^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

23 May 2013

*deko deko TerataKami ~ pokok kaktus Mai ada bunga ker?*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


rentetan dari entry INI.....

nak cerita pasal, pokok kaktus pemberian Mai, kawan opis aku ni ha yang baik hati bagi pokok sebagai penyeri rumah tangga kami..... alhamdulillah, setelah 7 bulan di bawah jagaan kami, pokok tu berkembang dengan jayanya..... terima kasih yang x terhingga buat beliau yang sudi bagi pokok tu kat kami.....




inilah pokok tu yang dah membesar dengan jayanya.....
kalu sebelum ni letak kat garaj kereta kat bawah, asik ler penuh dnegan bulu kucing kat pucuk2 dia tu..... so sekarang kami letak kat balkoni atas..... makin tinggi n makin berkembang pucuk2 dia.....
waa saya suka! saya suka!, bak kata Mei Mei..... hehe

tapi kan, nampak tak pokok yang depan sekali belah kanan gambar kat atas tu..... macam lain sikit pucuk dia tu kan.....



ha, ni bila dah di zoom..... guna HP jer, so x berapa nak clear, tapi nampak kan.....

ha, nampak tak pucuk tu..... eh pucuk ker nama dia tu yerk..... x per, yang aku nak cerita kat sini, pucuk atau tunas tu nampak lain sangat dari yang biasa dia akan keluar daun2 kecil, tapi yang ini macam elopak bunga.....

ahah, adakah itu bunga.....
so Mai, pokok kaktus ni memang ada bunga ker?.....
nak search kat internet, aku x tahu nama pokok kaktus ni, so kalu betul itu adalah bunga..... wah bestnyer.....
tu kecik lagi kan, tunggu dah besar nanti aku nak tengok bunga ke bukan.....
hehe
ada sesiapa boleh bantu.....

k, sekian

22 May 2013

*dapat hadiah perfume dari Enchanteur contest*

0 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, ntah bila aku join contest ni yerk..... bulan lepas kut..... ker bulan 3 lepas, yang penting awal tahun ni la..... ala contest senang jerk.....

contest 'What Kind Of Romantic Are You' hanya like n klik perfume yang menggambarkan diri kita..... aku memang minat dengan perfume Enchanteur especially yang Charming  ni sejak sekolah menengah dulu, murah pon yer kan..... selain dari perfume Enchanteur ni, aku akan spare perfume lain dari kolesi kat SINI untuk aku guna di waktu kat opis atau ke mana sahaja aku pergi, senang simpan dalam handbag sebab kecik.....




surat dari pihak penganjur contest..... mengatakan aku antara 5000 peserta pertama yang join contest tu.....




hadiah yang diperolehi.....
EDT Enchanteur yang cute dengan haruman Beautiful 1.8ml dan diskaun RM2 dari Watson.....

erm, alhamdulillah, kecil comel lote jerk hadiah nyer kan..... so, harus aku simpan jerk perfume tu sebab cumel..... hehe
tak sangka, dengan klik2 jerk, boleh dapat hadiah.....

setakat ni, contest yang senang2 jerk la aku join, yang klik2, yang like2, yang share2 jerk..... x mampu lagi nak join yang canggih2 nak kena upload gambo, nak kena raih undi x mampu lagik, mak takut nyah..... huhu
aku tabik la pada kengkawan yang rajin menjoinkan diri dalam contest2 yang macam tu, you are my idol.....

k, sekian


21 May 2013

*my dear Hubby ~ pembaca doa di majlis menyambut menantu*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

last Saturday, my dear Hubby dijemput eh bukan di minta tolong oleh rakan sekerja untuk mengetuai bacaan doa sempena majlis kahwin beliau di ibu negara..... ecewah, istilah baeeekkk punya..... hehe

so, berpergian lah kami ke dewan tempat majlis berlangsung seawal 1 petang (pengantin sampai jam 2 petang)..... selesai tugas yang diamanahkan, kami makan apa yang ada, then minta izin balik umah sebab Hubby x berapa nak sihat sangat time tu..... so dalam 2.30 petang kut, kami balik.....

jom layan gambar.....




my dear Hubby sedang baca doa selamat untuk mempelai.....
gambar harus kecil yer, sebab bila besar jadi blur..... maklum, ambil pic guna HP jerk n dah zoom semaksima yang ada untuk snap..... huhu

 


pengantin yang dirai.....

