^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

06 May 2013

*entry hari ini*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,



1 hari jerk.....
esok dah keje semula.....


k, sekian
 

05 May 2013

tunaikan tanggungjawab anda hari

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 



selamat menunaikan tanggungjawab anda
HARI INI


k, sekian

03 May 2013

*esok 4 Mei : tarikh istimewa Jehan Miskin dan AKU*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin




JEHAN MISKIN

PETALING JAYA: Pelakon Jehan Miskin berharap tiada pihak yang berkecil hati jika tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan gadis Korea pada Sabtu ini (esok) kerana ia diadakan untuk keluarga dan teman rapat sahaja.

Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia hanya menjemput 100 orang tetamu dan ingin melayan mereka sepenuhnya untuk sama-sama dapat meraikan hari bahagia itu.

"Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput."

"Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Majlis akad nikah akan diadakan di Carcosa Seri Negara dekat sini kira-kira pukul 2 petang dan selepas itu disusuli dengan majlis bersanding dan minum petang.

petikan mStar Online

~~~~~~~~~~

ahah,
Jehan nak kahwin dah, alhamdulillah..... dengan gadis Korea lagi kan..... kelas ko jah.....
ha, tarikh yang di pilih adalah 4 Mei, dan tarikh itu juga adalah tarikh istimewa buat aku kerana pada tarikh itu jugalah aku selamat dilahirkan oleh my very2 lovely Mummy..... alhamdulillah

 erm, sambut besday?..... tengoklah macamana, janji dapat ucapan selamat dari yang tersayang my dear Hubby pon dah cukup sebagai tanda ingatan..... macam tahun2 sebelum ni..... kalu ada hadiah lagi best kan..... kalu dia buat seprais lagi lah, Wallah!!!!! heaven nyer rasa..... hehe

apa2 pon, moga hidup aku n family semakin baik pada masa akan datang..... ameen

k, sekian


*jangan join AKPK*

129 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

opsss, jangan buat kesimpulan terus dengan tajuk tu yerk..... entry bi bukan aku x bagi kengkawan join AKPK, tapi sila BACA SAMPAI HABIS dulu apa yang aku nak share nieh..... lepas tu baru uat kesimpulan..... wokeh.....


erm, ritu saje la berdiskusi dengan member opis, asalnya dia cerita nak buat loan, then berjangkit pasal camner nak langsai hutang dengan cara cepat, then tercerita pulak pasal AKPK..... so, tergoogle lah aku pasal AKPK nieh.....




kengkawan pernah dengar apa itu AKPK?
ker ada yang dah join?.....
AKPK adalah satu agensi yang boleh membantu kita dalam pendidikan kewangan, memberi kaunseling kewangan dan cara menguruskan kredit dengan bahasa mudah macamana kita nak mengawal hutang.....
agensi ni ada kaitan yang sangat rapat dengan Bank Negara Malaysia ye kengkawan.....

 dari carian aku, orang yang banyak gunakan khidmat AKPK ni adalah orang yang ada hutang kad kredit..... ada yang 5 kad, ada yang 8 kad, ada yang sampai 10 kad pon ada.....

aku x boleh la nak komen lebih2 pasal ni sebab aku x guna khidmat agensi ni.....
so jom kita tengok baik ke buruk ke AKPK ni kat kita.....

sedikit dari pembacaan aku pasal AKPK.....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NEGATIF

Saya dan keluarga benar2 mahu membeli rumah atau kalau boleh membina rumah, masalahnyer saya sukar untuk membuat pinjaman oleh kerana saya ader AKPK, buat masa ini saya dan keluarga masih lagi menumpang dirumah bapa saya, ialah bak kata perpatah baru2 tu memang lah bau ewangi, lama2 tu bau taik...

Saya terlibat dengan AKPK tu pun pasal kad kredit, bukan saya tak bayar , tapi saya mengurangkan bayaran setiap bulan dari RM1200 kepada RM340 dan Alhamdullilah tiada gangguan lagi dari bank2 yang berkenaan.

