^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

15 May 2013

*mak ngan abah datang TerataKami*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 erm, menyepi 2 hari kan.....
nak kata x der mood nak update blog, x jugak.....
nak kata busy sangat, x jugak.....
nak kata xder idea, x jugak.....
tapi kan, lebih kepada x tahu nak mula dari mana nak cerita sebab gambo xder..... huhu
ditambah lagi my lil princess Aisha demam ari Jumaat + Sabtu ritu, lepas tu my dear Hubby pulak balik dari Langkawi ritu demam jugak.....
then my parents datang TerataKami ari Isnin lepas..... weehuu gembira di situ.....


jari menari-nari jerk nak menaip, tapi otak memberi rangsangan yang "ko x der gambo, so ko nak cerita pasal ape ha?"..... huhu
serius la weih, aku x reti kalu nak bercerita kat sini kalu x der gambo..... nak cilok gambo dari internet, macam x best jerk sebab tu bukan hak milik aku kan.....

so ari ni aku gigihkan jugak update blog.....
mahap la kengkawan yerk, kalu ada yang menunggu.....
ader ker? alhamdulillah, terima kasih la yerk..... hehe

ha, update gambo sikit.....


subject utama adalah budak mata bulat itu, Amar Firdaus

~gambar di atas di ambil adalah bertujuan untuk meng'MMS aktiviti anak beliau (my Uteh) sepanjang bersama kami, ngeh3~

 
my parents a.k.a Nyai n Yai Aisha (sebelah kanan gambar) sedang menjamu selera di Food Court Tesco Ampang malam isnin lepas, sebab kat umah aku xder mende nak masak..... haha
alang2 nak beli lauk pauk, aku bawa la mereka makan kat situ..... hehe

Nyai n Yai Aisha datang ke TerataKami sebab..... erm aku x tahu nak istilahkan camner tapi.....
gini lah aku kabo.....

my Uteh, ada kursus kat Kuala Selangor, so dia x nak berjauhan dengan anak dia si dak mata bulat Amar Firdaus (dalam gambo) tu, so dia ajak Mak ngan Abah dok kat umah kami, tapi dia x bermalam kat umah kami pon, dia dok at tempat kursus dia tu.....

jadinya, ni kira Mak ngan Abah aku tu jadi baby sitter untuk anak dia tu lah kan..... dah lah dak Amar tu x mor kat orang lain, pantang Mak a.k.a Nyai Aisha xder depan mata dia, mulalah dia melaung sampai satu taman dengar suara dia..... selagi Mak aku x ambik dia, selagi tu lah dia nangis, tapi bila Mak ambik jerk, terus dia senyap, ha x ker nangis propa jerk tu nama nya..... iskiskisk.....

erm, pape pon aku gembira lah sebab Mak ngan Abah n sepupu Aisha ada kat umah kan..... sekurang-kurangnya dapat teman Aisha bila dia balik school..... hehe



peace from princess Aisha
 ~lagi gambar yang di'MMS kepada beliau~


my parents dok sini sampai Jumaat ni, inshaa Allah.....
tapi x dapat dipastikan oleh my Uteh lagi katanya sebab bergantung jugak pada husband dia yang akan datang hari esok, samada nak stay lagi kat TerataKami atau tak.....

erm, untuk lebih pemahaman.....
Isnin - Mak ngan Abah ngan Amar datang TerataKami, Uteh pi kursus
Selasa sampai Khamis - Mak ngan Abah ngan Amar dok TerataKami
Rabu - Daddy Amar datang TerataKami
Khamis (esok) - Mak ngan Abah ngan Amar ngan Daddy Amar pi ambil Uteh kat tempat kursus
Jumaat - mereka dijangka pulang ke Johor (bergantung pada keadaan)

erm, nak dok TerataKami lelama pon boleh, kami ok jerk..... hehe
ada teman Aisha kat umah tu kan.....

