^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

10 October 2013

*Tips Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

tengah sakit kepala ni..... tu yang xder mood nak berentry awal pagi tadi.....
erm, dah setel kerja, so gugel la info2 yang boleh digunakan kat tenet ni kan.....
terjumpa lah satu info ni.....

of kos lah pasal sakit kepala kan.....
jom baca.....

 ********************

Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang


********************


haha..... tips yang #5 tu x menahan..... 
hilang sakit kepala aku sekejap.....
tapi x boleh amal sebab kat opis x boleh login FB waktu kerja..... hihi
erm, umur dah makin meningkat ni, memacam penyakit datang kan.....
dah lah aku ni penakut nak makan ubat.....
so harapkan petua atau tips secara semulajadi je la nak hilangkan sakit2 nieh.....
moga ia berkesan.....
amin.....

k, sekian

25 September 2012

*Petua Halau Lipas?????*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 ingat x sebelum ni aku pernah bagitau...... kalau kat umah sewa sebelum ni aku berperang ngan anai anai sampai katil pon jadik mangsa..... kat umah baru ni pulak aku terpaksa berperang dengan LIPAS..... euwwwww selain dari kucing2 makcik sebelah umah.....


 ha, ni baru 2 ekor yang berjaya aku hapuskan sambil terlompat2 terlari2 takut lipas tu datang kat aku..... haha


sebelum2 ni kalu aku jumpa, aku akan jerit panggil my dear Hubby untuk sembur ngan racun serangga..... tapi ada sehari tu Hubby tengah mandi, so terpaksa lah aku sembur sendiri..... huhu geli geleman mak dengan lipas nieh nyah..... sebab bila dah sembur, dia lagi jalan laju siap naik kat dinding lagik kan, tu yang aku x suka tu..... huhu

kat umah sekarang ni, Hubby bagitau lipas ni datang dari lubang toilet kat bawah (memang biasanya akan jumpa lipas kat situ)..... kalu lubang lain boleh la tutup kan, tapi kalu dah lubag toilet nak tutup camner..... any idea?????.....

dah gantung ubat gegat yang wangi tu pon x jalan..... erm, nak buat camner lagi yerk?.....
so try google petua halau lipas..... jom tengok.....






 so, lepas ni boleh la pi beli sabun buku yang wangi tu (kat umah dah abis stok) pehtu potong2 n letak kat dalam toilet kat bawah nu.....
jangan tetiba Aisha ambik n buat main sudah..... naya jerk kan.....
katanya sabun wangi akan sebabkan saluran nafas lipas tersumbat, tu yang lipas boleh mati kan.....

 moga2 lepas ni (lepas aku letak sabun) lipas xder dah kat Teratak Kami..... insyaallah

k, sekian


31 May 2012

*apa cerita Air Suam dan Sehiris Lemon pulak ni...?*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin



salam

 

nak kongsi info pasal khasit minum air suam + lemon setiap pagi.....


Menambahkan  ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

so, jom lah reramai kita cuba ubah rutin harian kita dengan minum air lemon suam setiap pagi.....

k, sekian

p/s : pada waktu entry ini dipublish, mungkin aku sedang dalam perjalanan ke Kelantan untuk support Pesta Sukan PKKM jabatan aku di sana..... kengkawan doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang n dipermudahkan urusan kami di sana ye..... terima kasih


19 January 2012

*Petua Mudah Kupas Kulit Pisang Muda*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam

ari ni ari khamis kan.....
erm, nak share sikit tips.....
tips @ petua yang aku dapat dari blog INI.....
hehe, thanx USU

pasal petua mudah kupas kulit pisang muda.....
biasanya pisang muda ni adalah untuk buat kerepek pisang.....





caranya:
  • rebus pisang muda dalam air selama lebih kurang 10 minit
  • tos pisang dan biar sejuk seketika
  • bila dah sejuk, boleh lah kupas kulit pisang muda
  • siap

k, sekian

p/s: nak balik kampung, nak balik kampung.....

26 June 2011

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.  Kadangkala Ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
 
2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-Mata.
 
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
 
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!

26 October 2010

*Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
pepetang (harap2 DBP x marah ngan istilah ni yerk) ni nak kongsi apa yang diceritakan oleh DR. HM Tuah dalam artikel bertajuk "Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki"
'
'
********************share here********************
Kecantikan Lelaki
'
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah: -
'
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang selalu tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang sentiasa baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
'
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
'
'
'
Kegagahan Wanita
'
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.
'
Perempuan yang gagah adalah: -
'
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan
'
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
'
'
'
********************renungkan********************
'
k, sekian
'

09 July 2010

*Tips Elakkan Mengantuk*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

ok x letak pic aisha, kena x ngan tajuk n3??..
jumaat sudah.. pepagi yg sunyi..
bukak email.. n jumpa ini..

ekceli dpt dr email (thanx to email seronok group)...
Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah / mendengar ceramah. Saya yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur, cuma.. ntah la.. kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah / dewan ceramah.. lg2 yg suasana suram2 jerk kan??. Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar / tajuk yg diceritakan susah difahami dan membosankan.

