^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label turtle. Show all posts
Showing posts with label turtle. Show all posts

12 March 2015

cuci kura-kura

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, lama x cerita pasal kura-kura yang dua (2) ekor kat rumah tu kan..... tup tup dah nak masuk 3 tahun dah kura-kura tu bersama kami..... sampai sekarang mereka x der nama, sebab tengok dedua pon sama je, kalu letak nama kang x tau nama tu hak milik yang mana satu..... so, x bernama lah kura-kura kami..... huhu

hurm, masa memula Aisha dapat dari Nyai dulu, adalah saiz dia sebesar syiling 20sen, sekarang ni dah sebesar tapak tangan aku dah..... Alhamdulillah, mudah je nak jaga, makan pon ok je..... cuma sekarang ni, dorang sibuklah nak keluar dari rumah tu..... nak bersiar2 kut kan..... hihi..... adalah 2 3 kali kejadian balik dari kerja, nak bagi makan, tetiba tengok penutup rumah dorang dah senget / terbuka, n satu kura-kura dah x der kat dalam..... cari punya cari, rupanya ada kat tepi kabinet, ada sekali tu kat celah labu sayong, ada sekali tu kat dalam bilik air..... hamboi, jauh tul dia berjalan..... seb baik jumpa balik.....

tapi apa pon, nak buang letak kura-kura ni kat tempat lain a.k.a jauh dari rumah, rasa sayang pulak..... so, selagi boleh jaga, inshaa Allah akan kami jaga dorang..... Aisha pon rajin je tolong bagi makan n mandikan dorang setiap ujung minggu bila kami x kemana-mana.....




Aisha sedang memberus cengkerang kura-kura masa mandikan dorang..... siap mandi shower kura-kura tu ala2 mandi kat air terjun..... hihi.....




**********
Antara teknik-teknik penjagaan kura-kura :

Pertama
-Tempat Tinggal-

Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar seperti akuarium atau bekas kecil yang tersedia ada dijual di kedai haiwan atau anda boleh menggunakan bekas kecil seperti Tupperware. Pastikan bekas yang mempunyai sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat keluar atau tutup dekat penutup yang ditebuk lubang untuk bernafas juga sediakan sedikit batu untuk kura-kura tidur kerana kura-kura lebih suka tidur dikelilingi batu kerana sifatnya yang pemalu jadi mereka suka menyorok. Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine bagi memastikan air yang baik untuk haiwan air anda. 


Kedua
-Pemakanan- 

Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-sayuran,serangga dan haiwan. Kebiasaanya anda perlukan makanan berupa pellets yang boleh didapati di kedai haiwan. Pellets amat menting kerana ia merupakan makanan yang mempunyai vitamin dan makanan yang mempunyai segala zat yang diperlukan. Anda boleh beri kura-kura anda sayur,ikan atau serangga tetapi sayur memang susah untuk mereka makan mungkin kerana tidak biasa. Mengikut pengalamn saya,kura-kura saya tidak mahu makan sayur,saya berikan pellet seperti biasa dan kadang-kadang nyamuk atau kupu-kupu yang berkeliaran di rumah. Gambar 


Ketiga 
-Kebersihan-

Kura-kura tidak suka air kotor. Jadi rajin-rajinlah menukar airnya. Jika anda malas untuk bersihkan dan menukar air. Anda boleh asingkan kura-kura anda dengan cara anda adakan satu lagi bekas untuk kura-kura anda makan dan buang bahan buangan. Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit selepas makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang berasingan tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya mereka tidak buang air besar di bekas asal. Kura-kura juga perlukan kebersihan,anda perlu memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu sekali bagi membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi. JANGAN gunakan sabun gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan cengkerang mereka. 


Keempat

-Kasih Sayang- 

Belailah kura-kura anda sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas cengkerang lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka dan elakkan dari mencium mereka kerana mereka membawa penyakit seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa penyakit Samonella. 