dah, idea terbantut pulak sampai sini.....  sebab dalam kepala dok pikir nak balik cepat jerk.....
tunggu lain entry la pulak yerk.....
huhu
 

k, sekian


10 May 2013

*kena bayar lebih sebab lambat renew lesen memandu*

24 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

ini adalah sebagai peringatan pada diri ini di masa akan datang.....

di sebabkan sibuk dengan pilihanraya kerja-kerja di hujung n awal bulan ritu, maka aku terlupa untuk perbaharui lesen kenderaan yang sepatutnya tamat pada tarikh lahir aku 4 Mei hari tu..... hari Jumaat memang x sempat nak keluar, hari Sabtu (4 Mei) adalah hari kami balik kampung untuk mengundi, perjalanan ambil masa 6 jam KL - Kuantan (Hubby drive)..... hajat nak ke Pejabat Pos di sana, disebabkan letih, terus terlupa. lagipon pos office kalu buka pon, hanya setengah hari je kan.....

hari Ahad adalah hari mengundi, selesai sebelah Hubby, jam 11.00 pagi gerak balik ke Kota Tinggi Johor pulak, nak kejar part aku mengundi..... 
dengan lesen dah tamat tempoh, aku cekalkan hati bawa kereta sebab Hubby dah tersangat letih drive dari KL-Kuantan (malam Jumaat) pusing balik umah, drive KL-Kuantan again (pagi Sabtu), then pagi Ahad beratur seawal jam 7.30 pagi untuk mengundi.....
jadi sebagai isteri yang prihatin, aku kena ringankan keletihan Hubby drive..... tapi x jauh pon, dari Pekan ke bandar Mersing jerk..... lepas Hubby dah lege dari keletihan dia sambung drive semula..... erm, takut jugak kut2 lah ada polis tahan, tapi alhamdulillah, sume selamat.....
hari Isnin tu Hubby drive lagi dari KT-Rawang.....

isk, panjang jugak mukadimah nak sampai ke cerita sebenar yerk..... huhu, ok balik pada tajuk.....

hajat nak renew hari Selasa ritu, tapi kebanyakkan Pejabat Pos yang Hubby pi offline pulak..... so x boleh nak renew..... hari Rabu aku ingatkan Hubby untuk pi sekali lagi untuk renew lesen..... yelah, hari Jumaat Hubby outstation, so aku kena drive sendiri pi balik keje, xkan nak bawa kereta tanpa lesen kan..... takut lorrrrr

dan hari Rabu, dapat dah aku lesen baru.....


oho ini lesen lama yang dah tamat tempoh.....

see, tarikh tamat adalah 04.05.2013 tapi sedebabkan aku renew lewat 4 hari iaitu pada 08.05.2013, maka aku kena bayar lebih..... biasa kalu nak renew lesen aku kena RM30 + RM2.....
tapi kali ni aku kena double charge.....

oho, bukan kena bayar denda lewat, tapi aku kena renew untuk 2 tahun terus sebab lewat dari tarikh lahir..... so bayaran dikenakan adalah untuk 2 tahun la kan.....

lesen baru

see, tempoh 08.05.2013 - 04.05.2015.....
bayar RM30 x 2 tahun + RM2 kos perkhidmatan.....
ada jugak kos perkhidmatan, hehe

maka lagi 2 tahun lah aku akan renew lesen semula..... harap2 aku x lupa untuk perbaharui lesen sebelum tarikh birthday, kalu x kena 2 tahun lagi la jawabnya.....
erm, ok jerk sebenarnya, tapi takut lupa, huhu

k, sekian


update : untuk pengetahuan, bukan lah kena bayar lebih tu untuk denda, tapikena bayar lebih sebab kena renew untuk 2 tahun..... jadi sepatutunya bayar RM30 (untuk setahun) jadi kena bayar RM60 (untuk 2 tahun)..... kira bayar lebih la kan..... sorry lah pada yang mungkin tersilap fahaman ngan statement aku dalam entry ni yerk.....


