^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts

10 October 2013

*Tips Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

tengah sakit kepala ni..... tu yang xder mood nak berentry awal pagi tadi.....
erm, dah setel kerja, so gugel la info2 yang boleh digunakan kat tenet ni kan.....
terjumpa lah satu info ni.....

of kos lah pasal sakit kepala kan.....
jom baca.....

 ********************

Pernah sakit kepala? Bahagian atas dan belakang kepala terasa berdenyut-denyut, pening-pening lalat secara tiba-tiba? Sakit kepala memang boleh membuatkan anda hilang perhatian terhadap suasana sekeliling, berperangai macam 'zombi' dan membantutkan hari gembira anda.

Ada pelbagai sebab kenapa sakit kepala berlaku. Biasanya kita hanya makan ubat dan tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang selepas bangun nanti. Namun bagaimana pula jika anda alergik terhadap ubat migrain? atau sakit kepala masih berlaku walaupun telah berkali-kali makan ubat. Berikut adalah beberapa tips berguna dalam mengatasi sakit kepala secara efektif tanpa ubat:

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala #1 (Nona TV3)
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala #2 (Masnida Md. Isa)
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air.
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

3. Tips Hilangkan Sakit Kepala #3 (Wikipedia)
Bahan-bahan:
- Daun Lemuni

Cara-caranya:
- Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram.
- Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi.
- Amalkan 2-3 hari.

4. Tips Hilangkan Sakit Kepala #4 (Imah Asat)
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan.
- Duduk dan luruskan kaki.
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

5. Tips Hilangkan Sakit Kepala #5 (Jika Sakit Kepala Tidak Teruk) (Enonmoon)
Bahan-bahan:
- Laptop

Cara-caranya:
- Login facebook
- Lihat ruangan chat
- Chat sampai tak sedar sakit kepala dah hilang


********************


haha..... tips yang #5 tu x menahan..... 
hilang sakit kepala aku sekejap.....
tapi x boleh amal sebab kat opis x boleh login FB waktu kerja..... hihi
erm, umur dah makin meningkat ni, memacam penyakit datang kan.....
dah lah aku ni penakut nak makan ubat.....
so harapkan petua atau tips secara semulajadi je la nak hilangkan sakit2 nieh.....
moga ia berkesan.....
amin.....

k, sekian

28 June 2012

*berita sedih.....*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

 nak share berita sedih nie..... kejadian petang semalam..... aku balik keje jam 6.30 petang, balik lewat coz ada duty sempena promosi kat opis.....

sampai kat school Aisha, aku masuk ruang menonton tempat bebudak berkumpul sementara tunggu ibu bapa ambil anak2 masing2..... aku panggil la Aisha nak ajak balik, time tu dia tengah main2 dengan kawan dia..... tetiba aku nampak macam ada sesuatu yang asing kat muka Aisha..... terkejut aku coz nampak ada luka kat bawah mata kiri dia..... rasa macam nak nangis time tu bila tengok anak luka, kat muka pulak tu.....


 see, bawah mata kiri Aisha ada luka.....


aku tanya cikgu yang ada kat situ apa berlaku, (cikgu yang jaga Aisha dah balik time tu)..... dorang cakap ada budak cakar sebab berebut mainan..... kut ye pon berebut mainan janganlah sampai main cakar2..... cikgu tu kata kuku budak tu panjang..... isk, mak pak x tengok ker anak dia camner.....


 zoom sikit


Aisha bukan mangsa pertama yang kena cakar dengan budak tu.....adoi..... sian la aku tengok Aisha, mesti pedih kan coz bukan setakat calar jerk..... kulit tu terkoyak tau, walau x dalam tapi untuk budak sekecil Aisha mesti lah sakit..... tapi Aisha memang kuat, cikgu kata dia nangis jugak masa mula2 kena tu, tapi lepas tu dia ok dah lepas cikgu sapu minyak..... Aisha x melawan balik pon budak tu..... n boleh main2 lagi dengan kawan2 dia, kawan yang lain la kan.....

sebelum ni Aisha pernah jugak cedera (bengkak kaki) masa kat school sebab dia jatuh sendiri masa main slider..... aku x kisah sangat kalau anak aku cedera sebab sendiri, tapi kalau orang lain yang menyebabkan anak aku cedera, aku emo la jugak kan.....

pagi tadi masa pi antar Aisha kat school, aku tanya kat cikgu yang jaga dia, apa yang berlaku sebenarnya..... cerita masih yang sama, then aku tanyalah, mak pak budak tu tau x yang anak dia cakar Aisha..... cikgu tu dah bagitau n dah marah pak budak tu (yang antar n ambik budak tu ke school adalah pak dia)..... hurm, moga pak budak tu sedar akan keganasan anak dia, pompuan tau anak dia tu..... nama dia Sa*a..... tengok2 lah anak kita punya kuku tu panjang atau x..... nak main boleh, tapi jangan sampai mencederakan orang lain..... kalau ini kali pertama, mungkin boleh consider lagi (sebenarnya x boleh jugak), ini dah 3 4 kali terjadi, maknanya 3 4 orang jugak lah budak dah jadi mangsa dia..... maka mak pak kenalah peka ngan perangai anak kan.....

