^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label anniversary wishes. Show all posts
Showing posts with label anniversary wishes. Show all posts

31 December 2013

*Happy 8th Anniversary MyDEAR*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,



 pada jam ini, 10.00 pagi, 8 tahun yang lalu, selamatlah kami disahkan sebagai suami isteri
ALHAMDULILLAH
hari ini, genap 8 tahun kami melayari hidup bersama
dengan kehadiran seorang cahaya mata
walau kadangkala diselangi onak duri, suka duka, ceria air mata
namun SAYANG tetap sayang DEAR
semoga kebahagiaan yang dikecapi kini sentisa mengiringi kita hingga ke syurga
dan
semoga kita akan terus mencari keredhaan Allah dan diberkati selalu dengan anak-anak yang soleh dan solehah
Amin


k, sekian


pssst : erm, agak2 ada surprise x dari MyDear yer.....
macam tahun2 lepas, erk..... verangan je lahhhhh.....
hihi


31 December 2012

*Happy 7th Anniversary*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


31.12.2005 - 31.12.2012

it's is OUR



hari ini, 7 tahun yang lalu dengan 2 kali lafaz, maka sah lah Masnainiza Muhamad menjadi isteri kepada Mohd Rosmadi Harun bertempat di Felda Adela, Kota Tinggi Johor.....

ALHAMDULILLAH

dan

hari ini adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7.....
walaupun banyak dugaan dan rintangan yang mendatang, kami jalani jua dengan bantuan orang yang tersayang dan juga doa yang x putus dipanjatkan ke hadrat Illahi.....
dengan kehadiran si anak dara Dizaaisha Umairah 4 tahun lalu, maka bertambah seri lagi rumahtangga yang di bina.....
semoga kami dikurniakan kebahagiaan berpanjangan serta dikelilingi orang2 yang sentiasa menyayangi kami.....
ameen.....

k, sekian







30 November 2011

*Jemputan Perkahwinan Sabtu*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

seperti dijanjikan..... heheh, ada orang tunggu ker..... xper, kengkawan x yah jawab yerk, aku nak jugak tunaikan janji aku tu..... last Saturday kami sekeluarga kecil telah memulakan perjalanan untuk balik ke Johor, Kota Tinggi..... sebelum tu, kami singgah ke Ayer Keroh, Melaka atas jemputan perkahwinan bekas officemate hubby masa kerja di Kuantan dulu yang mengahwinkan anak beliau.....

masa kami sampai di sana lebih kurang jam 2.30 petang, hujan sangat2 lah lebat, nasib baik Pn Jamilah (officemate hubby) buat di Dewan Seri Bestari, Jalan Ayer Keroh Lama..... nak cari dewan senang, nak parking pon agak mudah (mungkin time tu orang dah mula balik)..... disebabkan hujan, hubby turunkan aku di porch depan pintu dewan kemudian baru hubby cari parking di sebelah dewan jerk..... xder pakcik Rela nak marah coz ujan kan..... so, kami diberi kelonggaran untuk parking dalam kawasan dewan.....

time tu, pengantin pon dah selesai bersanding n tengah ambik2 gambo dengan photographer..... dewan pon dah agak lengang dengan tetamu2 yang dah mula balik.....

so, kami pon jumpalah mak pengantin, salam2 tanya khabar, borak lebih kurang n mintak izin nak makan..... lapor siut coz kami dari KL jam 11.00 pagi (terbukti apa yang aku taip dalam ENTRY INI adalah benar), hubby x singgah memana pon cari breakfast..... padahal aku n my lil Aisha dah bangun seawal 7.30 pagi coz ingat hubby nak gerak jam 9.00 pagi..... rupa2nya 11.00 pagi jugak dia gerak dari rumah..... ingat on the way tu hubby nak singgah McD beli breakfast take away..... boleh pula dia cakap "alamak, drive through panjang lah, kita makan kat kenduri je lah"..... hoho, perut aku dah nak menyanyi rap dah nie..... aku bagitau hubby supaya berentilah memana cari makanan..... sampai di hentian sebelah Nilai, ingat hubby nak berhenti, rupanya tak jugak..... "Tak payah berhenti mama, parking penuh lah, nanti kita cari stesyen minyak beli jajan"..... aku pon mengharap apa yang hubby katakan itu akan dikotakan..... last2 sampai ke dewan kenduri, sati hape x masuk dalam perut aku kecuali biskut Cipsmore mini yang aku bekalkan untuk Aisha..... huhu

 so, jom layan pic kami yang tengah makan..... lapo2 pon sempat snap2..... wat kenangan, tapi pic x brape clear..... guna BB jerk mah, snap pon guna tangan kiri coz tangan kanan penuh ngan nasi kenduri..... haha


 hah, ni group orang Johor panggil 'kendarat', semua berbaju biru.....


