^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label kadar yuran taska. Show all posts
Showing posts with label kadar yuran taska. Show all posts

19 June 2014

bayar yuran penggal kedua di tadika

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


ahah, tadika pon dah macam universiti yerk..... ada yuran penggal ..... hihi
hari Ahad lepas, dah pon selesaikan bayar yuran tadika Aisha untuk penggal kedua nieh.....





sampai ke tadika, terus pi pejabat jumpa cikgu.....
jumpa guru besar, sekali dia terangkan perkembangan Aisha kat sekolah..... owh, ada pereksa setengah tahun ritu, tapi aku x tau nak baca keputusan report book dia..... kat tadika ni dia guna analisa M - Mahir / AK - Ada Kemajuan / PB - Perlu Bimbingan (kalu x silap)..... yang diukur adalah pembelajaran dalam BM, BI, BC (bahasa cina)

Alhamdulillah, untuk BM Aisha dapat banyak lah M untuk semua perkara tu kan, tapi untuk BI ngan BC tu sebahagian ada yang dapat AK, maksudnya sederhana lah..... n xder yang dia dapat PB..... maksudnya apa yang diajar kat tadika tu Aisha boleh terima.....

analisa adalah berdasarkan tulisan, ejaan, pemahaman, bacaan, kiraan, lukisan, keterangan gambar dan lain2 lagilah..... nanti dapat yang ujung tahun nanti bila aku dah faham, aku share kat sini ye..... untuk rujukan aku jugak nanti.....

kami juga diterangkan apa yang akan di ajar untuk semester ke dua nanti..... lebih kepada menulis n menyalin di papan hitam, sebagai persediaan untuk ujian masuk darjah1 katanya..... matematik pula lebih kepada kiraan duit dan jam..... moga2 Aisha boleh terima pembelajaran dengan mudah nanti..... inshaa Allah.....




kadar yuran untuk semester 2..... RM539.70..... termasuk yuran bulanan Jun & November..... disember x yah bayar sebab dah cuti sekolah kan.....


owh, masa penggal 1st ritu yang kertas periksa tu, BM Aisha dapat A, BI dapat B, BC dapat B..... hurm not bad la kan BC tu Aisha dapat B..... bila aku tengok balik kertas periksa tu, satu hapa pon aku x faham, sebab keseluruhan menggunakan bahasa cina, tapi mungkin kat tadika, cikgu ada bagitau apa yang perlu dibuat untuk jawab soalan tu kan..... tu yang Aisha boleh jawab.....
maklum, baru tahun ni Aisha masuk tadika ni, bebudak lain kebanyakkan dari umur 5 tahun dah masuk sini, so dorang dah boleh faham BC tu, tapi untuk Aisha yang baru tahun ni belajar..... erm, aku bangga dengan dia..... hihi




guru besar yang merangkap cikgu kelas Aisha cakap, dia ni senang untuk berkawan, cuma tumpuan dalam kelas kurang a.k.a suka berangan..... hahah, ikut baka sape la tu yerk..... huhu
cikgu cakap penggal ke dua ni, kalau Aisha masih banyak berangan, bukan berangan lah, aku rasa susah nak tumpukan perhatian dalam kelas..... cikgu nak tukar tempat duduk dia..... kau x kisah, cikgu buat lah apa yang terbaik untuk anak murid cikgu ye..... untuk kebaikkan dorang masa akan datang.....


lepas setel bayar yuran, Hubby cari barang opis dia..... lepas tu kami pi makan..... dah pukul 3 petang baru nak lunch..... dah menyanyi rap dah perut aku..... huhu





hari tu kami pilih makan kat Jom Western, AEONbig Wangsa Maju..... rasanya kali ni kali ke-3 kami makan kat sini..... maknanya makan di sini boleh diterima oleh tekak kami..... portion besar, makanan sedap, servis cepat, yang penting harga x mahal sangat..... hehe

 anak dara pakai baju pemberian rakan opis..... tq auntieAna, suka sangat Aisha dapat baju baru, 2nd hand sebenarnya, tapi kira baru lah kan.....

k, sekian

10 January 2014

*kadar yuran bulanan tadika 6 tahun*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, saje je buat entry ni.....
bukan nak compare, tapi sebagai rekod kami di masa akan datang.....



ni masa hari pembayaran yuran kat Tadika Sri Terentang.....
kami bayar 3 hari sebelum sesi persekolahan bermula..... tapi dah bayar wang pendaftaran RM20 awal2 dah sebagai duit booking konon2 nya kat tadika ni.....


lepas bayar yuran full untuk 1st semester..... terus kami ke Parkson Selayang Mall untuk beli kelengkapan sekolah..... masa pi bayar yuran tanya siap2 kat cikgu tu, apa yang perlu di bawa n di pakai ke tadika..... semua pon beli kecuali baju uniform putih merah tu yang dibekalkan oleh pihak tadika..... semua pon nak kaler pink, kecuali kotak kasut tu..... beli last minit, so no choice, ambil jer apa yang ada n berkenan di hati anak dara n dompet kami..... hihi



yuran penuh untuk pendataran di tadika..... total RM507.90 + uniform [RM27 x 2] + lencana [RM1.00 x 2] = RM563.90