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Saya sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab saya selalu jugak tertido dalam kuliah / ceramah.. iyer ker? hm... Bukan sebab saya tak cukup tidur. Bukan sebab saya malas, tapi…. mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek / tajuk ceramah susah sangat nak faham dan bosan.

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

  • Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecture / ceramah start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk. Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk. Lecturer / ceramah baru start kat depan, dia dah menguap.. sape la tu agaknyer kan??. Saya fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya sy pun beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia, memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi. Betul atau tidak anda kena cuba sendiri.. hehe tp chewing gum ni bgus ker for kesihatan..

  • Bawaklah SEBOTOL air masak. Otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. Bila minum air, bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air. Orang melayu ni susah sangat. Bajet macho/cantik la. dah.. dah.. jangan malu. Beli botol air yang cantik, letak dalam beg. OK? leh try ni... nak kn pi bli botol air yg cantik2 la..
  • Bila ngantuk dalam kelas / dewan ceramah, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. ader org suke isap rokok terutama llaki kan?? tp baik cuci muka jerk.. x bazir duit.. coz bkn kita yg bayo bil.. haha

  • kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas,suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat,jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena. hehe sedapnyer kena urut.. zzz..

Cukuplah 4 TIPS. Simple, bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan.

OK. Selamat mencuba.

p/s: all pic credit by mr.google except 1st one.. ist
mine..

05 July 2010

*Tips Atasi Masalah Harian*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Di sini aku nak berkongsi tips yang mungkin berguna kepada kengkawan yang menghadapi masalah harian di rumah.. Apa yang dikongsi hanya tips dan tidak menjamin ianya berkesan 100% atau mungkin ader yang kengkawan dah tau sebelum ni.. k

Masalah Semut:-
Letakkan kulit timun berhampiran dengan lubang semut.

Dapatkan Air Batu / Ais Yang Bersih:-
Gunakan air yang telah direbus / masak sebelum membuat air batu / ais.

Menjadikan Cermin Bersinar:-
Bersihkan cermin menggunakan thinner.

Menghilangkan Chewing Gum Dari Pakaian:-
Simpan pakaian yang terkena chewing gum di dalam peti ais selama sejam, kemudian baru keluarkan dan cuci seperti biasa.

Memutihkan pakaian putih:-
Rendam pakaian putih di dalam air panas yang diisi dengan sehelai hirisan lemon selama 10 minit.

Memberi Sinar Pada Rambut:-
Sapukan satu sudu teh cuka kepada rambut, kemudian cuci rambut dengan air biasa.

Dapatkan Jus Yang Banyak Dari Lemon:-
Rendam lemon di dalam air panas selama satu (1) jam, kemudian perah jus lemon seperti biasa.

Elakkan Bau Kobis Semasa Memasak:-
Letakkan sepotong roti bersama kobis semasa proses memasak.

Hilangkan Bau Ikan Dari Tangan:-
Cuci tangan dengan mencampukan sedikit cuka epal dengan sabun.

Memasak Kentang Dengan Cepat:-
Kupas kulit kentang sebelah bahagian sahaja dan rebus.

Melihat Kesegaran Ikan:-
Masukkan ikan ke dalam semangkuk air sejuk, jika ikan terapung ini bermakna ikan itu segar.

Melihat Kesegaran Telur:-
Masukkan telur ke dalam air.
Jika telur tenggelam dalam keadaan melintang, ia segar.
Jika telur tenggelam dalam keadaan mengiring, ia telah 3-4 hari.
Jika telur tenggelam dalam keadaan mmenegak, ia telah 10 hari.
Jika telur terapung, ia telah busuk.

Menghilangkan Dakwat Dari Baju:-
Letak dan sapukan ubat gigi di tempat yang terkena dakwat dengan rata dan biarkan kering, kemudian cuci seperti biasa.

Mengupas Kulit Kentang Dengan Mudah:-
Rebus kentang dan masukkan ke dalam air sejuk serta merta selepas merebus.  Kupas se[erti biasa.

Menghilangkan tikus:-
Taburkan lada hitam di tempat-tempat di mana ada tikus.  Ia akan lari.

Selamat mencuba.  Semoga Berjaya
k, sekian