Kelima
-Berjemur atau basking-


Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka. Mereka mungkin taknak berjemur walaupun ada batu/tempat untuk berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas kering untuk mereka berjemur dibwah lampu. Setakat ini saya gunakan lampu 11watt yang berwarna oren untuk mereka berjemur selama beberapa jam. Pastikan bekas yang mempunyau sisi yang tinggi jika tidak mereka akan keluar

**********


 moga kami diberi kekuatan n kemudahan untuk terus menjaga mereka..... aamiin.....
Aisha asek lah berzikir nak bela kucing..... tapi belum ada kekuatan lagi nak bela..... banyak kena fikir kalu nak bela kucing ni, inshaa Allah, satu hari nanti akan cari juga seekor dua kucing, cuma tunggu masa yang sesuai.....

k, sekian


dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI



25 April 2013

*ikan laga dah mati*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, actually hari Isnin n Selasa lepas kami bercuti, balik kampung sebab ada kenduri anak sedara baru si Siti Ainnur Fatihah Binti Azlan Shah a.k.a anak my USU pada hari ahadnye..... balik dari Kota Tinggi mengambil masa lebih kurang 6 jam melalui highwai Senai-Desaru, highway Plus, highway Guthrie, highway Plus semula untuk sampai ke Rawang pada jam 5.00 petang.....

sampai kat umah ujan lorrr, x per, seb baik mak dah bekalkan nasi putih + sambal tumis + telur rebus untuk kami ngap.....
masuk jerk umah, on suis lampu (sebab umah gelap) n kipas, tapi x nyala..... owh, ni mesti ada kilat n hujan lebat sangat sampai karen mati nieh..... on semula lah kat kotak main suis tu kan..... apa susah.....

bila dah on, perkara pertama yang aku tengok adalah ikan n turtle..... alhamdulillah, turtle ok, tapi ikan x ok..... huhu





see, ikan dah mati sekor.....

yang mati tu ikan laga yang baru kami pindahkan dari akuarium kecil ke akuarium besar pada pagi sebelum kami balik ke kampung hari sabtu lepas.....
huhu


sedey lor.....

sebenarnya hubby ada cakap 2 3 hari sebelum kami balik kampung yang ikan laga tu macam dah nak mati jerk, sebab asik dok kat belah bawah akuarium, n nyorok bawak pokok jerk.....
ikan tu pon sebenarnya x berapa sihat (luka kat perut) lepas terjatuh dalam sinki masa aku nak tukar air dia 2 minggu sebelum tu..... huhu
rasa bersalah pulak aku.....


hilang sudah sirip n ekor dia yang cantik mengembang tu.....


so, untuk tak nak ikan tu keseorangan, aku cadangkan ikan tu dimasukkan dalam akuarium sebab orang kedai tu bagitau yang ikan tu boleh campur.....
erm,  ntah bila la ikan tu mati sebenarnya sepanjang kami balik kampung 4 hari tu kan, x dapat dipastikan.....
sedey tau, walau ia hanya ikan..... dah lah kat umah tu cuma ada 5 ekor jerk, bila mati sekor, tinggal 4.....
mati time kami tinggal balik kampung pulak tu.....
huhu

tapi cerita kat kakak2 kat kampung, KakLong cakap, ikan dia tak tinggal pon ikan2 dia mati jugak..... so, dah ajal dia kan, nak buat camner.....
hurm, moga ikan2 lain membesar n berkembang lah family dorang nanti.....
hehe macam orang pulak kan.....

hajat nak beli akuarium kaca, terjumpa kat AeonBig Pandan, JB, jual set siap ngan pasir, batu, lampu, pokok..... tapi ntah bila lah tercapai..... jauh plak tu nak ngangkut ke TRP..... hehe, verangan dulu lah.....

k, sekian


pssst : oh ya, aku balik kg 4 hari, tu yg x pi umah kengkawan tu, semalam sepagi ada meeting, petang buat report pulak..... so tunggu jap lagi aku pi jengah umah kengkawan yerk..... sori


15 April 2013

*Tips kenal jantina kura2 dari blog Cik Tom*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


jenjalan umah kengkawan, tetiba tertengok tajuk

"Tips Mengenali Jantina Kura-kura"

kat blog Cik Tom.....

hah, ape lagi..... aku kan ada bela 2 ekor kura2 kat umah hadiah dari Nyai untuk Aisha raya taun lepas..... so haruslah aku klik link tu sebab nak tau kan.....

jom tengok apa tips yang cik tom collect dari google.....

1) Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina.



2) Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir.
~ x pernah pulak aku dengar kura2 tu keluarkan bunyi, huhu



3) Kura-kura jantan lebih panjang cakar (kuku) dari kura-kura betina.



4) Kalau masih kecil, pola berbentuk bulat (tompok) dibawah cengkerang kura-kura itu banyak dan rapat bermakna itu kura-kura jantan.



5) Kebiasaannya saiz kura-kura betina lagi besar dari saiz kura-kura jantan.



