^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label pokok serai. Show all posts
Showing posts with label pokok serai. Show all posts

29 May 2014

kebun SAYUR dalam pasu

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


 Pokok Daun Sup
eh ke daun Ketumbar yerk..... dari pencarian maklumat kat tenet, pokok daun ketumbar lebih nipis n kecil.....  so pokok kat umah aku ni daun sup la sebab daun dia tebal2.....


Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. - wikipedia


Nama Saintifik: Coriandrum sativum (Daun Ketumbar)
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley

Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.


 tapi pokok ni dah pon mati ari isnin lepas..... sian pokok tu, aku kena belajar n cari tips penjagaan pokok daun sup lepas ni..... x kira, nak tanam jugak, sebab senang nak guna time nak masak nanti kan.....



 Pokok Pandan Junah (nama sempena nama mak)
semakin membesar..... Alhamdulillah.....


Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. - wikipedia



 Pokok Serai
ada 3 pasu kesemuanya dan semua pon gemuk2 belaka..... alhamdulillah


 Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

 harap lepas ni dapat menambah bilangan jenis pokok sayuran kat rumah..... oho ada satu pokok terung, Hubby tanam dari biji benih, daripada banyak2 benih yang di tanam, satu je yang menjadi, yang lain mati atau x jadi langsung..... sekarang baru belajar nak tumbuh bunga..... nanti kalu ada masa aku share yerk..... hehe

k, sekian

31 May 2013

*deko deko TerataKami ~ instapic pokok serai*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

 pergh, tajuk ntah hape2 kan..... haha
kepala ting tong pikir mende lain nieh..... tu yang merapu sikit tu.....





actually aku nak bagitau yang gambar kat atas ni adalah pic dari album instagram aku (baru belajar ni noks, orang lain dah bosan dengan mendealah ni, aku baru nak belajar, teruksssss kan)..... meh follow maszmadi, nanti aku follow semula..... aku masih terkial2 nak tekan ikon2 kat situ..... huhu

erm, pokok serai a.k.a lemongrass pemberian Mak, eh bukan, aku yang mintak mak bawak masa Mak ngan Abah datang sini ritu, nak tanam kat umah..... tanam pada 19.05.2013 (lebih kurang seminggu yang lepas), dan itulah hasilnya..... alhamdulillah, suka aku tengok tau, lepas pokok zebra ngan lavendar kami mati..... huhu
pokok serai tu tanam dalam pasu dulu, nanti bila dah kembang, nak kena pindah kat bawah pulak kan..... kena sedia tempat ni..... ada lagi satu pokok limau purut, tapi x tanam lagi, dok dalam polibag lagik..... nak kena cari ruang nak tanam..... huhu
harap mereka tumbuh dan berkembang bagai juara macam pokok kaktus Mai..... hehe


Serai
Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut - sumber wikipedia


k, sekian