^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label cerita rumah baru kami. Show all posts
Showing posts with label cerita rumah baru kami. Show all posts

10 August 2012

*Pak Hailam Kopitiam*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

last week..... berbuka di

!
!
!
!
!

kebetulan kami sedang mengerjakan lampu garaj di rumah TRP last Sunday..... kerja punya kerja punya kerja..... tup2 dah nak masuk waktu maghrib..... so kemas2 pape yang patut..... start kereta n kami pon ke Tesco Rawang..... belum sempat sampai ke tempat di tuju, azan dah berkumandang menandakan waktu berbuka dan maghrib dah masuk..... maka kami pon berbukalah dengan bekal apa yang ada dalam kereta dulu..... nasiblah ada roti n air green tea yang kami bekalkan untuk Aisha..... dapatlah alas perut sementara tunggu makan yang betul2 kan.....

so ssesampai di Tesco, tengok tempat makan sume penuh..... KFC, Garden Cafe, Santai apatah lagi food court kan..... kompem penuh..... then pusing2 semula ternampaklah tempat kosong kat Pak Hailam Kopitiam nieh.... 1st time makan sini nieh..... hehe

so, hari tu kami berbuka dengan Nasi Lemak Ayam Rendang, Mee Hoon Goreng, Popiah Goreng, air Soya Cincau, Milo Ais (patut milo panas hubby mintak) ngan Strawberry Milk Shake (free aiscream coz lambat)..... sebelum menu yang kami order tu sampai, kami dihidangkan dengan air sirap bandung n teh ais (free) untuk berbuka..... so, total menu kami hari tu adalah RMxx..... huhu aku x taulah pulak kena bayar berapa coz hubby yang pi bayar.... hehe, thanx dear.....

overall, makanan kat situ ok, ada rasa n kena dengan selera kami, cuma aku makan x habis coz bulan puasa kan..... makan x banyak..... maklum perut dah kecik..... haha

lepas ni boleh pi makan kat sini lagi kut kalu terdesak..... hehe

k, sekian

 

15 June 2011

*Jemput datang ke rumah*

20 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hoho, hari ni aku nak jemput kengkawan sume datang ke rumah aku nie.....
baru jerk siap hari ini.....

memula sebelum masuk, bagi salam tau (untuk Muslim), takut2 lah tersalah rumah pulak kan..... maklumlah rumah teres, takut2 ada orang bagi salam kat umah sebelah, terperasan pulak aku..... hehe

ha, jemputlah duduk..... umah aku ni gelap sikit, so untuk keselesaan kengkawan sume..... bukalah lampu kat tepi kerusi tu yerk.....

sambil2 borak tu, kalau bosan leh arr pilih buku kat rak bawah tangga tu, pilih jerk buku apa nak baca, sume genre ada..... sambil aku buat makanan untuk kengkawan yerk.....


 hai kengkawan..... jemput minum, air segera jerk..... x sempat nak bancuh air lor, gula dah abis stok lak tetiba..... pilih la nak air tembikai ke, kiwi ker, epal ke, lemon ke, oren pon ada.....


 jemput makan pizza ni yerk, hubby aku beli tadi, nak masak takut x sedap pulak masakan aku nie..... ala beli pizza yang murah n biasa2 jerk..... potong bebaik yerk, kalau gunting tu tumpul, bagitau tau, nanti aku ganti yang lain.....

 hah, nak pi toilet?..... boleh, toilet ada kat dapur, jalan terus pehtu belok kiri, pintu first tu toilet lah.....


 untuk minum petang aku nak hidang roti sandwich untuk kengkawan..... boleh kan?.....

sandwich telur..... ok kan?.....

 kalau kengkawan nak bermalam kat umah aku pon x per, kami ada sediakan bilik tamu untuk tetamu yang nak bermalam di rumah kami nie..... jemput masuk bilik.....

kalau nak bermalam2 pon x per, dalam bilik tu kami sediakan tempat jemur laundry, sidai je lah baju kat penyidai tu yerk.....

semoga kengkawan selesa dok umah kau yang x seberapa nie yerk.....

tapi ini semua impian belaka..... yang sebenar x boleh nak deco2 lagik..... insyaallah bulan depan kami akan berpindah ke rumah baharu, tapi dengan xder furniture n deco2 lagi lah..... just masuk kosong n bawa perabot kat rumah lama, tu pon kalau x dimakan dek anai2 lor.....

doakan proses renovate umah kami berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya, sekarang tinggal lebih kurang 10% lagi nak siap.....

k, sekian

11 May 2011

*Taman Rawang Perdana : Day 83 renovation*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
x boleh nak cerita panjang2 hari ini, banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan..... janji nak refollow kengkawan pon x terbuat lagi nie..... huhu, just nak share latest pic of our house in renovation after 83 days..... I think it's a very very long time for us to wait until it become like this..... wah!! rasa x sabarnya nak duduk rumah sendiri ini.....

jom layan


pandangan dari kejauhan saja..... kali ni rumah versi black n white sajork.....



