^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label raya 2011. Show all posts
Showing posts with label raya 2011. Show all posts

26 September 2011

*Uteh Datang Beraya Ke Rumah - Suami Oh Suami*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hah happy monday morning,
sebelum cerita bermula..... just nak inform yang ini adalah cerita last saturday., ok.... 

last saturday during hari raya, my sister Uteh@Ayu n her husband Cik Dik datang ke rumah aku beraya..... terlanjur dia bersama her PIL (family Cik Din) datang ke rumah abang dia yang duduk di Putrajaya, so mereka ambil kesempatan untuk datang ke rumah aku, beraya lah kononya kan..... mereka sampai petang sabtu, seb baik urusan kami untuk keluar beraya di Rawang x jadi, kalau x... x jumpa lah kami.....

ok, sesampainya mereka di rumah kami, aku hidangkan kuih raya yang tinggal saki baki  samosa ayam n karipap sardin jerk yang sempat aku rembat dari kedai kat Tmn Dato' Senu, tu pon aku tambah ngan keropok yang di bawa balik dari terengganu raya ari tu..... selesai makan, aku pujuk Uteh untuk tunggu sampai aku siap masak walaupon mungkin dah lunch kat rumah abang Cik Din kan, aku memang dah stanby masak nasi lebih, ayam pon dah keluarkan dari esbok..... tinggal nak masak jerk.....

wokeh..... aku x reti la cerita panjang2..... jom layan gambar..... k

sementara tunggu aku kelentung kelentang kat dapur, sempat la pulak aku nyer adik ipar@Cik Din tidur hilangkan kepenatan..... sian dia..... sementara Uteh melayan Aisha main kat luar rumah.....

masing2 dah sedia kat depan makanan, dok atas tikar jerk kat ruang tamu, maklum lah rumah x sampai sekangkang kera kan..... tp ok jugak, sambil makan, sambil tengok tv... cerita ape yerk? biru jerk gambo tu.....


owh, program artzooka ntv7..... hehe..... ok menu aku petang tu nasi putih, ayam berempah opis punye masak merah n pucuk ubi masak tumis..... air masak jer la yerk, x elok minum air manis jerk kan, kan, kan.....
 

 sementara kami nak makan, sempat lagi Aisha nak snap2 pic kami..... aku sibuk ambil gambar, dia pon sibuk ambil hp papa n klik klik..... like mother like daughter la anak mama ni kan..... hehe


ok, di sebalik cerita di atas..... ada sedikit insiden yang aku nak kongsi dengan kengkawan.....  ini cerita pasal sang suami ok..... bukan nak memburuk2 kan mereka..... tapi just kongsi info macamana lah agaknya bila sang suami diminta untuk memasak di dapur..... so jangan kecik ati yerk suami2 yang membaca terutama papa@suami ku sayang..... hehe

ok, petang nak masak tu, aku sibuk sediakan bahan2 untuk masak ayam berempah masak merah..... tp aku pikir, xkan nak masak lauk jerk kan, coz dalam esbok memang xder satu pon sayur yang tinggal..... pikir punya pikir, aku decided nak masak apa yang ada kat keliling rumah jerk..... pandang keliling rumah dari celah tingkap jerk..... aku terpandang pokok ubi yang tumbuh macam dah nak mati jerk..... huhu

so, aku panggil la hubby mintak tolong petik pucuk ubi kat luar rumah sebelum pokok tu mati betul2..... hubby dengan bangganya..... keluar rumah guna pintu depan dan bermulalah episod hubby memetik pucuk ubi, aku dapat bayangkan yang banyak jugalah pucuk ubi hasil tuaian huby nanti coz pokok yang kat depan rumah tu agak besar n banyak pucuknye.....

setibanya hubby dekat dengan tingkap dapur, aku terasa pelik coz kat tangan hubby x nampak pok pucuk2 ubi hasil tuaian dia..... aku tanya, "mana pucuk ubi nyer papa?"..... hubby pon buka tapak tangan dia dan.....


 inilah hasil tuaian pucuk2 ubi oleh hubby..... gelak besar aku dibuatnya..... bukan salah, tapi sikit x betul..... ada ker dia tuai hanya daun ubi, bukan pucuk ubi, patutlah sikit benor hasilnya.....