hurm..... ok lah tu kan, masih dalam kemampuan kami demi pembelajaran anak.....
so, nak tengok lah yuran2 Aisha setakat berumur 6 tahun ni kan..... ni kira kos yang perlu kami peruntukkan siap2 untuk di bayar setiap bulan.....
umur 2 - 3 tahun = RM300 (rumah pengasuh)
umur 4 tahun = RM350 (play school + taska @ Temanku)
umur 5 tahun = RM270 (tadika + taska @ Aida)
umur 6 tahun = RM385 (tadika @ Sri Terentang + taska n mengaji @ Aida + transport)

maka, dengan ini, penjimatan perlu dilakukan sejajar dengan pengurangan subsidi oleh kerajaan ke atas barangan2 di Malaysia pada masa kini..... haha, ape kaitan pon aku x tau.....
tapi yang penting, kena ingat jumlah itu n perlu asingkan siap2, takut terguna pulak..... walau setakat ni memang alhamdulillah, boleh kontrol perbelanjaan bulanan kami.....
hidup dalam kesederhanaan.....

k, sekian

28 September 2012

*taska sekarang DAN taska akan datang*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

hari Jumaat yang penuh keberkatan..... insyaallah hari ni adalah hari terakhir Aisha kami hantar ke taska sekarang iaitu Taska & Tadika Temanku..... kami kan sekarang dah berpindah ke Teratak Kami di TRP, Rawang..... so rasanya untuk keselamatan n kemudahan kami decided untuk tukarkan Aisha ke school baru di Rawang.....

dah pi school tu 2 kali, memula Aisha macam x ok jerk, tapi datang kali kedua dia dah mula 'macam' ok coz ada tempat main2 kat luar taska tu..... kami decided untuk tukarkan Aisha ke Taska Aida, alamat aku x ingat, selang 4 5 lorong jerk dari Teratak Kami..... nanti kalu aku ingat nak share kat sini, aku up entry khas yerk..... hehe

rasanya sangat berbaloi kami tukar penempatan school Aisha ni..... selain dari keselamatan travel jauh naik motor..... pengaliran udara yang lebih baik..... kami juga dapat buat penjimatan pengaliran wang yuran bulanan..... aku ada buat sikit perbandingan diantara taska sekarang dengan taska akan datang..... akan datang tu bulan depan jerk a.k.a minggu depan bermula 1 Oktober 2012 (Isnin).....


 ini yuran taska sekarang..... bayaran bulanan tau (x kira masa mula2 daftar dulu)



 ini pula yuran taska akan datang..... bayaran bulanan jugak x termasuk yuran daftar


ada nampak perbezaan x?..... hehe
ok
ok
meh aku bagi clear sikit.....


Umur
Taska Sekarang
Taska Akan Datang
2 bln – 2 thn
RM350.00
RM270.00
2 thn – 4 thn
RM320.00
+ RM30.00 (ot bulanan)
RM210.00
4 thn – 6 thn
RM330.00
RM180.00
Tadika
RM340.00
RM220.00
Transit
RM80.00 (tahun 2010)
RM120.00
Overtime
RM5.00 / jam
RM4.00 / jam
  ha yang warna merah tu adalah bayaran yang sedang & akan kami bayar secara bulanan.....


untuk pengetahuan sekarang aku bayar bulanan RM350.00. itu x termasuk RM5.00 sehari sejam kalu kami ambik Aisha lebih dari pukul 7mlm..... padahal dah bayar bulan2 tambahan RM30.00 untuk duit ot kan..... 

bila kami pi ke taska akan datang nie..... kami sangat2 bersyukur coz dah banyak penjimatan yang kami boleh buat..... RM140.00 jimat..... memacam boleh buat dengan duit tu selain menabung untuk Aisha..... erm, nak kumpul duit untuk buat KC jugak..... hehe

so buat masa sekarang (start minggu depan) kami akan bayar RM210.00 + RM50.00 (pendaftaran sekali jerk) kat taska akan datang a.k.a Taska Aida..... but bermula Januari 2013, Aisha dah masuk Tadika (5 tahun), so yuran adalah RM220.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran)..... masih lagi rendah dari yuran semasa.....

erm, agak2 ada x yang curious kenapa x kena bayar RM180.00 untuk umur 4 - 6 tahun kan..... actually itu yuran untuk nursery jerk..... kalu ambik pakej Tadika + nursery maka bayaran adalah RM220.00..... kalu ot kena RM4.00/jam.....

lagi satu kat Taska Aida ni, hari sabtu pon dorang boleh terima anak2, tapi bayar ikut jam la kan..... aktiviti lebih kurang sama jerk..... pembelajaran pon same jerk..... ada BM, BI, Math, Jawi..... petang boleh main kat luar rumah..... owh taska sekarang ni Aisha x akan nampak pokok coz bangunan memang fully tertutup buat di taska baru Aisha boleh lah cuci mata tengok pemandangan luar.....

cuma Taska ni dok kat area Selangor..... so cuti kena ikut negeri Selangor lah kan..... aku keje KL..... ha camner tu?..... x per la, cuti Selangor ngan KL xder la jauh beza kan..... yang beza pon cuma Hari Wilayah, Hari Nuzul Quran n Hari Keputeraan Sultan Selangor..... x per, itu boleh di adjust..... hehe

so, apa2 hal pon, kami sebagai ibu bapa tentu inginkan yang terbaik untuk anak2 membesar kan..... semoga Aisha cepat sesuaikan diri di tempat baru n dapat belajar dengan selesa di tambah dengan kawan2 baru kat school baru nanti..... episod hari isnin, nanti kita tengok yerk..... mak meleleh ker anak meleleh..... huhu

k, sekian