6) Bentuk cengkerang jantan berbentuk convex manakala kura-kura betina concave.

bentuk convex dan concave untuk cengkerang kura2 (atas)


so, dah boleh tentukan kut kura2 Aisha kat umah tu yang mana satu jantan n yang mana satu betina..... sampai sekarang xder nama lagi kura2 tu..... sebba x pasti jantina dorang..... haha


RM3798.20 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik


k, sekian


pssst : sedang menyenaraikan penuh peserta GA Perfume sebelum undian di buat..... tunggu..... mana yang aku x sempat terjah, mintak mahap sesangat, tapi kalu ada dalam list (page kat bawah header) tu maknanya dalam senarai lah yerk.....

10 April 2013

*deko deko TerataKami ~ menyediakan akuarium kecil untuk TerataKami*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


aktiviti last Sunday, tujuan utama adalah untuk mencari makanan ikan yang sekor ada kat umah tu.....
before that, kami sekeluarga balik ke Kuantan hari Jumaat malam, hari Sabtu tengahari balik semula ke Rawang, sebab my MIL nak pi Shah Alam ambil barang adik ipar yang dah habis study..... dorang tidur umah kami 1 malam..... seronok Aisha sebab AyahSu (adik hubby) ada untuk layan dia..... hari Ahad pagi dorang balik semula ke Kuantan bila dah setel ambil barang kat Shah Alam nuun.....

so, lepas dorang balik, petang Ahadnya kami kuar konon2 nak mencari makan ikan yang dah kehabisan..... kat mana nak cari?..... tentulah kat kedai haiwan kan..... x jauh mana pon, kat area rawang jerk sebab Hubby malas nak jalan jauh2.....

ingat tujuan utama kami adalah mencari makanan ikan sahaja..... tapi bila dah sampai kat kedai..... my dear Hubby jadi rambang mata..... terus terpikat nak cari ikan baru..... owh, yang ada kat umah sekarang adalah ikan laga..... so, konon2 nak tambah la barang sekor dua kan.....

tapi, bila dah ambik, dan ambik, dan ambik, dan ambik..... akhirnya cukup untuk kami buat satu akuarium ikan baru..... jom tengok apa yang kami grab kat kedai tu.....




ini barang utama yang dicari.....
makanan ikan RM3.00 bekas kecil



selain daripada tu, Hubby jugak tergoda untuk membeli 1 set akuarium lain..... termasuk.....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



ikan yang ditambah oleh Hubby..... sume ada 4 ekor.....

 

 
ohoh, anak dara tengak tengok tokey ikan buat kerja dia..... apa lagi ambik ikan la kan..... hehe



 pencuci klorin..... RM6.00



pam udara akuarium.....


ini pam udara kat atas tu, kecik jerk..... lebih kurang 7cm x 5cm saiz dia..... harga RM12.00


 filter untuk memerangkap sampah..... RM4.80


 selain dari itu, ada juga pokok hiasan n ofkos lah akuarium kan..... nanti cerita kat bawah yer.....



 ha, balik umah jerk terus Hubby buat operasi menyusun barang2 yang dah dibeli kat kedai tadi.....




















































TADA!!!!!

 siap dah akuarium kecil untuk TerataKami.....

akuarium tu saiz lebih kurang 1'6" x 8" kut kalu x silap..... harga RM28.00 (beli yang plastik sebab ringan n nanti senang nak cuci, tapi dah ada filter tu x yah cuci la kut kan) 
1) pokok hidup RM3.00 x 2 batang
2) ikan kecil RM1.50 x 2 ekor 
3) ikan besar yang kecil RM2.00 x 2 ekor
4) pokok plastik RM2.00 x 1 rumpun

batu warna warni tu dah sedia ada kat rumah, balance akuarium turtle.....

so sekarang kat rumah kami dah ada 3 akuarium..... 1 akuarium untuk 2 ekor turtle Aisha yang makin membesar n ligat..... 1 akuarium untuk ikan laga..... dan 1 akuarium untuk 4 ekor ikan baru kami.....
lepas ni Hubby cakap nak satukan ikan laga dengan ikan2 yang lain, tokey kedai tu cakap boleh je nak campur janji ada akuarium besar..... so rasanya akuarium baru ni boleh kut campur ikan laga ngan ikan lain sekali kut kan..... agak2 dorang gaduh x yerk?.....

akuarium baru ni kami letak kat sebelah tv, so kalu tetiba Astro xder siaran sebab hujan, boleh kami cuci mata tengok ikan2 tu berenang sementara tunggu siaran kembali ok..... haha


k, sekian


GA Perfume by maszmadi.blogspot.com
08 - 14 April 2013
KLIK SINI


22 December 2012

*dua dua pon nak nyorok bawah jambatan*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


ingat lagi entry ritu pasal rumah baru untuk turtle kami yang 2 ekor tu..... turtle yang sangat pemalu itu telah menunggang langgangkan rumah mereka menjadi seperti tongkang pecah.....



sebelum kejadian.....


cantik kan rumah dorang, tersusun rapi dengan jambatan terletak elok di tempat sepatutnya.....






