^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label drawing. Show all posts
Showing posts with label drawing. Show all posts

07 January 2015

hasil tangan Aisha :: saya sekolah

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


assalamualaikum,


gambar lukisan anak dara Aisha kat taska

balik dari taska 2 hari lepas, dia hulurkan sampul surat yang berlipat 2 "saya ada serfrais untuk Mama", katanya.....
so aku pon bukalah lipatan sampul surat tu.....
memang surprise sungguh la, bila tengok ada lukisan kat sampul surat tu.....
tersenyum je la aku kan, dia memang suka melukis..... itulah lukisan dia di waktu umur 6 tahun sekarang.....
daripada orang lidi sebelim ni, sekarang dah berbaju dah.....
yang paling kanan tu Aisha, lepas tu Papa, sebelah Papa adalah Mama.....  siap ada love gitu kat baju kami..... hihi
yang bangunan kat belakang tu of course lah sekolah kan..... 

lepas tu dia tunjuk kat Papa dia plak, Hubby tanya, kenapa rambut mama pacak2.....
"ye la, masa ni rambut Mama pendek, sebab tu lah pacak"
haha, ye lah tu..... gelak je la kami berdua dengar penjelasan anak dara tu kan.....

 yang paling best dalam part lukisan ni kan......
boleh plak teacher kat taska dia bagi sampul surat untuk dia melukis..... siap ada lagi bil telefon dalam tu.....
bila kau tengok, owh, bil bulan 1, so dah x guna la kan..... hehe
mesti kat taska tu dah xder kertas kosong, sebab taska tu dah x mengajar sekarang, just jadi pusat jagaan je.....
maklum, tuan punya taska dah x berapa nak sihat sangat sekarang ni, so xder sapa nak handle bebudak belajar.....

apa2 pon, Mama n Papa doakan Aisha membesar menjadi anak yang berguna ye.....
moga cita-cita Aisha nak jagi guru tercapai nanti.....
Aamiin.....

 k, sekian

20 March 2014

hasil kerja seni Umairah

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


hurm, kadang-kadang kat umah panggil si anak dara tu Aisha, kadang-kadang Umairah..... mana yang sedap tekak nak memanggil..... tapi sekarang banyak guna Umairah sebab kat taska n tadika cikgu n pengasuh panggil dia Umairah..... so dengan panggil Umairah, dia lebih allert n bagi tindak balas dengan cepat kalau di panggil.....
ha, nampak x permainan di situ..... persekitaran di sekolah kena di bawa ke rumah untuk mendidik anak2..... hihi..... kekadang kalu x der tindak balas jugak aku panggil nama penuh siap binti lagik..... baru dia toleh..... "ye Mama, nak apa Mama?" dia jawab dengan lembut sambil buat muka selamba macam baru sekali di panggil nama tu..... huhu

baru sorang anak kan..... tapi yang baru sorang ni la berkobar2 rasa nak ada anak lagi, nak tengok jugak perangai dorang ni..... mesti best kan..... moga dikurniakan zuriat lagi kepada kami dalam waktu terdekat ni..... amiin.....




haha, ni pic terbaru hasil air tangan Umairah..... "orang lidi" katanya..... 
kalu aku sekolah dulu orang lidi macam kat bawah ni:
 


 betul x..... tapi budak2 sekarang dah advance..... orang lidi dah pakai baju n ada rambut (rujuk pic kanan bawah).....
yang pic guna pen oren tu, dia lukis kat buku nota opis aku..... so, setiap kali aku tulis nota kat opis akan terpandanglah lukisan ni..... tersenyum lah aku sensorang sebelum mula menulis catatan..... hihi
yang pic kiri tu, bunga, baru nak belajar lukis bunga..... siap ada rumput lagi..... semua lukisan ni dia buat kat opis masa aku n hubby kena kerja ujung minggu ritu..... nak ilangkan boring, bagi lah dia kertas n pensil..... belum lagi dia buat aktiviti gunting tampal, bersepah2 meja aku..... 

tapi x perlah, itu adalah salah satu perkembangan kognitif kanak2 kan..... janji x mencederakan diri sendiri sudah.....

k, sekian


#inshaallah hujung minggu ni sempena cuti sekolah, kami nak berlibur bersama keluarga, termasuk keluarga dari Johor, dalam negara jer..... moga semua dipermudahkan..... amiin#


13 March 2013

*wordless wednesday ~ drawing by 5 yrs old children*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,




abstract drawing used water colour by Aisha.....
agak2 faham x maksud tersirat tu.....
hehe

k, sekian

pssst : masih x boleh nak up entry yang ada cerita bergambar sebab aktiviti lately ni asik ke opis jerk, atas urusan keje..... in shaa Allah akan datang ada lah aktiviti hujung minggu kami yang berkualiti n boleh di share kat sini yerk.....