puas suruh hubby turun dari kereta untuk snap pic, tapi idok maunyer die turun.....isk isk isk..... hm, perasan x yang tiang gate tu tumbang sebelah kanan, bukan tumbang yerk kengkawan, tapi memang saja ditumbangkan coz nak kena potong biar setara dengan ketinggian gate nanti..... + nak tambah peti surat (nampak x tiang yang terbaring tu ada lubang, ha peti surat ler tu..)

kesian kat 'makcik kucing' sebelah rumah tu, pagar dia kami x pasang2 lagik, aku dah suruh hubby call kontraktor untuk pasangkan dulu tiang gate n pasangkan pintu pagar 'makcik kucing' tu..... n kalau boleh siapkan lah pagar sebelah 'makcik kucing' tu biar x ganggu dia lagi.....


so cukup cerita rumah, nanti cerita lain aku kongsi lain kali yerk, ada cerita Agar-Agar Tauhufa by Kak Ummi yang aku buat last Sunday..... hehe


k, sekian


28 April 2011

*Taman Rawang Perdana : Day 62 renovation*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
upss, sekarang baru boleh nak bertenet semula hari ini..... sedikit info pagi tadi, pasal assembly n majlis doa selamat - actually assembly telah di batalkan then digantikan dengan majlis doa selamat untuk Ketua Pengarah Kami yang telah dimasukkan ke hospital malam tadi kerana masalah kesihatan, alhamdulillah, bos2 yang pergi melawat kata dia dah ok petang nie.....

'

_________________________________________________________
'

ok, berbalik pada tajuk asal..... my house renovation at Taman Rawang Perdana is still in progress, aku rasa tersangat lah slow n steady nye la kontraktor tu buat kerja.....

'

mula2 kerja dulu memang laju, sekejap jerk dalam seminggu dah nampak progress..... tapi sekarang aku tengok perubahan dari minggu ke minggu x banyak perubahan pon..... alasan di beri adalah hujan, n pekerja x ramai yang boleh support..... nak kata kami x bagi duit..... rasa2 nya hubby 2 minggu sekali pergi bank untuk transfer duit yang katanya nak buat beli bahan..... bila kami tengok bahan x der pon kat rumah tu, alasan di beri, x der ruang nak letak bahan..... so, masalah kami ker tu..... huhu

'

n last Sunday kami pergi tengok rumah..... la, baru hari ni nak cerita yerk.. hehe, busy mah, agipon pic sume dalam simpanan hubby, kena mintak dulu, then hubby proses (transfer dalam pc sharing file) 2 hari baru boleh aku ambil..... hehe suami isteri nak share gambar pon ada schedule kan.... ops! ops! lari tajuk sudah.....

'

ok, nak cerita progress renovation rumah kami sehingga last Sunday..... sambil tu tengok pic la yerk..... baru best cerita sambil tengok gambar..... kan kan kan
'

inilah pandangan secara keseluruhan progress, bahagian belakang x mula apa2 lagi..... kalau sape2 yang ikut n3 sebelum2 ni, memang x banyak perubahan kan.....'

' anak panah merah menunjukkan slap yang dah pon di buat, last 2 week x ader lagi tau.....

bulatan putih tu pula (nampak ker?? hehe) adalah wire untuk lampu siling yang x der dalam plan asal, malam tadi baru kontraktor bagitau yang lampu tu perlu coz ruang balkoni besar..... (ikut perancangan asal, kami nak letak lampu dinding jerk)..... so sekarang dah kena cari lampu siling pulak..... huhu bajet lagi tu.....'
'

ini garaj bawah pula, setakat ni memang x der perubahan coz kontraktor nak tunggu bahagian atas n belakang siap dulu, then baru dia akan siapkan garaj ni betul2, takut rosak nanti..... betul juga kan.....

anak panah yang ke kiri tu, aku nak bagitau yang tiang tu nanti bakal di potong kerana terlalu tinggi n nak sesuaikan dengan keitnggian gate nanti, sepatutnya boleh kalau nak tukar tiang lain kan, tapi untuk jimat kos n advice dari kontraktor, so potong je la tiang tu..... jangan kita bako.. kita bako jer... udah lah.. hehe

anak panah ke bucu kiri tu pula, adalah pemandangan yang aku rasa x sedap betul kat mata aku setiap kali kami ke rumah itu..... x sabar untuk lenyapkan pemandangan itu n digantikan dengan gate rumah kami yang x seberapa itu.....
'
'
'

ok, setakat ni je dulu progress rumah kami..... hasil perjumpaan dengan kontrakktor malam tadi, Insyaallah next week dia akan mulakan kerja2 di bahagian belakang pula..... semoga semuanya berjalan dengan lancar..... kami masih mengharap pada kontraktor tersebut untuk menyiapkan rumah kami mengikut tarikh yang dijanjikan..... x larat dah nak duduk rumah sewa + bayar untuk 2 rumah sekali gus.....
'
k, sekian