erm..... tak paham yerk..... ok bandingkan pic di atas dengan pic di bawah yerk.....


 ini pula pucuk ubi hasil tuaian aku dengan rasa kelakar dalam hati kasih sayang.....

so, nampak x bezanya..... bagi orang pompuan mungkin dah x kisah n biasa dengan gambar2 ini kan..... tapi dalam kedua2 pic di atas ada perbezaan iaitu, gambar atas hanya kelihatan 1 daun sahaja pada setiap pucuk manakala pic bawah kelihatan 3 ke 4 daun setiap pucuk..... patutlah sikit jerk pucuk ubi yang ada kat dalam genggaman tangan hubby masa dia petik tu..... huhu

tapi x per lah..... sekurang2 nya hubby ada usaha untuk membantu aku kat dapur kan.... THANX HUBBY..... lepas ni insyaallah xder dah masalah kalau aku nak suruh dia petik pucuk ubi kat luar rumah kan, coz dia dah tahu dah..... hehe

lagipon siap jugak masakan pucuk ubi masak tumis aku petang tu

k, sekian

19 September 2011

*Gambar raya 2011 lagi - Padang MPK 2, Kuantan*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 AMARAN!!!!!
tajuk mungkin tiada kena mengena dengan n3.....


ok, ini cerita raya ke tujuh bersamaam 5 september 2011, isnin..... erm agak2 ada lagi ker orang berserita pasal raya nie yerk..... x kira lah, janji aku nak jugak cerita pasal bende nie..... tapi AWAS!!!!! ia bukan cerita kami beraya ke mana2 atau kami berbaju raya warna warni atau kami menerima kunjungan orang beraya pada tarikh tersebut.....

tapi ini cerita 7 syawal yang mana, kami di petang hari, ambil To'mi Aisha dari sekolah coz my MIL dah kerja hari tu..... so, lepas ambil To'mi Aisha, kami termasuk To'ki n Ayahsu Aisha naik 1 kereta pi ronda2 kat bandar kuantan..... memula kami ke stanbas untuk beli tiket Ayahsu Aisha yang akan balik ke Shah Alam ari rabunye..... sambil tunggu Ayahsu Aisha beli tiket, kami lepak kat parking Padang MPK 2 (yang selalu ada wat karnival @ pesta kat kuantan tu).....

so, di situlah my lil Aisha menunjukkan skill dia berposing..... jom layan.....



 cubaan untuk masuk ke dalam padang..... padang lengang coz tiada aktiviti petang tu, cuma kelihatan nyonya tua yang tengah senam ringan2 kat situ


 gaya jerk lebih..... bunyi yang keluar cuma hurup "O".. "P".. "R".. "O".. "P".. "R"..


 bosan mengeja x habis2..... kita panjat pagar laks.....


 "ma... bird..... tu, ma.. bird"


 "mama....."


 wah!!!!! cubaan untuk memanjat lagi tinggi, tapi aku menghalang..... takut2 ada sesuatu yang tidak dikehendaki berlaku.....

lepas puas Aisha posing2 kat pagar padang MPK 2 tu..... Ayahsu pon dah setel dapatkan tiket bas, maka kami bertolak ke East Coast Mall semata2 nak beli susu Aisha..... muahaha, alasan jerk sume tu..... padahal kami bosan dok kat umah..... hehe

jenjalan sampai dah nak maghrib baru kami balik umah..... ondaway balik singgah masjid apa ntah nama dia, berenti solat jap..... n balik umah siap2 lak nak beraya umah kawan hubby..... sebelum balik KL keesokkan harinya.....

k, sekian

15 September 2011

*Salam Aidilfitri 2011*

20 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
kad raya ini akan digantung selagi mood raya ada di hati ini
~n3 terbaharu - sila turun bawah yerk~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 khas buat kengkawan blogger semua

aku nak bagi kad raya kat korang sebagai pengganti diri
"aku mohon ampun dan maaf jika selama kita kenal di alam maya ni aku terkasar bahasa n terlanjur kata dalam bait2 n3 yang aku post kat sini yerk"

aku dah maafkan korang semua sempena hari n bulan mulia ni, k
semoga kita rapat raikan aidilfitri ini dengan aman di hati



jemput datang ke rumah raya nanti
tahun ni aku beraya di
felda adela, kota tinggi, johor

insyaallah raya ketiga kita jumpa di
kuala terengganu pulak yerk

k, sekian

p/s: ambil tau kad raya nie.....  tu jerk yang mampu aku buat n bagi kat kengkawan sume