 



 selepas kejadian


tengoklah tu..... dua2 pon nak menyorok bawah jambatan tu, manelah nak muat kan..... udah jadi tunggang langgang rumah dorang nieh..... huhu tiap2 hari ginilah dia..... hari ni balik keje, betulkan jambatan tu, esok balik keje dah jadi gini..... betulkan semula, lusa balik keje jadi gini semula..... betulkan lagi semula, tulat balik keje jadi lagi gini..... sudahnya aku biar jerk gitu gaya..... bagi makan pon dorang cuma hulur kepala dari bawah jambatan tu, then makan..... uhuk malu sungguh la hai.....

erm, macam nak kena belikan jabatan yang besar lagik jerk..... atau aku akan buat sesuatu dengan rumah mereka itu biar mereka x berebut nak dok bawah jambatan..... haha..... agak2 bila lah aku nak transform rumah dorang ni yerk..... tunggu.....

k, sekian

28 August 2012

*hadiah dari Nyai untuk Aisha sempena raya*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
AS SALAM, 

~eh eh, ter cap-lock plak.. hehe  x per kan, janji maksud tercapai.....~


 erm, cerita raya, tapi bukan cerita kami berhari raya..... ini adalah cerita hadiah dari Nyai (nenek) Aisha sempena raya hari tu.....

terima kasih Nyai..... akan kami jaga elok2 pemberian ini.....
hadiah apa?

















TADA!!!

nampak ?
inilah 2 ekor turtle (1 kat belah kanan, 1 kat belah kiri belakang tu) pemberian Nyai buat Aisha sempena raya ari tu..... hehe, actually bukan Nyai bagi, tapi Aisha yang mintak.....

al-kisah, sabtu lepas my dear hubby drive kereta bawak mak n abah aku pi ke Sungai Rengit untuk tukar lampu akuarium ikan yang tersalah beli saiz..... so, mereka ajaklah Aisha sekali, aku dok umah jerk tengok tiwi..... eh, x lah, aku masak kat umah..... haha

ok, balik pada cerita turtle berdasarkan apa yang mak aku bagitau..... sesampai kat kedai tu, Aisha terus terpandangkan turtle dalam besen..... dia pon mintak lah kat my dear hubby..... maka my dear hubby yang sangat baik hati tu pon suruh lah Aisha mintak kat Nyai dia..... "Nyai..... nak tetel"..... maka seorang Nyai yang x suka menghampakan hasrat si cucu pon membelikan lah turtle itu yang berharga RM15.00 sepasang (memang itu jerk pon turtle yang ada kat kedai tu)..... siap beli sekali ngan akuarium comel berwarna pink itu berharga RM5.00.....

wah! balik dari Sungai Rengit (jarak lebih kurang 30 minit dari rumah) dengan bangganya, Aisha tunjuk turtle tu kat aku..... dah masuk dalam akuarium n bagi makan..... sibuk lah anak dara tu nak angkat n pegang turtle tu..... aku memula takut gak kalu di gigit, tapi ok jerk..... hehe jakun sikit aku x pernah pegang turtle kan.....

maka, sampai lah ke Rawang si pasangan turtle itu..... moga2 mereka selamat dok kat umah nuun sementara kami pi keje nieh..... Aisha dok sibuk nak bawa turtle pi school..... huhu, x boleh la nak oittt, nanti cikgu Shima marah..... buat sementara ni turtle tu aku letak jerk atas meja kat ruang tamu yang kosong tu..... sekarang ni tetiba macam semangat berkobar2 nak buat kolam untuk letak turtle tu kan..... memacam design ada dalam kepala nie..... muahaha, berangan tu kan free.....

owh, aku x tahu berapa umur turtle tu, n x tau jugak mana satu jantan mana satu betina..... yang sekor tu besar dia lebih kurang duit syiling 50sen, yang sekor lagi kecik sikit..... nama x der lagik, Aisha panggil tetel jerk dua2 tu..... hehe..... ha, ada sesapa tau x camner nak kenal turtle tu jantan ke betina, coz nak bagi nama nieh.....

k, sekian


update : jarak sungai rengit dari rumah tu 10 - 15 minit jerk ye?.. tu kalu x jem lah kan... hehe maklum dah lama x pi sana..... uhuk, thanx USU coz betulkan maklumat...