^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label pasar basah. Show all posts
Showing posts with label pasar basah. Show all posts

20 March 2013

*Segi Fresh Market berwajah baru*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

atau nama melayunya Pasar Segar Segi, terletak di Batu Caves, Selangor..... 

 ahah, ni adalah rak barang yang ada kat Segi Fresh masa aku pi sebelum ni..... gambar lain ada kat sini.....



actually sejak tau kewujudan pasar murah Segi Fresh ni bulan 10 tahun lepas, ada lah 3 4 kali kami datang sini atas tujuan nak shopping barang2 dapur..... dan terakhir kami pi adalah bulan Februari lepas.....
 
tapi last week, kami pi lagi, dan terkejut sikit, sebab susunan dah bertukar, nampak lebih kemas dan selesa untuk berjalan.....  actually pasar ni dah berwajah baru sejak 10 Mac 2013 ritu..... kau tau pon sebab ternampak iklan dia kat tepi jalan balik dari pasar ni, hehehe.....



 upsss abaikan anak dara yang buat muka macam tu yerk.....
aku lebih fokus pada rak barang kat situ.....



 my dear Hubby pandai berlakon, ntah apa yang ditunjuknye tu yerk..... hehe


 semua nampak segar jerk kat sini..... kad ahli pon dah buat, so rasanya lepas ni kalu setakat nak beli barang dapur sahaja, x termasuk keperluan lain i.e baju bajan, hiasan rumah n aksesori..... rasanya kami akan ke sini jugak..... in shaa Allah

cuma satu je lah yang rasanya boleh diperbaiki iaitu troli yang dah jalan macam ketam..... maklum, orang datang sini beli barang dalam kuantiti yang banyak, so alignment dah lari sikit...... so tugas tolak troli aku serah kat Hubby, sebab ofkos dia lebih kuat dari aku kan, di tambah pulak dengan berat anak dara yang suka makan sekarang ni, tapi berat x naik jugak..... erm, camner tu.....

okeh, so Segi Fresh adalah salah satu destinasi shopping kami yang tak akan kami lepaskan tiap bulan..... haha

k, sekian

24 October 2012

*Segi Fresh, barang dapur murah*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

 kengkawan dah shopping barang dapur untuk Raya Haji nanti, yang balik ke kampung ofkos lah akan shopping kat kampung kan..... tapi bagi aku yang beraya kat KL nieh..... shopping lah kat KL..... hehe

pernah dengar Segi Fresh?..... ia adalah pasar borong dan runcit untuk barang dapur basah atau kering..... actually sejak aku dok menyewa kat Sentul lagi aku dah kerap jugak lalu kat area pasar tu kat Kawasan Industri Batu Caves..... maklumlah kat situ kan banyak kedai aksesori kereta, ha yang kami pasang lampu kereta BLM masa accident ritu kat deret2 pasar ni lah, tapi x pernah terlintas pon nak masuk.....

tapi dah nak beraya di KL, so kami mencari2 jugak nak membeli barang2 basah kat mana..... dan lepas jerk dengar cerita dari dak Tim, kawan opis aku yang dok kat area Sunway Batu Caves nuun pasal pasar ni..... maka malam tadi jugak aku utarakan cadangan untuk ke sini..... hubby sejutu pulak tu..... yeha!!!!! thanx Dear.....



 signboard yang diambil dari dalam kereta di waktu malam hari menggunakan kamera BB jerk.....
maaf atas kebluran gambar ini.....

selama dok Sentul yang dekat tu x pernah sampai sini..... dah dok Rawang, barulah terhegeh2 nak datang sini..... hehe



 waktu urusniaga adalah setiap hari dari jam 7.00 pagi sampai 11.00 malam.....

bestnyer kan..... pekerja kat sini ramai yang foreigner, so tu yang boleh bukak tiap2 hari n dari awal pagi sampai ke tengah malam tu kan.....
kat pintu masuk jerk dihidangkan dulu dengan sayur2an, buah2an n lauk2an (ada x istilah ni?) yang segar walau time kami sampai sini dah dekat 9.00 malam..... cuma bab ayam tu dah kurang segar sikit, tapi lebih elok dari pasar basah yang kami pegi kat T****, G****, C******* dll



rak yang penuh dengan barang2 dapur.....



 susunan barang agak teratur.....

senang nak cari barang..... memula masuk pintu ada barang basah (buah, sayur) lepas tu ada lauk2 (ikan, ketam, ayam, daging) lepas tu kawasan yang perlu timbang (bawang, kentang, pelbagai bijian, rempah ratus) lepas tu kawasan sejuk beku (butter, fries, daging burger) lepas tu ada rak2 macam kat gambar atas tu (barang botol2 n paket2 termasuk beras) ada jugak telur ayam.....
lepas tu dah dekat nak keluar adalah makanan siap makan, coklat ker, kek ker, gula2 ker..... nak barang2 bayi pon ada, diapers n susu.....
tu yang aku nampak lah kan..... x tahulah celah2 ujung2 tu aku x pi pon sebab perut dah lapar mintak di isi..... tapi aku tengok banyak lah barang keperluan dapur yang ada kat sini.....
hehe, entry orang jakun nieh..... jangan heran tau.....



 ni lebih kurang kedudukan pasar tu yang aku buat sendiri dengan pertolongan google map.....

aku try la taip keyword Segi Fresh, Pasar Segar Segi, Pasar Segi..... tapi x jumpa..... so yang aku ingat pasar tu kena lalu Shell Batu Caves..... tu yang kuar huruf 'A' untuk shell tu..... haha
untuk rujukan aku di masa hadapan..... nak tunjuk kat mak kalu mak datang KL nanti, boleh ajak datang sini..... ngeh ngeh ngeh

owh, kat sini pon boleh buat kad..... bayaran RM10.00 tahunan..... tapi aku x tanya pulak apa kelebihan kad tu..... nak jugak buat coz Hubby dah terpikat nak shopping barang dapur kat sini..... tapi orang yang jaga kaunter tu xder pulak..... so lain kali kalu datang sini boleh la buat..... hehe

hampir penuh barang 1 troli..... kami keluarkan RM lebih kurang 100 lebih sikit jerk.....



 oho, ini adalah Princess Aisha yang mentekedarah buah anggur separuh paket sebelum sampai ke kaunter bayaran..... camner nak buat kuih ni Mak Teh?..... huhu

Princess Aisha adalah gelaran anak dara kami sepanjang malam tadi sebab dia pakai crown comel atas kepala tu..... hehe, sendiri gelarkan diri princess..... tapi bunyi jadi ticess aita..... haha, janji boleh.....

habis bayar barang..... kami cari tempat makan..... Jees Seafood tapi makan western, lepas gian lama x makan western..... haha


k, sekian