat sini belum tolak diskaun tau..... so, nanti bolehlah bajet2 kalu kami nak berdekorasi pada masa akan datang..... hehe
hajat nak survey2 je, tapi ada jugak yang tersangkut kat tangan ni, dah sangkut kat tangan, kena lah bayar kan..... apa benda tu, nanti dah siap pasang aku share ye.....
inshaa Allah
 
k, sekian