^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label umi pengasuh. Show all posts
Showing posts with label umi pengasuh. Show all posts

07 March 2012

*Mama, mana Umi?*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

hurm, kejap jerk dah hari rabu kan.....
sok khamis, lusa jumaat, tulat sabtu.....
moga2 plan minggu ni nak bawa Aisha pi playground tercapai.....
insyaallah.....

tapi, sunburn lambat lah hilang.....
last 2 week main air kat Gold Coast Water Theme Park... sunburn.....
last week ada sukan suka2... sunburn
this week nak pi playground... kompem sunburn lagik.....
 tapi kalau Aisha suka... aku ok jerk.....

Aisha oh Aisha.....
tetiba dia teringat dengan Umi dia semula.....
ala..... Umi pengasuh yang jaga Aisha selama 3 tahun sebelum dia masuk Taska Temaku.....

actually, sekarang ni Umi yang jaga Aisha tu balik semula ke KL n dok balik kat umah lama dia atas sebab yang tidak dapat dielakkan.....
so petang balik keje last Monday (aku naik kereta) tetiba sampai di rumah DBKL Sentul tempat tinggal Umi Aisha.....
kalau naik moto pi balik keje, kami x lalu jalan nieh.....


Aisha pandang keluar tingkap kereta n bersuara.....
"Mama, mana Umi?"
hah, terkejut aku sekejap sebelum membalas.....
"Umi?..... Umi kat rumah"
"Owh, Umi kat rumah.....", "Nak Umi"
hah, sudah.....
"Apa, Aisha nak Umi?..... nanti kita jumpa Umi yerk"
"Ha, ha," Aisha menjawab ringkas sambil mengangguk kepala.....
Alhamdulillah, Aisha memang anak yang dengar kata.....

erm,
 seminggu lepas aku balik dari Outstation ke Kelantan dan Perak bulan lepas.....
kami ada menjenguk Umi pengasuh yang katanya rindu dengan Aisha.....
memula jumpa Aisha nampak macam bingung kejap.....
tapi lepas 10 minit, dia dah mula buat rumah tu macam rumah dia.....
siap pi dapur nak ambik pisang sendiri bila di offer oleh Umi pengasuh.....

hurm, nak kena bawa Aisha jumpa Umi pengasuh lagi la ni.....
bila yerk.....
sedang difikirkan.....

k, sekian

31 October 2011

*Berakhirnya Legasi 'Umi' Pengasuh Hari Ini*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 Salam Isnin,

Tak nak bebel panjang, cuma nak kongsi yang hari ini adalah hari terakhir my lil Aisha akan duduk di rumah pengasuh yang dipanggil 'Umi' oleh anakku.  Hampir 3 tahun Aisha di asuh oleh 'Umi', aku rasa sangat2 selesa n tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dilakukan oleh beliau ke atas anakku termasuk lah anak2 lain yang dijaga oleh beliau seramai 4 orang. Kecuali ada juga lah luka2 kecil, itu pon dibuat oleh anak2 lain yang dijaga sekali oleh beliau, Daniel, Syifa n Khasif. Beliau akan pulang ke kampungnya di Langkawi untuk memulakan perniagaan kedai makanan yang memang menjadi kepakaran dan permulaan hidupnya di Kuala Lumpur ini. 

So, esok my lil Aisha akan ku hantar ke tempat baharu di Taska & Tadika Temanku, Bangunan PJD, Titiwangsa.  Last week masa pergi buat lawatan ke taska tu, Aisha aku tengok ok jer, n macam x sabar2 nak join kawan2 di situ, dah memang my lil Aisha mudah untuk berkawan.  Moga dia akan selesa n bersedia untuk belajar di tempat baharu itu. Aku juga mengharapkan agar di situ, my lil Aisha akan mendapatkan perkhidmatan terbaik selaras dengan harga yang aku bayar setiap bulan nanti.

To 'Umi' pengasuh, aku harap beliau dapat memulakan kehidupan baharu seperti yang diidamkan.  Kak Imah, aku hargai jasa mu selama 3 tahun menjaga Aisha. Insyaallah, mana tahu suatu hari nanti kami bercuti ke Langkawi, boleh lah kita berjumpa di sana kan.....

p/s: mood tak nak sedey2 ok.....