^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

15.5.14

Home » , » kahwin - beli baby

kahwin - beli baby


assalamualaikum, 


hurm..... 1st entry di bulan Mei 2014..... syabas masz, syabas..... makin lama makin sikit entry ko buat yer..... 

haha, sori lah, kesibukkan teramat sangat melanda di akhir2 ini.....
maklumlah, jiran meja sebelah bercuti bersalin, so kenalah cover kerja dia kan..... kalau dia ada, boleh la kami share2 kerja, aku tolong dia, dia tolong aku..... tapi time2 sibuk ni, sape nak toloong aku?..... huwaaaaa ! windu nak update blog macam dulu, nak wat schedule post entry pon x sempat.....

banyak juga cerita tertunggak, tapi x sempat nak karang..... nasib lah nanti tetiba ada cerita yang 4 bulan lepas aku cerita kan, tapi ntah bila la pulak nak keluar cerita tu... haha, kesian kat blog aku ni, hampir nak bersawang dah.....

ok dah, cukup la bebel, berbalik pada tajuk.....
ni cerita pasal anak dara lah nie.....


**********

suatu hari bulan lepas ke ntah bila ntah, aku pon x ingat..... balik dari taska di petang hari..... macam biasa, aku pantau dia buat homework..... dan macam biasa sambil buat homework sambil dia ligat bercerita kejadian di school n taska..... meh dengar dialog kami.....
"Mama, Dafi ajak saya kahwin"
dengan muka terkejut aku pandang Aisha, dia selamber jer buat homework kan..... Dafi adalah kawan tadika n taska Aisha.....
"hah, apa Aisha?"
"tadi kat school, Dafi ajak saya kahwin"
"habis, Aisha nak kahwin ke?"
"nak!!" jawab dengan muka excited
"Aisha tau ke kahwin tu apa?"
"ye la, kahwin tu..... pakai baju cantik, baju kembang, boleh potong kek tinggi, make up cantik2 macam frozen....."
hoho, itu kahwin yang Aisha tahu.....
"ok, kalau Aisha nak kahwin, Aisha kena belajar betul2, rajin2, kena selalu tolong Mama kemas rumah, kena kerja bagus2, nanti dah besar baru Aisha boleh kahwin...... ok?"
"ok Mama....."
dialog stop takat tu, n aku suruh dia sambung buat homework.....
seram aku, budak 6 tahun dah boleh ajak kawna dia kahwin..... kawan dia tu anak aku plak tu..... huhu


**********

kejadian kedua.....
fresh malam tadi..... dalam pukul 10 lebih, aku ajak dia tidur..... macam biasa, aku suruh dia baca doa tidur..... lepas baca doa, dia lentokkan kepala kat bahu aku..... dengan lemah lembut dia cakap kat aku.....
"Mama, beli lah baby....."
erkkkkk, apa aku nak jawab nieh.....
"baby mana boleh beli sayang"
"abis tu?, Aisha nak baby"
ermmmmm lama aku pikir, x tau nak jawab apa..... terus aku suruh dia pejam mata, tidur..... esok nak sekolah.....
huhu, dah banyak kali jugak Aisha minta baby, sampai satu hari dia gosok2 perut aku n cakap, "dalam perut Mama ni ada baby"..... alahai, aku pon windu nak ada baby lagi..... moga usaha aku nak ada baby lagi akan tercapai dalam waktu terdekat ni..... aamiinn..... insyaa Allah.....


cute nyer pic google nieh


k, sekian


3 comments

May 15, 2014 at 2:26 PM

APA EK

May 16, 2014 at 7:58 AM

mcm anak saya aritu sblm lahirkan faiqa.. 7 tahun dia bungsu.. asik2 nak baby, pantang tgk baby, abis baby org semua pun dia nak cium..

May 19, 2014 at 4:04 PM

hehehe..suka pulak baca n3 ni !

Post a Comment