^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

12 March 2015

cuci kura-kura

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, lama x cerita pasal kura-kura yang dua (2) ekor kat rumah tu kan..... tup tup dah nak masuk 3 tahun dah kura-kura tu bersama kami..... sampai sekarang mereka x der nama, sebab tengok dedua pon sama je, kalu letak nama kang x tau nama tu hak milik yang mana satu..... so, x bernama lah kura-kura kami..... huhu

hurm, masa memula Aisha dapat dari Nyai dulu, adalah saiz dia sebesar syiling 20sen, sekarang ni dah sebesar tapak tangan aku dah..... Alhamdulillah, mudah je nak jaga, makan pon ok je..... cuma sekarang ni, dorang sibuklah nak keluar dari rumah tu..... nak bersiar2 kut kan..... hihi..... adalah 2 3 kali kejadian balik dari kerja, nak bagi makan, tetiba tengok penutup rumah dorang dah senget / terbuka, n satu kura-kura dah x der kat dalam..... cari punya cari, rupanya ada kat tepi kabinet, ada sekali tu kat celah labu sayong, ada sekali tu kat dalam bilik air..... hamboi, jauh tul dia berjalan..... seb baik jumpa balik.....

tapi apa pon, nak buang letak kura-kura ni kat tempat lain a.k.a jauh dari rumah, rasa sayang pulak..... so, selagi boleh jaga, inshaa Allah akan kami jaga dorang..... Aisha pon rajin je tolong bagi makan n mandikan dorang setiap ujung minggu bila kami x kemana-mana.....




Aisha sedang memberus cengkerang kura-kura masa mandikan dorang..... siap mandi shower kura-kura tu ala2 mandi kat air terjun..... hihi.....




**********
Antara teknik-teknik penjagaan kura-kura :

Pertama
-Tempat Tinggal-

Jika anda beli kura-kura yang kecil anda boleh menggunakan ruangan besar seperti akuarium atau bekas kecil yang tersedia ada dijual di kedai haiwan atau anda boleh menggunakan bekas kecil seperti Tupperware. Pastikan bekas yang mempunyai sisi yang tinggi supaya kura-kura tak memanjat keluar atau tutup dekat penutup yang ditebuk lubang untuk bernafas juga sediakan sedikit batu untuk kura-kura tidur kerana kura-kura lebih suka tidur dikelilingi batu kerana sifatnya yang pemalu jadi mereka suka menyorok. Jika anda menggunakan bekas,isikan air pada paras yang menenggelamkan separuh cengkerang kura-kura dan bagi yang menggunakan akuarium sediakan daratan seperti batu dan gunakan anti-chlorine bagi memastikan air yang baik untuk haiwan air anda. 


Kedua
-Pemakanan- 

Kura-kura adalah jenis omnivor jadi mereka makan sayur-sayuran,serangga dan haiwan. Kebiasaanya anda perlukan makanan berupa pellets yang boleh didapati di kedai haiwan. Pellets amat menting kerana ia merupakan makanan yang mempunyai vitamin dan makanan yang mempunyai segala zat yang diperlukan. Anda boleh beri kura-kura anda sayur,ikan atau serangga tetapi sayur memang susah untuk mereka makan mungkin kerana tidak biasa. Mengikut pengalamn saya,kura-kura saya tidak mahu makan sayur,saya berikan pellet seperti biasa dan kadang-kadang nyamuk atau kupu-kupu yang berkeliaran di rumah. Gambar 


Ketiga 
-Kebersihan-

Kura-kura tidak suka air kotor. Jadi rajin-rajinlah menukar airnya. Jika anda malas untuk bersihkan dan menukar air. Anda boleh asingkan kura-kura anda dengan cara anda adakan satu lagi bekas untuk kura-kura anda makan dan buang bahan buangan. Kura-kura biasakan akan buang air besar selepas beberapa minit selepas makan jadi selepas anda beri makan kura-kura anda dibekas yang berasingan tunggu beberapa minit sebelum anda letakkan ke bekas asal supaya mereka tidak buang air besar di bekas asal. Kura-kura juga perlukan kebersihan,anda perlu memberus cengkerang kura-kura dengan lembut seminggu sekali bagi membersihkan cengkerang dari lumut atau fungi. JANGAN gunakan sabun gunakan air biasa kerana sabun boleh merosakkan cengkerang mereka. 


Keempat

-Kasih Sayang- 

Belailah kura-kura anda sekurang-kurangnya seminggu sekali di atas cengkerang lembut mereka bagi mereka mengenali tuan mereka dan elakkan dari mencium mereka kerana mereka membawa penyakit seperti haiwan lain tetapi kura-kura membawa penyakit Samonella. 


Kelima
-Berjemur atau basking-


Kura-kura perlu berjemur untuk kesihatan mereka. Mereka mungkin taknak berjemur walaupun ada batu/tempat untuk berjemur. Jadi sediakanlah satu lagi bekas kering untuk mereka berjemur dibwah lampu. Setakat ini saya gunakan lampu 11watt yang berwarna oren untuk mereka berjemur selama beberapa jam. Pastikan bekas yang mempunyau sisi yang tinggi jika tidak mereka akan keluar

**********


 moga kami diberi kekuatan n kemudahan untuk terus menjaga mereka..... aamiin.....
Aisha asek lah berzikir nak bela kucing..... tapi belum ada kekuatan lagi nak bela..... banyak kena fikir kalu nak bela kucing ni, inshaa Allah, satu hari nanti akan cari juga seekor dua kucing, cuma tunggu masa yang sesuai.....

k, sekian


dapatkan free voucher dengan hanya jawab soalan mudah..
DAFTAR FREE DISINI



15 April 2013

*Tips kenal jantina kura2 dari blog Cik Tom*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


jenjalan umah kengkawan, tetiba tertengok tajuk

"Tips Mengenali Jantina Kura-kura"

kat blog Cik Tom.....

hah, ape lagi..... aku kan ada bela 2 ekor kura2 kat umah hadiah dari Nyai untuk Aisha raya taun lepas..... so haruslah aku klik link tu sebab nak tau kan.....

jom tengok apa tips yang cik tom collect dari google.....

1) Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina.



2) Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir.
~ x pernah pulak aku dengar kura2 tu keluarkan bunyi, huhu



3) Kura-kura jantan lebih panjang cakar (kuku) dari kura-kura betina.



4) Kalau masih kecil, pola berbentuk bulat (tompok) dibawah cengkerang kura-kura itu banyak dan rapat bermakna itu kura-kura jantan.



5) Kebiasaannya saiz kura-kura betina lagi besar dari saiz kura-kura jantan.



6) Bentuk cengkerang jantan berbentuk convex manakala kura-kura betina concave.

bentuk convex dan concave untuk cengkerang kura2 (atas)


so, dah boleh tentukan kut kura2 Aisha kat umah tu yang mana satu jantan n yang mana satu betina..... sampai sekarang xder nama lagi kura2 tu..... sebba x pasti jantina dorang..... haha


RM3798.20 masih perlu direbut oleh blogger
jom klik


k, sekian


pssst : sedang menyenaraikan penuh peserta GA Perfume sebelum undian di buat..... tunggu..... mana yang aku x sempat terjah, mintak mahap sesangat, tapi kalu ada dalam list (page kat bawah header) tu maknanya dalam senarai lah yerk.....

21 March 2013

*baju bajan ~ bila lah nak setel daaa.....*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

kejadian hari sabtu lepas selepas 2 minggu tiada di rumah pada hujung minggu disebabkan bekerja pada hujung minggu..... haha, banyak betul minggu..... menguruskan baju bajan (erk, ada ker istilah nie) yang dah bertimbun kat ruang atas pada pagi sabtu lepas.....




memula uruskan baju bajan di penyangkut..... yang dah kering dah pon aku angkat, so dah kosong tempat penyidai..... alhamdulillah.....




baju bajan yang dah penuh dalam mesin basuh, dah selamat di cuci dan selamat di sidai pada penyangkut baju macam kat atas tadi tu..... alhamdulillah.....




hah, baju batik yag dah penuh dalam karung tu pun dah aku bereskan pagi tu jugak, dan dah pon selamat aku sidai pada cloth hanger yang di beli kat Houses Lighting Puchung, PWP RM99.00..... alhamdulillah

TIPS : biar baju batik tahan lama
~ini adalah berdasarkan info dari pembuat/ pengusaha batik sendiri~

  • sebelum rendam pakaian batik, pastikan cuci dulu bahagian2 yang perlu (aku cuci guna sabun wangi n berus guna berus gigi), terutamanya pada kolar baju untuk hilangkan kotoran yang melekat.
  • rendam pakaian batik dengan pelembut kain, tapi jangan lebih dari 5 minit, nanti boleh mereputkan kain.
  • cuci pakaian batik dengan menggunakan tangan, biar senang nak iron.
  • masa sidai tu jangan perah, ambil dari dalam bekas rendaman, letak kat hanger n terus gantung.
  • jangan sekali kali menjemur pakaian batik di tempat panas, nanti warna cepat luntur.



humangaih..... cuma satu mende ni jerk yang aku rasa kecewa sikit..... sebab belum sempat diuruskan sepenuhnya..... huhu
biasanya aku uruskan baju bajan ni waktu pagi sebelum si anak dara bangun..... tapi bila separuh jalan sedang aku melipat baju bajan yang dah penuh atas sofa di ruang menonton tu, si anak dara dah bangun pulak..... kalau dia dah bangun, maka kerja2 berkaitan baju bajan perlu di ketepikan sebab, dia rajin sangat nak menolong aku lipat2 nieh..... hehe, rajin anak Mama kan, tapi kalau dia lipat, kompem aku kena lipat semula, nak kena bagi kursus melipat lagi kat anak dara tu..... next week nak buka kelas lah..... haha

tapi seb baiklah baju bajan yang menimbun tu kat tingkat atas, so kalu orang datang rumah, eh ada ker orang datang?..... x per, kalu ada orang datang, x der lah malu sangat bila nampak rumah yang penuh macam stor kain tu kan.....

so misi hujung minggu ni adalah melipat baju bajan itu.....

k, sekian

20 December 2011

*Header Baru Si Blogger Mama*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,


















TADA!!!!!

 akhirnya.....
setelah bertukar blog title Jumaat lepas.....

maka hari ini.....
aku telah berjaya menukar header aku dengan title blog yang baru.....

x banyak perubahan yang aku lakukan dari header sebelum ini.....

 see.....
hanya title yang bertukar.....
dan juga sedikit gambar.....

tapi kan.....
rasa macam ada yang x kena jerk dengan header baru tu.....
biasa la manusia x pernah puas dengan apa yang ada kan.....
lagi pon aku x berapa nak pandai design2 ni.....
x per la, setakat ni itu je la yang mampu aku buat.....
nanti ada masa lain aku tukar lagik.....
mungkin tukar sekali dengan background blog nieh.....
biar nampak setara dengan title blog aku ni kan.....
hehe

doakan aku dapat idea untuk tukar2 yerk kengkawan.....

k, sekian


20 October 2011

* wahai lelaki ~ Tips Ringkas Pilih Bini*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
haaa.. ni dia tips paling cun utk pilih bini.. 
 
Nak Pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping
NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua…