^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label ringkas. Show all posts
Showing posts with label ringkas. Show all posts

07 November 2013

*masak masak - Ayam Goreng Berempah*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


disebabkan stok daging korban dalam peti sejuk dah diselesaikan dengan menu sate last 2 week..... maka kita penuhkan pulak peti ais dengan daging ayam pulak yerk..... dan menu pertama untuk masak2 dengan ayam ni adalah ayam goreng..... erm dah biasa sangat dengan ayam goreng yang biasa tu..... maka aku buat kelainan sikit..... google2 resepi..... maka dapat lah menu Ayam Goreng Berempah..... google resepi kat HP jerk, maka bahan yang ada kat rumah jerk aku guna..... nak pi kedai dah malas sebab balik kerja dah dekat Maghrib..... maka kita buat apa seadanya la yerk.....



 Ayam Goreng Berempah

Bahan2 :
Ayam 6 ketul (potong ikut saiz yang disukai)
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
2 batang serai
1/2 inci halia
Garam
Gula
1 biji telur ayam
Minyak (untuk goreng)

Cara2 :
1. Tumbuk semua bahan kecuali ayam, telur dan minyak.
2. Lumur pada ayam dan pecahkan telur ke dalam ayam.
3. Perap lebih kurang 1 jam (lebih pon xper).
4. Goreng hingga masak.





DAH SIAP!!!!!

ha, senang jerk kan..... makan pon sodap dengan nasi putih panas2.....
alhamdulillah.....


lepas ni nak kena google resepi ayam lain pulak..... coz dalam peti ais ada stok ayam jerk..... ikan, daging, udang, ketam dan yang sewaktu dengannya nan hado..... haha

k, sekian

23 September 2011

*HotDog Hati Bermata Kerbau*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
di pagi jumaat yang mulia ini, aku nak kongsi resepi yang sangat mudah..... nama agak pelik iaitu "HotDog Hati Bermata Kerbau"..... so kepada mereka yang masih berkira2 mencari resepi samada untuk sarapan pagi atau minum petang, resepi ini sangat praktikal dan sesuai untuk dibuat, sangat mudah, ringkas dan sedap..... anak2 mesti suka resepi nie..... kita tengok dulu rupa resepi aku ni yerk..... actually dapat ni dr email kawan bagi, so aku kongsi lah kat sini kan.....


 HOTDOG HATI BERMATA KERBAU


Bahan:
-  Hotdog
- Telur burung puyuh
- Minyak
- Lidi pencungkil gigi





 Cara Membuat :
- Mula2 belah hotdog kepada dua bahagian tanpa memutuskan 1 bahagian hujung.
- Tarik bahagian hujung hotdog yang putus keluar, dan cantum secara terbalik membentuk 'love' dan cantum dengan lidi.
- Kemudian letakkan di atas kuali leper berminyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu hotdog yang berbentuk 'love' itu. Biarkan seketika dan terbalikkan.
- Setelah kuali benar2 panas, pecahkan telur di dalam hotdog 'love' dan biar sehingga telur masak.
- Siap dan sedia untuk dihidang.

*kuantiti yang diperlukan adalah 1 telur dan 1 lidi untuk setiap hotdog.


 inilah dia.....
HotDog Hati Bermata Kerbau



# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #