^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

24 July 2014

Home » , , » dugaan di bulan Ramadhan, paip air patah

dugaan di bulan Ramadhan, paip air patah


assalamualaikum, 

hurm..... dugaan betul kan, tapi kena lah redha walau di bulan Ramadhan..... kejadian berlaku tengah malam pulak tu..... eh, bukan, x tahu kejadian sebenar pukul berapa, tapi kami sedar dah tengah malam..... 

ni bukan yang taktik pencuri tu tau, tapi memang betul2 paip patah.....

kejadiannye berlaku bergini..... eceh, dah macam laporan siasatan polis je..... hihi

erm, sebenarnya hari kejadian tu hari Sabtu, aku n mydearHubby kerja, balik pukul 10 malam, 11 malam baru sampai rumah..... tetiba nak buka pintu pagar, tengok air kat meter melimpah..... pelik la jugak, aku pon pi la tengok.....

Allahuakbar..... batang paip lepas meter tu patah la pulak..... dah tengah2 malam ni, nak kena kerjakan paip lah pulak..... so dah park kereta, masukkan barang2 dalam rumah, bawa masuk Aisha yang dah ketiduran ke dalam rumah, then Hubby terus ambil peralatan untuk betulkan paip yang patah tu.....

upss, bukan betulkan, tapi cabut2 je, tutup main kepala paip biar x keluar air. pehtu masuk rumah rehat.....

esoknya, pepagi Ahad tu dah siap2 nak betulkan paip..... pi kedai hardware beli barang2..... setengah hari jugak betulkan..... tapi di akhir proses tu, ada masalah pulak..... batang paip kat meter tu loose, so air keluar je x berhenti bila main kepala paip di buka.....

maka, aku cadangkan kat Hubby untuk minta tolong kat Syabas..... Hubby suruh aku call..... ok, saya yang menurut perintah..... hihi



 then bercakap lah dengan customer careline officer Puspel apa yang berlaku, patutnya kena tekan butang '2' kat telefon sebab nak buat aduan, tapi aku tekan butang '3' untuk pertanyaan..... huhu sebab x tau kan nak buat apa.....  pegawai careline tu suruh buat aduan, tapi dah alang2 call kat dia tu..... dia tolong bukakan rekod aduan untuk meter paip pecah.....

kemudian dia bagitau yang akan ada orang Puspel datang rumah untuk cek, kalau boleh dibetulkan dia akan betulkan terus, kalau x, nanti dia akan datang hari lain untuk betulkan..... 

tunggu punya tunggu, xder pon orang Puspel datang, then kami kena pi opis lah petang tu, kerja.....

balik rumah tengok x betulkan lagi..... x pe lah, kami buka jugak air tu walau air memancut2 keluar, ikat dulu sementara dengan kain n plastik..... dapat tadah air untuk mandi esok pagi pon dah ok dah.....


then esoknya, Isnin, aku minta Hubby pulak yang call Puspel untuk dapatkan feedback pasal aduan aku semalamnya tu..... pegawai careline bagitau kat Hubby, aduan aku dah sampai kat bahagian yang in charge (Syabas)..... ok, so kami just tunggu je lah, nak buat apa kan..... lagipon kerja, nanti balik kalau xder apa2 perubahan, baru fikir nak buat tindakan apa seterusnya.....

bila balik rumah petang tu, tengok paip..... Alhamdulillah, dah ok..... terima kasih Puspel & Syabas tolong selesaikan masalah paip kami..... hehe

then tetiba macam nak cek telefon sebab ada voice massage..... owh dari Puspel rupanya.....
jam 11.14 pagi 
"Selamat pagi puan Mas, saya Anim daripada Syabas. Aduan cik berkenaan meter pada alamat xxxxx, rawang, aduan ini kami telah serahkan pada pagi ini untuk tindakan pada hari ini, terima kasih"

owh, kiranya yang pagi tadi telefon guna private number tu pihak Syabas la ye..... hihi, maklumlah, aku kalau no telefon yang x dikenali ni, takut nak angkat, apatah lagi private number kan..... huhu

so, sekarang ni, Alhamdulillah paip air kat rumah dah ok dah..... aduan hari Ahad, Isnin dorang fix the problem.....
syabas kepada Syabas atas tindakan segera yang diambil atas aduan pelanggan ini..... kiranya aku puas hati lah dengan perkhidmatan dorang ni..... x tau la kalau ada kengkawan yang mengalami masalah dengan perkhidmatan dorang..... kenalah guna saluran yang betul kan.....