*Puding Laici Dangdut Open House*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
wah, tajuk..... ini bukan n3 nak share resepi atau nak cerita pasal open house rumah aku yerk..... tapi ini n3 nak cerita pasal sehari prepared Puding Laici untuk open house office yang telah pon selamat berlangsung pada hari Isnin yang lepas kat Bahagian Usahawan, opis aku.....

alhamdulillah makanan sume abis termasuklah menu yang aku sediakan iaitu Puding Kastard Jagung & Puding Laici Dangdut..... tapi sekali lagi aku ingatkan, ini bukan n3 kongsi resepi ok..... just nak share apa yang berlaku masa aku prepared menu itu.....

memula kau buat dengan aman jerk coz my lil Aisha tengah tido..... awal2 aku dah bangun, siap2 goreng meehoon untuk sarapan..... hubby bangun jam 8.30 pg sarapan dah siap coz hubby nak gi keje lak ahad tu nak prepared untuk jamuan raya KPKK.....

so, lepas tu aku trus kuarkan bahan2 yang dah dibeli malam sebelumnya untuk sediakan menu Puding Laici Dangdut sementara Aisha tidur..... time ni hubby dah selamat gi keje dah, so aku sorang2 jerk lah bertung tang tung tang kat dapur..... xder bunyi tung tang sangat koz bukan masak dalam kuali pon kan..... hehe

dah separuh jalan aku tengah godak2 puding dalam periuk.... tetiba my lil Aisha kuar dari dalam bilik dan bermula lah episod aku memasak sambil mulut x berenti menjerit "Aisha, x nak main mangkuk tu"..... "Aisha, jangan ambik tin tu, tajam"..... "Aisha, pisau..... tajam"..... "Aisha, pi ambik buku.....tulis"....."Aisha, no no no"..... "Aisha, x nak lak kacau2, nanti x jadi plak kuih nie"..... mulut aku x berhenti berbunyi sehinggalah aku siap tuang sume puding dalam mangkuk n tinggal tunggu dia mengeras jerk.....

x syiok lak cerita jerk kan..... wokeh, jom tengok pic lak.....



 pic atas kiri : my lil Aisha kuar dari dalam bilik n trus pi kat ruang tamu, cari aku lah tu..... bila dah jumpa..... "Mama....." sambil lambai tangan, dah macam YB lak gayanya... haha
pic lain2 : itulah my lil Aisha, bajet konon2 nak tolong aku masak lah tu.... mangkuk yang aku dah susun atas meja, diangkut, disusun, dicerai, disusun semula, dicerai balik, di susun semula..... hadoi


 lepas tu aku pujuk dia untuk ambil buku cerita dia n tulis2..... alhamdulillah, dia dengar kata.....
puding yang dah selamat dituang, tinggal nak masukkan laici dalam tu jerk.....


 tapi buku tu jadi penyelamat sekejap jerk coz x sampai 5 minit lepas tu, dia mula berlegar2 semula mencari bahan2 apa yang boleh di 'bantu' aku kat dapur tu.....


 ini adalah hasil Puding Laici Dangdut yang berjaya diselamatkan sehingga berpeluh2 aku dibuatnya.....
bukan letih buat puding, tapi letih berperang ngan my lil Aisha yang sebuk jugak nak menuang puding tu dalam mangkuk..... huhu


 close up sikit..... nyum nyum nyum, aku rasa macam manis jerk puding ni, coz memang aku x kuat manis..... tapi alhamdulillah, mendapat sambutan yang hangat.....


 Puding Laici Dangdut yang dah siap di susun n tinggal nak angkut pi opis n masuk dalam fridge..... makan sejuk lah best kan.... hehe


 lagi sekali my lil Aisha yang rajin tolong aku cuci bekas2 yang dah digunakan.....
 bukan main lagi dia mencuci sampai aku panggil suruh buat 'cheese' pon dia buat dek jerk..... sibuk tol dia mencuci bekas tu.....

so, itulah cerita Puding Laici Dangdut Open House aku.....
hehe
bila aku nak buat open house?????.....
insyaallah tahun depan kut, coz aku dok umah sewa sekarang nie, tunggulah umah sendiri la kan kalu nak buat open house..... baru meriah nak wat sesuka hati kat rumah kita sendiri.....
aku nak buat nanti aku jemput kengkawan yerk.....

k, sekian

p/s : Selamat Hari Malaysia!!!!! esok hari


14 September 2011

*Wordless Wednesday - pose atas katil on 1st saturday @ KL after raya*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin




12 September 2011

*Gambar raya 2011*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

ada lagi cerita raya dari kawan2 yerk, tapi semua dah cerita raya ke 4 ke 5 dah kan..... tapi aku baru nak masuk raya pertama nie..... hehe tapi x der la cerita berjela2 coz kali ni raya kami x berapa berjalan mana pon sebab lepas tu kami nak berkejar ke terengganu pulak ada kenduri aqiqah sepupu my lil Aisha.....

tapi yang penting, pagi raya kami tetap melakukan aktiviti wajib bermaaf2an dari yang tua hinggalah ke yang muda..... even Aisha pon dah pandai minta duit raya maaf dengan semua makcik2 n pakcik2 termasuk nyai n yai di pagi raya..... tahun ni memang kami giliran semua beraya di rumah mak n abah aku kat Johor..... meriah sungguh rasanya rumah mak abah dengan 6 orang adik beradik n 5 menantu termasuk 6 orang cucu beraya sekali..... best, tapi x puas coz sekejap jerk kami dapat berkumpul bersama.....

ok lah, jom tengok gambar raya kami yang x seberapa nie..... n ini yo lah gambo yang ado coz photo-g kami malas nak take a pic..... huhu sedey wo.....

 dimulakan dengan sesi bermaaf2an dikalangan ahli keluarga dimulakan dengan mak n abah..... diterukan dengan anak2 hingga ke cucu2 semua..... sayu jerk time ni, aku dah siap ngan tisu di tangan coz memang kami akan mengalirkan air mata tanda maaf yang betul2 ikhlas dari hati.....

lagilah aku yang dok jauh ni kan, dan kami memang jarang sangat balik ke kampung tahun ni sebab urusan rumah kami di rawang yang belum lagi selesai..... isk, sedey lagi.....


 sesi maaf oleh my lil Aisha yan memang dapat perhatian seluruh keluarga..... sebab dialah yang paling kecil setakat ni la kan, tahun hadapan isnyaallah keluarga kami akan bertambah seorang lagi..... bertambah ceria lah raya kami tahun depan..... hehe


 gambar kenangan kami sekeluarga..... hajat nak print besar n framekan gambar nie..... harap ia menjadi kenyataan..... ameen

diikuti dengan sesi bergambar ikut family memasing ngan mak n abah.....


 family kak long


 family abg ngah


 family kak uda yang akan bertambah tahun depan


 family aku


 family uteh (1st time beraya sebagai suami isteri)


 usu yang bakal beraya berdua tahun depan..... insyaallah


 cucu2 bergambar dengan mak n abah


 hah, ni sesi bergambar kat luar rumah pulak, agak2 milik siapalah jejaka kacak yang buat pose baring kat depan tu yerk..... isk isk isk


untuk marhaban kali ni aku x dapat join lor, coz ada kawan dah janji nak datang umah..... so, dah separuh perjalanan barulah kami join, itu pon cuma hubby n Aisha jerk yang pegi, aku tolong usu n uteh buat persiapan untuk kumpulan marhaban yang akan singgah di rumah kami.....


inilah kumpulan marhaban yang diadakan sebaik sahaja selesai solat aidilfitri 1st syawal aritu yang singgah di rumah kami..... penuh ruang tamu depan n ruang tengah rumah kami dengan kedatangan mereka..... alhamdulillah rezeki syawal sambil datang bermaafan diantara ahli kumpulan marhaban yang terdiri daripada orang2 dalam blok aku.....


