^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label upin ipin. Show all posts
Showing posts with label upin ipin. Show all posts

30 August 2012

*Deko Deko Teratak Kami ~ tivi kat atas*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,

 sebelum ni ada sorang blogger yang tanya kat aku, nape tengok tv kat atas?..... ha, agak2 sape tu yerk..... hehe xder nyer lah aku nak berkecil ati ngan soklan tu kan dik kan.....

so meh akak nak share nape tengok tv kat atas..... umah 2 tingkat.....
ruang tamu tingkat bawah xder pape lagi, even set sofa untuk duduk pon xder kat ruang tamu..... yang boleh guna cuma ruang makan ngan dapur jerk..... bajet ruang tamu kat bawah nak gunakan khidmat incik astro untuk tengok tv.....
ruang tamu tingkat atas dijadikan family area.....


 this is our family area..... menempatkan set sofa L shape (yang dah jadi I shape) menghadap tv, kami gunakan khidmat incik video player sahaja n di ruang ni jugak aku tempatkan ruang untuk anak study n main..... yang kaler coklat belah kanan gambar tu adalah pintu toilet, ingat nak tutup buat dinding tapi non hado bajet, tunggulah nanti2 baru buat semula..... ke nak biar gitu jerk..... hurm

so, kalu nak jamu mata ngan koleksi video @ nak main game (hah game!???) kena naik tingkat atas, baru bleh layan..... kalu kat bawah nu, tivi pon x bukak lagi dari bungkusan masa pindah ritu..... tunggu ada talian hayat baru kami buka bungkusan, ala2 baru beli lah kununnyer kan..... padahal balut ngan plastik wrapper jerk..... haha


see, aku dah bagitau kan, kalu si anak dara tu yang tengok tv kecik comel lote, kompem2 lah Upin Upin dia yang menjengah tivi tu..... asik2 ulang2 cerita n episod sama, ha tu episod raya, pehtu karang episod air kolah, pehtu episod sekolah baru, pehtu balik semula episod raya..... mujur masih dalam mood syawal kan, so kami layankan je lah..... haha


ha ni pulak area untuk Aisha study n main..... tapi buat masa ni lebih main dari study, macam nak kena belikan meja kecik n kerusi study kecik la kut, baru dia semangat nak belajar, kalu x dia mengkaler n menulis kat lantai jerk..... sian kan.....

hajat hati nak buat decoration kat dinding tu biar nampak ceria sikit..... tapi x tahu nak letak sticker ker atau nak cat jer terus..... erm, tengah pikir2 lagi, x diskas lagik pon ngan Hubby, tapi rasanya dia setuju jerk coz kalu bab hias2 umah ni dia serah kat aku..... tapi kalu bab teknikal aku serah kat dia (i.e pasal nak halang lipas dari masuk dalam rumah, pasal jenis lampu n kipas yang sesuai, pasal mop mana nak guna dll)..... masih menggoogle pro n contra mende2 tu sume.....

sikit2 lah kami touchup Teratak Kami ni yerk.... kami ni bukan orang senang pon, Alhamdulillah dengan sumber kewangan yang ada, kami follow the wind..... moga ada rezeki kami di lain masa untuk kehidupan sempurna dalam kesederhanaan di masa hadapan..... ameen

k, sekian


update pagi ni : malam tadi tepat jam 8, orang astro datang seperti yang dijanjikan untuk installation, maka dah boleh tengok tv kat bawah dah..... tapi dok atas lantai jerk la yerk.....x per kan, janji boleh tengok tv especially berita, x lupa jugak wonderpets, dora, diego n rancangan yang sewaktu denganya..... hehe

27 December 2011

*Jumpa Tok Dalang Di Muzium Negara*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

erm..... x sempat nak cerita panjang sekarang ni, coz ada tugasan yang perlu dilakukan dahulu.....
but..... just want to share one of the pic.....





TADA!!!

 diantara aktiviti weekend kami on krismas holiday.....
cerita penuh nanti aku cerita.....

k, sekian



18 December 2011

*Filem komedi tempatan paling laris*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

jom kita tengok filem2 komedi  yang menjadi pilihan masyarakat dan paling laris sehingga tahun 2011.....

v

v
v

v

v

5. Geng: Pengembaraan Bermula (RM6.2 juta)
Ia berjaya meraih kutipan RM6.2 juta dan mereka yang menonton filem ini bukanlah tergolong daripada kanak-kanak sahaja. Filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang terdiri secara tidak sengaja telah sesat dalam hutan ketika mahu mengutip buah durian yang jatuh tetapi telah dimakan pantas oleh makhluk aneh. Pelbagai situasi telah berlaku ketika pengembaraan mereka di dalam hutan demi mencari makhluk tersebut.

  4. Lagi-Lagi Senario (RM6.33 juta)
Filem ini mengisahkan Wahid yang dibuang kerja telah bekerja bersama Azlee, Saiful Apek dan Yassin sebagai penebar roti canai di gerai yang diusahakan mereka yang telah mendapat sambutan sehinggalah Mazlan dan Wardina datang membuka gerai bersebelahan.

3. Adnan Sempit (RM7.66 juta)
Filem arahan Ahmad Idham ini menampilkan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai peneraju utama. Ia mengisahkan Adnan yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat kepunyaan bapa Nadia. Selepas berlaku satu insiden, Nadia mula berjinak-jinak dengan dunia rempit.  

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah (RM7.9 juta)
Filem komedi seram arahan Mamat Khalid ini ditayangkan di pawagam pada 9 Disember 2010. Ia dibintangi oleh penyanyi rock popular Awie, Man Kadir, Johan Raja Lawak, Shy8 dan Soffi Jikan yang berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang selepas kemunculan zombie.

1. Ngangkung (RM8.9 juta)
Filem bercorak komedi seram ini telah diarahkan oleh pengarah baru, Ismail Bob Hashim dan berjaya mendapat kutipan RM8.9 juta. Filem ini turut dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records 2011 sebagai filem yang menerima kutipan box office tertinggi sepanjang tahun 2010. "Ngangkung" menampilkan Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin sebagai peneraju filem mengisahkan kehidupan anak muda yang terjebak dalam perjudian nombor ekor.



k, sekian

p/s : at this moment, i'm prepared for attending Hari Taska & Tadika Temanku
hopefully all will go smoothly today