isk, x tahu lah nak cakap apa..... cuma aku harap budak pompuan tu berubah jadi lebih baik lepas ni..... moga luka Aisha cepat sembuh n tidak tinggalkan bekas yang ketara lepas ni.....

k, sekian

p/s : krim gamat dah abis stok kat umah, kena pi beli jap lagi nak sapu kat luka Aisha tu.....


27 June 2012

*Ubat vs Ubat*

16 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam, 

kembali bertugas setelah 2 hari bercuti..... 2 hari jerk tau coz sabtu ngan ahad aku keje..... hehe

nak cerita pasal makan ubat..... bukan aku, aku memang x suka makan ubat, hehe..... ni cerita si anak dara aku..... sebab demam dua ari kelmarin kan, tu yang aku nak cerita nieh..... memang sejak dari lepas pantang aku peratikan Aisha ni makan ubat jenis memilih jugak.....

biasa lah, kerja mesti ada klinik panel yang dilantik oleh company kan..... company aku ada senaraikan beberapa klinik panel yang dekat ngan umah aku diantaranya Klinik Idzham (Jalan Gombak/ Jalan Setapak) ngan Pusrawi-Pusat Rawatan Islam (Jalan Ipoh/ Jalan Tun Razak)..... tu la 2 klinik yang kami selalu pi kalau ada masalah kesihatan.....

aku perhatikan Aisha lebih suka dengan ubat2an dari Pusrawi..... aku x tahu kenapa, mungkin ubat dari Pusrawi lebih sedap n halus dari Klinik Idzham kut.....

 Ubat batuk
kiri - Idzham (lebih likat n berbiji2)


 Ubat selsema
kanan - Pusrawi (lebih cair n manis) ubat yang paling Aisha senang nak makan, siap ambik n makan sendiri.....


 Ubat batuk
kiri - Idzham (rasa macam ubat batuk dewasa)


so kesimpulannya, kalau Aisha tak sihat, kami usahakan jugak pi Poliklinik Pusrawi biasanya kat Jalan Ipoh nuun..... kalau pi ke Idzham, jawabnya ubat tu dia minum, pehtu dia keluarkan semula n habis lekit2 suma baju n lantai umah..... pehtu dalam esbok pon penuh la stok ubat dari Idzham, sumenye penuh jerk lagi botol ngan ubat.....

hari ni, Alhamdulillah Aisha dah sihat sepenuhnya, tinggal selsema sikit jerk, tu pon lepas aku korek balik dalam esbok ada lagi ubat dari Pusrawi bulan lepas punya..... nak harapkan ubat dari Idzham, hampeh dia nak makan, tengok pon dia dah tau..... "mama, ni ubat x sedap"..... huhu

k, sekian


dah, nak BW umah kengkawan yang dah tinggal 4 hari..... cuti kat umah sempat BW jerk, x bleh nak tinggal jejak coz singgah guna BB jerk.....
ari ni bos besar ngan bos kecik outstation..... so, kita enjoy!!!!!
hahahaharapan, jap lagi kena turun bawah jaga demo sambil jenjalan tengok pelamin..... hehe

31 May 2012

*apa cerita Air Suam dan Sehiris Lemon pulak ni...?*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin



salam

 

nak kongsi info pasal khasit minum air suam + lemon setiap pagi.....


Menambahkan  ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.

Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

so, jom lah reramai kita cuba ubah rutin harian kita dengan minum air lemon suam setiap pagi.....

k, sekian

p/s : pada waktu entry ini dipublish, mungkin aku sedang dalam perjalanan ke Kelantan untuk support Pesta Sukan PKKM jabatan aku di sana..... kengkawan doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang n dipermudahkan urusan kami di sana ye..... terima kasih


28 February 2012

*Nombor '8' dan buah*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

anda suka buah?..... aku suka sangat buah..... tapi tidak my hubby, dia allergic buah..... huhu
jom kongsi info pasal buah.....


elakkan daripada membeli buah-buahan dengan aksara nombor "8" pada awal label buah, kerana ia adalah buah-buahan yang diubahsuai secara genetik
 
eksperimen di Perancis mengesahkan bahawa kacang soya diubahsuai dari segi genetik yang diberi kepada tikus, menghasilkan generasi pertama tikus yang mengalami pelbagai penyakit, dan kemudian generasi akan mandul sepenuhnya.

Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan kacang soya yang diubahsuai di dalam makanan manusia, ianya hanya boleh digunakan ke atas haiwan.  elakkan memakan makanan yang diubahsuai secara genetik! 94129 Apple? apa maknanya tu!  

baca "label buah". setiap label pada buah hanya mempunyai angka-angka sahaja, sebagai tambahan kepada namanya, untuk memberitahu pengguna sumber dari mana ia datang, juga menunjukkan jika buah-buahan itu selamat untuk manusia atau untuk orang lain

sila baca label buah-buahan dan fahami nombor yang tertera, sistem ini adalah pengenalan identiti alternatif kepada pengimport yang unik, tetapi ia juga merupakan maklumat perubatan yang perlu diketahui
 
label buah-buahan tradisional mempunyai empat digit bermula dengan 4
 
 
 label buah-buahan organik mempunyai lima digit bermula dengan 9

 label buah transgenik mempunyai lima digit bermula dengan 8

 Contohnya:
anda melihat epal di kedai: 
jika label adalah 4922, menunjukkan ia adalah epal tradisional, ia masih menggunakan racun herba dan baja berbahaya semasa penanaman.
 
 jika label adalah 99222, organik dan selamat untuk dimakan.

jika label adalah 89222, maka "Ia adalah diubahsuai secara genetik (GMO), elakkan membeli!".
 
jadi.....
mulai sekarang, kita kena ingat dengan nombor2 yang ada pada buah.....
elakkan dari membeli buah dengan awal nombor '8'.....
untuk kesejahteraan keluarga di masa hadapan.....
 chewah, macam iklan pulak.....

k, sekian

17 December 2011

*Janin yg berumur 15minggu hidup didunia *

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….


Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.






 Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?





Ya ALLAH, betapa besarnya kuasaMu boleh memberi peluang kepada janin ini terus membesar sehingga menjadi bayi.

Bagaimana pula dengan orang2 diluar sana yang sanggup membuang bayi x berdosa sedangkan ia sudah cukup sifat dan sempurna. Semoga mereka cepat2 sedar.


k, sekian


17 November 2011

*Pengesahan Status Halal HP Sauce & Tobasco Sauce*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

source : blog fiza



15 November 2011

*Anda penggemar minuman 3 in 1? Baca ni*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


  • Faktor minuman 3 in 1 menjadi pilihan ramai adalah kerana harga yang murah diantara RM0.50 - RM1 setiap paket.
  • Masyarakat sibuk bekerja n x der masa nak bancuh air, so cara paling senang adalah dengan minum air 3 in 1.
  • Minuman 3 in 1 ni menggunakan krimer susu bukan tenusu (susu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit).
  • Krimer bukan tenusu ini merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan - saluran arteri darah tersumbat dan menyebabkan penyakit koronari jantung & angin ahmar.
  • Pesakit jantung atau diabetes yang minum secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka semakin serius.

Kandungan Minuman 3 in 1

  • setiap pek ada lebih 3 sudu gula
  • krimer yang digunakan adalah lemak tepu
  • ada kafein (menyebabkan rasa berdebar & sukar tidur malam)
  • setiap pek ada 200 kalori = 2 keping roti / sepinggan nasi (menyumbang berat badan berlebihan)
  • kandungan untuk meningkatkan tenaga spt tongkat ali, kacip fatimah adalah sangat sedikit kerana bahan tersebut mahal dan sukar untuk diperolehi


p/s : pinjam kata2 prof Izi.....
"Renung Renungkan Dan Selamat Beramal"

k, sekian



04 August 2011

*Tanda Anak Bijak*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Bismillah,

Sapelah yang tanak anak bijak ek? Tapi anak bijak ini dia tidak bijak sendiri. Mereka memerlukan tumpuan khusus daripada ibbapa untuk mengembangkan bakat mereka. Oleh itu, perlulah kita ketahui, kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka . Kalau kita tidak mahu bersabar, ini akan menyebabkan kebijakkan mereka itu akan merudum begitu sahaja. Kadang tu, kecerdikan diorang ni terselindung sbb ibubaoa anggap mereka ini sebagai anak yang pelik. Ingat, anggapan kita mungkin akan menjadi doa.