15 March 2011

*Taman Rawang Perdana : Day 27 renovation*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Alhamdulillah
'
hajat nak jenguk rumah di TRP yang sedang dalam renovation tercapai walaupon terpaksa di tunda dari hari Sabtu kepada hari Ahad last weekend..... cheh!! macam jauh sangat jerk tertundanya kan..... hehe ini disebabkan kontraktor yang buat rumah kami itu ada hal keluarga pada hari sabtu, so perjumpaan kami terpaksa di buat pada hari Ahad, but ia telah berjalan dengan jayanya..... hah, dah macam buat report la pulak.....
'
tapi perjumpaan kami pada hari itu ada berita yang tidak berapa sedap di dengar..... bukan sebab masalah kontraktor @ bukan sebab MPS x luluskan pelan rumah kami..... Alhamdulillah, permohonan ubahsuai rumah kami telah diluluskan dalam masa 1 hari sahaja walaupon kontraktor terpaksa melalui pembebelan n ketidakpuasan pegawai MPS yang banyak karenah.....
'
nak tau apa masalah..... jom kita cuci mata dengan perkembangan kerja2 ubahsuai rumah kami.....
'


gambar ini diambil pada hari Ahad yang lepas iaitu hari ke 27 renovation yang sepatutnya slap / bumbung balkoni dah siap sepenuhnya n mungkin kontraktor sedang buat persiapan untuk meng'extend' bilik utama tingkat atas..... bilik kami ler tu..... hehe
'
tapi see da picture, lubang hanya jadi tempat takungan air hujan semata..... harap2 nyamuk x ler bertelur di air yang kutur ituew..... ameen
'
'
hah!! nampak x apa yang aku bulatkan dalam gambar di atas tu..... ha, itu lah sesuatu milik kucing 'makcik kucing' sebelah rumah..... sesuatu itu telah ditinggalkan di kawasan rumah kami yang tengah sesak dengan pelbagai bahan n peralatan pembinaan..... sungguh tidak sekolah itu kucing sehingga sanggup meninggalkan sesuatu itu di situ..... chies!!!!!
'
' ini adalah perkembangan pada hari ke 14 yang sepatutnya gambar pada hari ke 27 di atas atas adalah lebih baik dari ini kan?????..... tapi apakan daya, kerana seseorang yang membuat complain di MPS n complain itu telah dimasukkan ke dalam sistem MPS telah menyebabkan kontraktor tertangguh kerja untuk membuat slap selama seminggu sebanyak 2 kali.....

'
'
so, keadaan terbaru adalah, kontraktor kami terpaksa bermula dari asal dengan membuat tiang baru, buat pagar gate baru n baru lah boleh siap2 untuk buat slap kan..... then lepas tu barulah boleh nampak perkembangan yang memberangsangkan pada rumah kami tu.....
'
janji kontraktor, dia akan cuba untuk siapkan rumah tu dalam masa x sampai 1 bulan..... insyaallah akan ku tunggu waktu itu..... kalau x tunggu macam mana pulak kan..... hehe
'
semoga lepas dah dapat kelulusan dari MPS nie, harap2 tiada lagi kesukaran yang akan kami hadapi n dapat lah kontraktor tu bekerja dengan aman..... cuma yang ada masalah mungkin tiap2 hari dia akan berhadapan dengan 'makcik kucing' n kucing2 nya yang banyak itu.....
'
k, sekian
'
'

18 January 2011

*Hasil rekaan arkitek cilik untuk ubah suai rumah baru kami*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
last saturday, kami pegi umah yang kami baru beli kat taman rawang perdana..... lebih kurang 45 minit dari tempat kerja kami di KL nie..... konon2 la pegi sana nak kemas2 umah tu + nak cuci coz ingat nak pindah barang sikit2 la sampai ujung bulan ni kan.....
'
tapi.....
'
tengok keadaan rumah tu, banyak jugak nak kena repair, cat lain tu dah semestinya lah kan..... tapi bab repair tu kena la ambik masa kan, dah la makcik sebelah tu bela kucing banyak..... bukan nak memburukan makcik sebelah n bukan aku x suka kat kucing, tapi kucing dia tu dah jadikan umah yang bakal kami duduk sebagai rumah tumpangan dia..... cuba bayangkan, sampai jerk kat pintu umah sementara nak bukak kunci grill..... hidung kita akan di jamu dengan bau kencing kucing yang betul2 hangit..... adoiii fenin pale gue.....
'
bakal tuan rumah sedang berphotoshoot di rumah baru
'
so, kami sepakat nak renovate umah tu, nak tambah bangunan kat belakang, tambah bilik atas + tambah sikit dinding depan..... bukan x nak berjiran, tapi untuk keselamatan kami + umah kami.....
'
ops!! nak renovate rumah..... banyak jugak la proses nak kena buat kan, n ongkosnya pon..... ofkos la banyak..... haha, x per, akan kami usahakan untuk realisasikan impian kami..... so, 1st step telah kami ambil..... iaitu, buat pelan baru untuk rumah kami..... see da pic below
'
this is our imagine for our new house
'
hasil lakaran aku + additional touch up by arkitek cilik yang kami lantik..... sape? our lil aisha la yang sibuk jugak nak join kami buat pelan untuk rumah kami tu..... huhu, so itu lah hasilnya..... haha
'
k, sekian
'
'