dugaan di bulan Ramadan..... paip air patah..... erm, macamana boleh patah, x mor fikir dah, fikir nak raya je sekarang ni..... hihi
yang penting..... Alhamdulillah, dah selesai.....

jom cuci mata.....
Lazada Malaysia



update 4.8.2014:
sebenarnya kan, bukan je paip patah di tengah malam..... lepas syabas fix the problem, air dalam ketiga2 toilet kami x keluar, kat sink dapur n ruang makan bukan main lagi berderu-deru lajunya.....
so, Hubby beranggapan yang air x naik kat tangki lagi, tu yang air dalam toilet x keluar..... ok fine..... bersabarlah kami menunggu air di tangki nak penuh kononnya.....

sudahnya, air x penuh2 jugak..... dari hari Isnin, sampai ke hari Khamis, kami mandi dalam bilik air tingkat bawah, angkut air dari sinki ke dalam toilet, seb baik ada tong hitam tinggalan masa catuan air ritu..... berguna jugak..... hihi, mesin basuh pon kami hangkut turun bawah, letak sebelah sinki, senang nak angkut air ke dalam mesin basuh..... dah carca merba jadi umah kami dengan mesin basuh tertonggok depan sinki kat ruang makan..... haha, lantak, janji boleh basuh kain dengan aman..... thanx mydearHubby tolong angkut air..... hihi

Khamis malam tu, kami dah perjalanan balik kampung untuk cuti raya..... so, hilang sikit stress x der air kat rumah sendiri..... cuti raya seminggu.....

hari Sabtu, balik semula ke rumah sendiri..... still air x keluar..... eh eh, dah kenapa? x kan dah tinggal seminggu pon air dalam tangki x penuh2..... huh, stress la juga tapi sabarkan hati..... dah diskas2 ngan Hubby, nak buat direct paip, x yah guna tangki, n juga berangan nak pasang penapis air yang kat luar rumah tu (sekarang just guna penapis untuk masak air saja)..... tapi bajet nye mane?..... huhu

Ahad nye, Hubby gigihkan diri untuk panjat siling tengok tangki..... apakah masalahnya..... setengah hari jugaklah menunggu..... aku x dapat nak menolong sangat sebab di serang ceri beri..... huhu
maka setelah setengah hari turun naik, turun naik..... dengan kegigihan Hubby itu, maka masalah dapat diselesaikan tanpa melibatkan sebarang pengeluaran wang.....

alhamdulillah..... apa sebenarnya yang berlaku.....
pelampong tersumbat sebab berkarat, so ia x berfungsi secara betul..... lepas Hubby cuci, buang karat..... maka ia pon berfungsi semula dengan baik.....
ya Allah, kalau lah dari awal kami tau apa masalahnya, xder la bersusah payah mengangkut air n mesin basuh kan..... tapi x pelah..... pengalaman n pengajaran buat kami.....
tapi dalam wishlist masih lagi ada nak beli penapis air kat luar rumah tu..... dah semakin teruk karat air kat rumah tu..... moga dipermudahkan urusan kami..... aaminn.....

k, sekian


7 comments

July 24, 2014 at 8:34 AM

kalau aduan disalurkan kpd tmpt yg betul InsyaAllah settle dgn cpt...

July 24, 2014 at 8:54 AM

jenuh jugak tak ade air kan ... nasib baik dah selesai masalah

July 24, 2014 at 9:34 AM

Syabas kakak nak ucapkan kepada Syabas hihi.. Nasib baik terjadi sebelum raya balik kampung. Kalau dah balik mahu-mahu bil air melambung.. eh sana tak bayar air kan:)

Selamat Hari Raya dan mohon maaf dari kakak andai ada salah-silap..

July 24, 2014 at 11:37 AM

aduh dugaan plak.... sampai kene panggil puspel tu ...terukjugak laa patahnye tu masz...tapi mujur jadi skrang...kalo jadi time masz dah balik kg ke lagi parah kan....

masz,

Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.

Pohon maaf zahir dan batin….

Moga syawal dirai meriah dan diberkati….

July 24, 2014 at 11:55 AM

alhamdulillah patah sebelum cuti raya... kat rumah saya pun pernah gak pam dalam tangki air rosak.. so, air asyik mengalir jer...sejak tu, setiap kali keluar rumah, kami akan pastikan meter air ditutup dl...

July 26, 2014 at 2:14 AM

Naik bill...

July 26, 2014 at 2:15 AM

Klau lmbat sure bill naik

Post a Comment