So, kat sini mari kita sama2 share mcm mana tandanya anak bijak itu :
  • Dari bayi - selepas bbrp hari dilahirkan, dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Ha ha...ini tanda budak bijak okeh, jangan kata anak kecil ini mengada2 takleh nak tinggalkan. But still dia punya masa tidur lebih banyak (walaupun kurang berbanding bayi lain) dari berjaga jadi bersabarlah sementara dia tengah berjaga tu. Ini selalunya berlanjutan sehingga usia dua tahun.
  • Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap - apabila dia pandai bergerak sendiri semua benda akan dicapai dan disentuh. Malah mereka akan jadi mcm James Bond untuk menyiasat apakah benda yang dipegang itu.
  • Kreatif - perhatikan cara mereka bermain, adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?
  • Menonjolkan bakat kepimpinan - mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersama rakan2 lain
  • Cepat memahami - bila kita cakap dia mudah faham, malah bila diminta kita bacakan buku cerita, walaupun tanpa penerangan yang lebih lengkap mereka akan kata "Oooo...."
  • Ingatan tajam - bila diajarkan doa, zikir dan lagu WonderPet mereka akan menghafalnya dengan cepat.
  • Sikap buruk - nobody is perfect but somebody is prefect . Kadangkala dia cepat membaca tapi bab menulis lambat pula. Jadi mungkin dia akan keliru dengan keadaan ini.
Peranan ibubapa
  • Memberi sokongan - selalulah sokong anak anda dalam apa yang dia ingin pelajari setiap hari
  • Sabar - owh, memang kena sabar sebab mereka ini kurang tidur dan ada-aja-yang- nak-dibuat- main. Jangan jadi Tarzan macam saya
  • Beri lain jenis permainan setiap hari - permainan itu barangkali kotak kosong, kertas kosong, kertas surat khabar dan lain-lain, kita mesti lebih kreatif berbanding mereka.

10 June 2011

*Kenal Personaliti Mengikut Jenis Darah*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Kali ini, jom kita kenal personaliti kita mengikut jenis darah.....
sebelum itu,


TAHUKAH ANDA?? peratus pemilik jenis darah di dunia ini.....


DAN..... anda boleh menerima darah jenis apa sekiranya jenis darah anda adalh.....


ha!!!!!
dah dapat info2 penting di atas.....
maka, jom kita sama2 tengok jadual di bawah.....

PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH..... adakah anda memiliki jenis darah ini dan bagaimana personaliti anda.....

dengan bahasa mudahnya.....

JENIS O
Anda ingin menjadi pemimpin, jika anda melihat sesuatu yang anda inginkan, anda tetap berusaha sampai anda mencapai tujuan anda. Anda adalah trend-setter, setia, bersemangat, dan percaya diri. Kelemahan anda termasuk kesombongan dan iri dan cenderung untuk menjadi terlalu kompetitif.

JENIS A
Anda suka keharmonian, kedamaian dan teratur. Anda bekerja baik dengan orang lain, peka, sabar dan memiliki naluri kasih sayang. Di antara kelemahan anda keras kepala dan ketidakmampuan untuk berehat.

JENIS B
Anda sangat individualistik, suka kepada sesuatu yang mudah dan suka melakukan hal-hal dengan cara anda sendiri. Kreatif dan fleksibel, anda mudah menyesuaikan diri dengan situasi apapun. Tapi desakan anda untuk menjadi bebas kadangkala boleh pergi terlalu jauh dan ia menjadi kelemahan anda.

JENIS AB
Sejuk dan terkawal, anda biasanya disukai orang dan selalu membuatkan orang berasa santai. Anda seorang penghibur yang bijaksana dan adil. Tapi anda angkuh, lurus bendul, dan sukar membuat keputusan.

so, dah dapat tahu personaliti anda? adakah ianya betul? atau ada yang bersangkut paut dengan anda?????
tepuk dada tanya personaliti..... yang baik terus praktikan, yang buruk cari penyelesaian..... (ingatan untuk diri ini juga)

semoga kita sama2 mendapat info, ada info tambahan????? jom kongsi.....

k, sekian


29 April 2011

*Makanan Penghilang Bau Badan*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
'

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.
'
Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.
'
Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

'

Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

'

'

Teh hijauBau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.
'

'
Seledri

Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.
'

'
Jus rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Dilansir dari Foodscout, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.


'

'

__________________________________________________________

info from email
'
'
'
hm..... dalam rancangan tengahari ni nak kuar ngan budak meja sebelah n budak pintu sebelah, hehe.....
'
k, sekian

18 April 2011

*Info Gout*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
disebabkan abah ada sakit gout, so aku cari la maklumat2 pasal penyakit ni, then jumpa la satu maklumat ni yang aku rasa agak lengkap dan boleh dikongsi di sini..... jom kita baca




_________________________________________________________________

info sepenuhnya dari www.infosihat.gov.my


Pengenalan


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.




Tanda Gout


• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi


• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'.

• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk 'batu karang'.

• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

o Kegemukan

o Darah tinggi




Rawatan


Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.


Rawatan serangan akut


• Rehatkan sendi semasa serangan gout.

• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.


Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.


• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang

o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.




Rawatan Jangka Panjang


Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

􀂃 Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

􀂃 Mengelakkan minuman keras

􀂃 Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

􀂃 Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


Pemakanan Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:



Pencegahan


• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout. • Minum banyak air


Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?


Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.


Adakah Gout Boleh Diwarisi?


• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.


Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my




k, sekian