selamat pengantin baharu buat pasangan
Yus Faizal (rakan sekerja) & Syamiza
semoga kekal ke akhir hayat
 
cantik konsep kaler yang dipilih..... KELABU + JINGGA

 


menu adalah nasi beriani dengan ayam masak hapentah yang sangat sedap aku rasa.....
oho, ni pinggan Hubby, sikit jerk nasinya maklum x sihat, aku punya malu nak snap sebab tinggi menggunung, penuh keliling..... haha
tapi aku makan kongsi ngan Aisha tau, bukan makan sorang..... hehe

 


souvenir untuk my dear Hubby dalam beg songket..... ada surah Yasin, bahulu besar, bahulu kecil (dalam kotak) dan air mineral.....
aku dapat bahulu kecil yang dalam kotak tu jerk, n Aisha dapat jajan dalam pack paperbag.....
 



 last but not least.....
pembaca doa bersama isteri dan anak beliau.....
muahaha, baju x sedondon sebab Hubby nyer baju disponsor oleh pengantin.....
aku mintak jugak, tapi x dapat lorrr, kalu x dah boleh buat baju raya kan..... huhu

k, sekian


20 May 2013

*pengaruh update entry kepada bilangan pengunjung ke blog*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

erm x mor cerita panjang2.....
jom tengok statistik kat bawah ni dulu yerk.....

statistic viewer dari Nuffnang


ok, ini adalah statistik ke blog aku, ambik dari Nuffnang untuk minggu lepas..... xder la banyak sangat sampai riban2 sehari kan..... tapi Alhamdulillah, boleh lah, dari puluh2 masa memula berblog dulu, sekarang dah ratus2 (walau x sampai 5 rat lagi) kan.....

untuk pengetahuan kengkawan, minggu lpas aku update blog x menentu..... start dari Sabtu, 11 Mei sampailah ke Rabu, 15 Mei memang aku x update blog, x der entry baru kat blog aku ni, sebab kepala tengah dok mikir mende lain..... huhu

jadinyer, bagi aku..... kalu update ker, x update ker, xder la sangat2 ketara perbezaan orang yang datang ke blog aku ni kan..... cuma sabtu ahad je la kurang, ye lah time tu orang bercuti habiskan masa bersama keluarga..... x gitu kengkawan kan.....

tapi sebelum ni, aku ada bagi petua kat sorang kawan blogger, kalu nak dapat BE a.k.a CPUV Nuffnang, kena selalu update entry sebab nak dapatkan pengunjung ke blog kita kan..... itu memang betul, sebab nak menarik orang datang blog kita dan dapatkan UV (unique view), tapi kalu blogger2 popular dan otai, dorang dah x perlu mende2 ni sume kan (update tiap2 hari) sebab kalu x update pon orang dah ribu riban masuk blog dorang..... termasuk aku..... hehe



keywords popular dari Nuffnang

keyword popular yang tersesat ke blog aku..... eh, ada jugak orang cari Muzium Coklat kat blog aku ni walau aku x penah ke sana lagi..... nak tengok entry pasal muzium coklah, KLIK SINI..... erm, keyword ni maknanya, kemasukkan pembaca ke blog kita memalui carian kat internet..... ape itu carian internet..... tengok pic kat bawah.....




inilah dia carian internet..... yang ni guna Google, bleh guna Yahoo, bleh guna jugak yang lain2 apa2 yang ada yerk.....

yang kat kotak ada anak panah tu lah pengguna akan taip keyword, dan boleh tersesat ke blog kita..... macam aku taip tajuk 'GM Klang', so terjumpa lah blog aku, tapi tu kat page 2 jerk, kalu dapat page 1st best ooo, kira blog tu glamor n ada SEO yang bagus..... apa dia SEO?..... boleh jerk search kat internet, aku nak terangkan pon, aku masih lagi belajar..... nanti dah mahir, baru aku boleh share ngan kengkawan seangkatan nagn aku..... hehe

erm, entry ntah hape2 dari aku hari ni..... harap2 dapat membantu pada mereka yang tersesat kat sini..... yang selalu datang sini sebagai UV, aku ucapkan jutaan terima kasih lah sebab sudi datang sini..... hehe

akhir kata..... untuk incik Nuffnang, dah x der BE a.k.a CPUV Campaign dari mu yerk untuk bulan ni di sini..... huhu, x per lah, kalu ada itu bonus untuk blog nie..... hihihihihiihihi

 k, sekian






16 May 2013

*senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia 2013

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

erm, orang lain sibuk ngan kabinet baru lepas PRU-13 ari tu kan..... aku nak jugak..... maklum nak tahu jabatan kami ni di bawah jagaan siapa, hehe
jom tengok senarai penuh kabinet Malaysia yang dah diumumkan.....
gambo xder yerk.....



Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Mahdzir Bin Khalid

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

sumber : www.utusan.com.my, airkosong.com, amenoworld.blogspot.com