aku nak ambil gambar pelamin sebenonyer, tapi disebabkan malas bangun dari kerusi, so inilah jadinya..... 
tapi aku suka pelamin dorang..... penuh dari kiri sampai kanan, xder la setonggok jerk atas stage tu.....
erm, tengok bayaran lah pulah kan..... hehe


 owh anak omak.....makan cream cupcake macam makan ais krim.....
habis comot mulut sampai ke hidung penuh dengan cream.....


 my hubby yang sebenarnya lapo tapi x nak ngaku.....


 see, dalam pinggan penuh dengan lauk..... kata x berapa lapo kan masa dalam perjalanan tadi.....


 last, ofkos lah aku nak enterprem jugak.....
my lil Aisha, mata tengok pengantin tengah posing2 kat pelamin, tangan sibuk kopek telur nak makan.....

tamat.....

perjalanan kami diteruskan untuk menuju ke rumah Wak Amat & Mak Junah (abah ngan mak aku lah)..... lebih kurang jam 6.00 petang kami sampai di rumah..... sepanjang perjalanan Aisha tidur kekenyangan makan telur..... dah sampai rumah abah, baru bangun.....

malam tu xder aktiviti pape, kecuali makan2 sambil borak2 ngan family yang dah lama x jumpa..... lepas kami sampai, family Uteh sampai, lepas tu Usu pulak sampai, x lama lepas tu Kak Yah balik dari kerja dan diikuti family Kak Long sampai, last sekali adalah family Mak Uda sampai n kami sambung borak2 kat meja makan..... gambo nan hado, yelah dah sampai kampung, xder nyer sibuk nak bergambo2..... borak n berkongsi cerita lebih penting dari bergambo..... haha

esoknya, kami buat barbeque sempena anniversary mak n abah yang ke 42 tahun..... lain n3 yerk..... insyaallah

k, sekian

24 November 2011

*Happy Anniversary*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 lanjutan n3 INI.....


pada tarikh ini, 24 November, dalam tahun 1969, pukul berapa aku x tau... hehe
sepasang kekasih
Muhamad Bin Osman dan Zunainah Binti Jikan@Rajikan 
telah diijabkabulkan secara sah di Kampung Parit Raja, Gersik, Muar, Johor.

setelah mengharungi bahtera rumahtangga yang ada gaduh2 manja gitu pasang surut, mereka telah dikurniakan dengan 7 orang cahaya mata yang comel2 belaka, 6 perempuan, 1 lelaki. namun pada tahun 2005, seorang dari anak perempuan mereka telah dijemput Illahi kerana jangkitan kuman di kepala.

kini, pada tahun 2011, bahtera mereka telah memasuki ke 42 tahun dengan pertambahan cucu2 tersayang seramai 7 orang. insyaallah tahun 2013 akan bertambah cahaya kegembiraan mereka dengan kehadiran seorang lagi cucu yang bakal diterima.

semoga kebahagian mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat dengan kaletah anak cucu yang ntah pape tu dan terus terus terus ke syurga



 ABAH & MAK
happy 42th anniversary

windu sangat sangat sangat sangat sangat sangat
muah muah muah muah
semoga kebahagian, kesihatan, kemewahan dan ketakwaan mengiringi perjalanan loving couple kami ini sentiasa selamanya
"tayang yai, tayang nyai" Aisha (please change 'T' to 'S')



dari kami nan jauh,
(nak edit ala2 kak eB tp x jadik, hehe)


p/s : nak bagi adiah aper yerk?..... hehe
any idea?.....
2nd p/s : ralat, kehadiran cucu baharu adalah pada tahun 2012..... hehe (thanx uteh coz menjelmakan diri akhirnya)
dan bukan seorang, tetapi 2 orang..... insyaallah..... ameen (update : 05.04pm)