09 May 2013

*dapat birthday card*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

 as salam,

 erm, dah lama rasanya x dapat kad nieh..... maklum sekarang ni kan zaman IT, sume main SMS, WHATSPP, POST FB, WECHAT dan lain2 yang sewaktu denganya.....

so, sehari sebelum hari mengundi kan besday aku, so memang x mengharap pon akan dapat kan..... tapi balik dari kampung hari isnin lepas..... bukak mail box tengok2 ada surat.....
erm, keras..... macam kad jerk.....
tengok sampul ada tulis nama aku dari pengeluar Librese.....

sekali bukak.....
wallah, memang kad lah..... kad besday ngko..... ngeh3
tersengeh aku macam dapat surat cinta dari boipren jerk kekdahnya.....



this is a birthday card from Lebrese for me

 see, yang sebelah kiri tu luar kad, boleh koyakkan yang part bertulisan tu untuk dijadikan penanda buku..... sebelah kanan bahagian dalam kad, ada lilin yang banyakkkkk n ucapan.....
bahagian dalam tu pulak ada potongan di 4 penjuru untuk dijadikan sebagai frame gambar (bila part bertulisan tu dah dikeluarkan).....
hurm, 3 in 1..... bagus2.....
tapi gambo apa aku nak letak, sume gambo pon dalam pc disimpannya..... huhu

 
ini adalah ucapan besday dari Librese

Happy Birthday
Hope it's as awesome as you are!
May these sparkles brighten your day in every way!
Don't forget to wear your smile coz you're the Queen of the Day


 erm, setakat ni hanya ucapan jerk yang aku terima dari orang2 yang sayang ngan aku..... terima kasih semua..... nak sambut ker, x yah la kut, tunggu nanti ujung taun baru sambut berjemaah dengan si anak dara kami tu..... hehe

k, sekian


08 May 2013

*belian online, saya ditipu*

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

diceritakan berdasarkan pengalaman my USU sendiri.....
sebagai peringatan kita bersama.....


****************************************


 Assalamualaikum...

harini sy nk share pengalaman, 
ditipu dalam pembelian barang secara online. 
PERINGATAN: 
HATI-HATI DENGAN NAMA SAROJANI ATCHUTHAN
 
 


29.03.2013 saya buat keputusan untuk membuat pembelian. dan mula membuat pembayaran melalui online. dia memaklumkan perlu tunggu 3 hari untuk duit clear dan barang akan dihantar melalui pos

02.04.2013 saya minta confirmation dari penjual sbb bila dikira duit sepatutnya memang sudah masuk dalam akaun dia tapi berita tentang shipment masih saya belum terima. penjual balas email saya tapi yg mengejutkan dia minta saya untuk beli barang tambahan dan dikehendaki membayar RM468.00, yang mana tak diberitahu dengan terperinci sebelum ni. saya mula rasa x sedap hati dan bertanya tentang hak saya dan email yang diberikan olehnya semasa membuat penawaran. beliau mengakui bahawa kesilapan dilakukan olehnya.



**************************************** 

 moga my USU tabah n berhati hati selepas ini.....
nak tahu apa yang berlaku seterusnya.....

k, sekian


 pssst : masih belum sempat nak jenjalan umah kengkawan, target hari ni nak setel kerja so that aku boleh singgah umah kengkawan lunch hour nanti..... inshaa Allah

07 May 2013

*cerita pasal mengundi*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


erm, hari ni masih lagi ada cerita2 pasal keputusan PRU 13 ker?.....
x per, cerita lah yer, tapi kerja hakiki jangan lupa buat pulak.....
ni cilok kejap, sambil tunggu maklumat dari seseorang, ngadap blog jap.....

lepas ni nak tumpu keje jerk sampai siap sampai lah deliver kat orang atasan.....
so, nak jenjalan umah kengkawan, tunggu keje siap nanti ekk.....




k, sekian