Dan sekarang pula timbul lagi satu masalah untuk mencari tempat tinggal untuk kami sekelurga...tak tido malam dibuatnya memikir.KWSP akaun 2 tu aderlah RM38K kalau campur ngan bini tu ader lah RM 40K, isteri lak lama dah tak kerja kerana menjaga anak.
  
**********
mmg rugi g AKPK.. sume loan kena freeze..

**********
 1. Akan kena blacklist oleh bank2 selama tempoh perlindungan Bank Negara (via AKPK)
2. Bank2 akan tau kita pernah minta tolong Big Brother sb tak mampu bayar hutang…bank akan take note benda ni..
3. Financial kita terikat atas telunjuk AKPK….
Klu kantoi bayar settlement … klu tak silap 2 kali…ke atau sekali… you’re out from the program…
Dan back to square one…

**********
Jgn apply AKPK sebab :
1) Ko akan kena blacklist selama-2nya…
2) Akan kena blacklist selagi masih hidup.
3) Nak apply loan PASTI kena reject selama-2nya sebab nama dah blacklist.
4) Pendek kata jgn apply AKPK.
Sebabnya member aku sendiri call officer AKPK dan dia mengakui akan hal blacklist ni.
Tq.

**********
but kalau ada positif dia sure ada negatif dia…
kadar bayaran tetiap bulan akan ditetapkan oleh AKPK..
segala maklumat kewangan kita akan direkod…
sory la nak melancong2 ke.. ape ke…
plan nak buat pinjaman apa sorry skit…
setel bagi habis semua hutang dulu…
kesimpulan, akpk nie hanya sesuai bagi yang betul2 dah xde jalan nak pusing, pastu tido pun dah x lena.. kiranya tahap paling kritikal la.. elok lah ke AKPK… pada yang ada peluang lagi tue.. cuba usahakan dulu…

**********
memanglah akpk bagus dapat membantu tapi selepas habis bayar akpk, saya tak dapat membeli apa2 misalnya kereta, motor atau rumah, sekarang nie saya tersesak.. tak tahu nak buat macam mana!! saya tanya akpk kenapa tak boleh apply loan, akpk jawab terpulang kepada bank… saya tanya bank kenapa tak boleh apply loan, bank cakap u ada apply akpk dulu so susah nak apply mana2 bank!!



POSITIF

 AKPK… ianya merupakan suatu rahmat kepada penghutang!!!
Jika someone dah duduk bawah AKPK dia tidak boleh disentuh oleh bank, diishtiharkan bangkrap… dan boleh lah tido lena skit daripada dulu… kalau join AKPK nie kira nya mcm dapat lesen besar la dari Bank Negara… bank semua x boleh kacau dah…

 **********
bro and sis…saya sudah join akpk. total hutang saya untuk 8 credit card ialah rm24k. memang saya gila..terlalu memboros..sekarang akpk telah menetapkan bayaran rm400..untuk lebih kurang 70bulan. interest from 18% jatuh ke 5%. sekarang saya bebas dari panggilan dari bank yang megejar untuk duit. tapi syarat setiap bulan kena bayar sebelum akhir bulan..kepada acc akpk. bagi pendapat saya akpk banyak membantu..terutama mengurangkan bunga

**********
aku rasa bukan blacklist, BNM akan masukan nama kita kedalam satu list yang ikut program ni. program ni bagus utk yg dah lepas paras hidung (bernafas dalam lumpur ) sebab dia akan restructure semua hutang korang.

**********
AKpk adalah satu badan kerajaan yang ditubuhkan oleh bank negara untuk membantu mereke yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman. x silap saya AKPK dah banyak membantu orang dan kebanyakkan berjaya menyelesaikan masalah mereka. akpk cuma orang tgh diantara penghutang dan bank. akpk akan cube memujuk bank supaya mengurangkan interst dari 18% untuk kredit card sehingga ke 8% untuk kredit kad. kite akan bayar ke AKPK dan AKPK yang akan mengagihkan bayaran kepada bank, jadi Kawan saya hanya tumpu kepada 1 bank sahaja. kawan saya sendiri sudah 2 tahun dalam Program DMP yg disediakan oleh AKPK. kawan saya ada 10 kreditkad, dan sebelum tahu akpk kawan saya kena bayar kat bank sebanyak lebih dari 3000.00 sebulan untuk 10 kredit kad untuk setiap bank, tp alhamdullillah sejak akpk bantu, dia hanya bayar 1100.00 sebulan untuk 10 bank. terima kasih akpk. kini dia telah selesaikan 4 bank dengan membayar habis. tinggal 6 bank saje lagi, dan pembayaran ke akpk menurun sebanyak 580.00 sebulan.insyaallah dia akan selesaikan sikit2. kini pembelanjaan kawan saya itu lebih teratur dan dia sekeluarga bahagia, harus diingat AKPK TIDAK BLACKLISTKAN ORANG. hanya membantu dan bagi pendapat kepada orang awam. dan tiada cas dikenakan.