so, itu je lah cerita raya kami yang ada gambar..... cerita lain adalah..... 

raya pertama kami hanya melayan tetemu yang datang ke rumah, x berjalan kemana2 pon.....

raya kedua alhamdulillah tahun ni aku dapat beraya ke rumah kawan baik aku masa sekolah menengah dulu..... tu pon dah malam baru dapat beraya..... kawan2 opis lama di Kraftangan Johor aku x dapat beraya umah mereka coz 1 nombor tipon pon dah xder dalam simpanan, tipon bertukar, so nombor pon ilang dalam simpanan..... huhu, sorry asz n abg d coz x pi umah korang seperti tahun2 sebelum yerk.....

raya ketiga kami dah bergerak ke terengganu dengan perjalanan 7 jam dari adela-kuantan-kuala terengganu..... lenguh jugaklah punggung kami dok dalam kereta..... huhu malam tu tidur umah to'ki hubby, dah penat, o kami x beraya kemana jugak.....

raya keempat kami pi umah abang hubby di kuala terengganu juga untuk buat persiapan kenduri aqiqah + house warming pada raya kelima..... x kemana2 juga kami.....

raya keenam kami pulang ke kuantan (umah PIL), sempat singgah ke umah tok teh hubby di chenih.....

raya ke tujuh my MIL dah bekerja, so kami hanya dok umah jerk..... petang tu kami + FIL n adik hubby ambil MIL di sekolah n ajak mereka jenjalan di bandar kuantan..... (ada sedikit gambar pose aisha yang akan aku kongsi di lain n3)..... malamnya kami sempat beraya di rumah seorang kawan hubby di Taman Guru, Kuantan..... sampai lah ke 12 tghmlm kami dok umah dia coz dah lama x jumpa kan..... penat jugak..... huhu

raya kelapan adalah perjalanan kami pulang ke KL..... n sedia untuk bekerja.....

 last but not least..... ofkos la gambar kami yang suka gedik2 nie..... tapi tetap x banyak coz semua orang bekejar nak join aktiviti marhaban pulak lepas nie.....


k, sekian


09 September 2011

*Entry Raya*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 ops!!!!!

entry raya?? huhu belum ada mood lagi la nak buat n3 raya..... bukan apa, gambo dalam lappy hubby, aku ni x rasa rajin lak nak transfer dalam tumbdrive untuk upload dalam blog buat kenangan di masa depan kan..... lagi pon x banyak gambar yang kami snap masa raya ari tu disebabkan mengejar perjalanan yang jauh dari sehari ke sehari hingga 3 negeri beraya..... huhu

sebenonya hubby cum tukang tangkap gambar aku tu memang jenis x suka tangkap gambo..... kamera jerk beli mahal2 pahtu wat tukun dalam bilik stor kat umah..... kalu aku x berbunyi, maka tiadalah gambo..... x kan aku lak yang lebih2 nak terhegeh suoh dia mabik gambo kan..... kamera tu bukan aku nyer..... tapi kengkadang aku paksa jerk dia snap..... dia pon wat muka kesian, snap lah gambo aku yang memang suke gedik2 nie..... haha

so, taun ni, raya xder la sangat gambo raya..... yang ada cuma gambo raya pertama kami di johor..... nanti2 aku update yerk..... tunggu aku rajin bawa balik tumbdrive kat umah (dah cerita ni, haruslah buka drawer n ambil tumdrive masuk bag kan, hehe.....) jeles sungguh kau tengok blog kengkawan dah penuh dengan cerita raya n penuh ngan gambo2 raya yang cantik2 belaka.....

ok, tengah nak cari mood kerja nie.....

k, sekian


29 August 2011

*Meriahnya Rumah Dengan Gantungan Kad Raya Kengkawan*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
weh!! insyaallah esok raya, so ari ni nak gantung koleksi kad raya dari kengkawan yang sempat kumpul.....
dengan adanya kad kengkawan ni maka bertambah meriahlah rumah aku ni kan...
maaf kalau ada yang aku mbik x minta izin yerk.....

















by fiza


by izan


by anje


by izan


by nini d


by jue


by asfaliza


by myfara

p/s: time ni aku dah ada kat kampung tengah wat persiapan raya.....