**********
Just nak share pengalaman kawan bf sy. Commitment dia sblm ke akpk adalah RM5800/sbln, enrol dmp akpk tinggal RM2700. Br 3 thn, sy tgk dia tukar keta…dpd honda civic ke skrg ni ford focus platinum+ yg baru tu. Dia straight away join akpk sbb kena retrench with very minimal compensation. Sementara akpk settle dgn bank2, the process can buy him at least 2 months to survive.
Sy tnya bf sy, mcmmana dia blh buat loan keta sedangkan dia under akpk sbb org dok kata klu masuk akpk takleh dah wat loan bagai…bf sy bgtau, mana ada blacklist2 ni. terpulang pd budi bicara pihak bank la nk bg loan ke tak. Gaji dia pun dah naik dpd 9000++ (co lama yg retrench dia) kpd 12k++ di co skrg. Of course b4 dia trade in keta dia tu, bf sy kata kwn dia dah ada settle a few accounts.
So, all in all, as long as income kita “mencukupi” ( that is, mengikut budi bicara pihak bank) & takder commitment2 lain yg “makan” gaji bersih kita, maybe bank blh approve.
I think, akpk ni beneficial klu dah ada rumah & keta kot. Sbb, klu takleh wat loan pun takper, dah ada keperluan asas tu. Tp klu masuk akpk b4 beli rumah & keta, then gaji pun tak baper nak cantik…..maybe bank dah tak “trust” sbb bkn kerana u dah ada history dgn akpk…tp u dah ada history takleh manage ur debt.

**********
Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.

Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang, saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun akan lagi cepat habis hutangnya.

**********
Kalau dikira dari segi konsepnya, kita langsung tidak berhutang apa-apa dengan AKPK. AKPK hanyalah satu badan yang mewakili kita, menjaga hak kita sepanjang tempoh kita menyelesaikan hutang dengan bank. AKPK menjanjikan bank untuk memastikan kita membayar hutang bank mengikut kemampuan kita melalui perjanjian kita, disebabkan itu, AKPK menanggung sedikit risiko untuk kita membuat bayaran hutang ke bank. Dengan ini, bank mungkin bersetuju mengurangkan kadar faedah disebabkan AKPK menanggung sebahagian dari risiko ini. Kaedah pembayaran hutang pula, kita menyalurkan keseluruhan bayaran ke AKPK. AKPK memastikan kita membuat bayaran dan kemudiannya mereka menyalurkan bayaran tersebut ke bank berkenaan tanpa cas apa-apa ke atas kita. Selain bayaran melalui AKPK, kita juga bebas untuk buat bayaran tambahan sendiri ke bank berkenaan untuk mempercepatkan penjelasan hutang.

**********
Bank nak duit dr customer, jd dorang akan ambil customer yg ada duit dan boleh dipergunakan utk dapat keuntungan. Meraka yg sedang atau telah melalui AKPK, bukan sahaja mempunyai sejarah yg berisiko dari segi duit, tp juga telah diberi pendedahan oleh AKPK mengenai nilai wang. Jd bank takut sikit nak dekat org2 yg pernah AKPK sbb susah dorang nak tipu kita ngan servis2 dorang utk dptkan duit kita.

**********
loan masih boleh buat....

tapi secara implicit agak sukar nak dapat...sebab banks nak reduce risks...so customer with poor record nih dorang try to avoid ler...lagi2 kalau kerja swasta...current condition memang tak favour dorang...

macam kawan bono yang kerja gomen tuh dapat loan sebab as usual lah kerja gomen high security...

**********
sumber : www.majalah.com, www.bebas-hutang.com, moneymatter7.blogspot.com, www.bicarajutawan.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ha, tu sebahagian yang aku ambil dari website tertentu, nak lagi terang dan jelas boleh jer taip AKPK, lepas tu klik butang 'search'..... so lagi macam2 n banyak ilmu yang akan kita dapat.....
xder la dari satu sumber jerk n kita terus buat kesimpulan AKPK x bagus, AKPK jahat dan lain2 lagi kan.....
setiap apa yang kita buat mesti lah ada pro n kontra nya.....
orang kata, sebelum buat sesuatu, ukur baju di badan sendiri dulu.....

so, renung renungkan dan selamat beramal.....
eceh, pinjam quote Prof Izi jap.....
hehe

k, sekian


pssst : setakat ni cukuplah dulu loan yang ada, x mor tambah dah..... lama lagi tu nak abes..... huhu

02 May 2013

*deko deko TerataKami ~ pagar hijau lah pulak*

20 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


 ingat x entry aku sebelum ni pasal Pagar Buluh Tercabut dek kucing yang menyebabkan mereka bersenang lenang boleh lepak, tidur, kencing berak sesuka hati dorang..... untuk pagar buluh tu kami betulkan n perkukuhkan kedudukan buluh tu je dulu, sebab tengah kumpul ongkos untuk buat besi yang bunga2 tu nak letak kat lubang tu..... hah, verangan dulu..... hehe

tapi dalam waktu terdekat yang kami ambil tindakan adalah dengan menutup lubang2 di pintu gate yang agak besar n membolehkan kucing2 tersebut menyelinap masuk ke dalam garaj kami.....
apa yang kami buat.....



ini pintu gate kami, jarak antara tiang2 tu lebih kurang 3", so memang sah2 la kucing boleh masuk kan.....


memula dulu dorang masuk kut lubang dinding batu (yang kami letak buluh tu), tapi bila dah letak buluh, dorang cari jalan lain n ikut lubang pintu pagar la pulak..... cerdik kan dorang nieh..... huhu



lubang kat penyambung antara tiang n pagar tu lagi besar, part paling kritikal nieh.....

seronok jek kami kalu balik kerja, tugas pertama yang dilakukan adalah menghalau kucing n buat inspection setiap penjuru termasuk atas cermin kereta samada terdapat naj** dorang atau x.....



anak dara bersama jaring hijau.....

ahah, itulah jalan penyelesaian terdekat yang kami lakukan..... dengan membeli jaring hijau untuk tutup pintu gate kami..... jaring hijau tu kami guna yang plastik, direkemen oleh pekerja kedai tu kerana ia tahan lama untuk outdoor, yelah kalu guna yang besi atau aluminium tu nanti lama2 karat kan, yang plastik ni dia cakap tahan lamaaaaa sikit dari yang besi tu.....
harga RM5.50 satu kaki
tapi kami dapat diskaun baekkkkk punya dari tokey kedai, sebab dia kata biasa orang beli 2 meter jerk, tapi kami beli banyak meter..... hehe, murah rezeki kedai tu.....




kerja2 pemasangan.....

eh, jangan ingat aku tengok sambil ambik gambo jerk tau..... aku pon tolong sekali kerja2 pasang2 ni tau..... gigih kami anak beranak ikat mengikat kat tengah panas tu..... alhamdulillah siap jugak..... Aisha siap tolong pegang payung kat aku..... hehe




dah siap pasang.....

tinggal nak trim segala cable tight yang terjulur tu jerk.....
hajat nak cat kaler kelabu biar sama ngan kaler pagar besi tu, tapi dah panas sangat, so biar je lah kaler hijau tu, Hubby cakap cantik jugak..... haha dasar pemalas.....




hujung pagar.....

ha, ni part paling kritikal, dah selamat ditutup..... kalu lah kucing2 tu masih boleh bermaharajalela dalam garaj kami, aku x tau dah nakb\ buat ape..... doa je lah biar kucing2 tu x masuk umah kami lagi.....

sekali lagi diingatkan bahawa kami bukan x suka kucing, kami pon pernah bela kucing masa kat umah sewa Sentul dulu, tapi kalu kucing tu dah melampau sesangat macam aku cerita kat atas tadi..... maka kami perlu proaktif n jadi lebih pandai dari kucing2 tu supaya mereka tidak menjadikan rumah kami seperti rumah mereka.....

k, sekian


update : untuk my USU techenta, untuk pengetahuan kengkawan, bila kami ngadu kat jiran sebelah yang kucing dia ber** ken**** kat umah kami, dia kata "eh, tu bukan kucing akak, tu kucing dari bawah sana..."
update lagi : masa kami pasang jaring tu, jiran sebelah ada jer terjenguk2, terintai2 apa yang kami buat, tapi x tegur..... ntah apa lah dia fikir kan..... kami senyum je lah, hehe