^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label aktiviti kanak kanak. Show all posts
Showing posts with label aktiviti kanak kanak. Show all posts

19 February 2013

*berbasikal di Taman Tasik Metropolitan, Kepong*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 last CNY kan cuti panjang kan..... kami x kemana2 pon selain dari dok rumah perbetulkan apa2 yang patut kat TerataKami tu.....  tapi asik dok umah, bosan jugak kan..... apa lagi, si anak dara pon mengajak lah ke taman..... my dear Hubby pon x kena keje ari tu, so hari Isnin, 11 haribulan, kami berhasrat untuk bawa anak dara ke taman..... Alhamdulilah, hasrat termakbul..... x pi jauh pon..... kami ke Taman Tasik Metropolitan, Kepong..... alah, tampat yang popular dengan aktiviti main layang2 tu kan..... tapi kami x main layang2, kami layan anak dara berbasikal keliling tasik jerk..... berpeluh jugak lah pusing tasik tu kan.....




kali ni, kami parking kat yang sebelah padang bola tu, kat tempat yang untuk main layang2 tu parking full sampai melimpah ruah ke jalan besar.....




eh, ini bapak kepada anak dara yang naik basikal..... haha
memula Aisha naik basikal, pehtu bila sampai kat bukit, dia x mor naik dah, takut jatuh (sebab ada pengalaman jatuh sebelum ni)..... so Hubby naiklah basikal tu nak buat gertak Aisha..... isk, riso teman takut beskal tu patah kan..... seb baik ok lagi.....



ha, bila dah sampai kat jalan rata, Aisha naik semula..... cerdik anak dara ni kan..... hehe



ini kat jambatan..... Aisha kena paksa dok atas jambatan tu sebab Mama dia nak ambik gambo..... haha, tapi kejap jerk, sebab aku try duduk jugak..... panas wehhhh..... huhu

 ha sebelum sampai jambatan ni ada bukit yang menempatkan menara tinjau ngan tapak perlindungan burung tau...... tapi kami x pi pon sebab malas nak menapak naik bukit..... inshaa allah len kali kalu pi, boleh la terjah kut..... hehe



anak dara sekali lagi dipaksa jadi model..... 
kat belakang tu ada orang tengah memancing ikan..... erm, boleh memancing ke kat sini yerk? x jumpa signboard pulak sepanjang jalan keliling tasik ni, boleh la tu kut kan.....



dah separuh keliling tasik, kami ikut jalan short cut kat tengah2 tasik..... kiri tasik utama (saiz besar), kanan tasik kecik yang penuh dengan pokok teratai, tengah2 ada jalan bertar..... owh, anak dara dah berjalan, mana basikal?..... aku jadi mangsa kena tarik basikal sebab Aisha nak menikmati udara agak segar diantara tasik tu.....




penat berjalan n berbasikal, upah aiskrim motor la pulak kan..... 1 kon RM1.00, beli dua, Aisha 1 n 1 lagi aku kongsi ngan Hubby..... tapi yang jual aiskrim naik motorsikal tu bukan orang Malaysia tau, aku x tahu kerakyatan mereka, bahasa yang tidak difahami..... bila penguatkuasa datang tasik ni ronda, dorang pakat ramai2 keluar dari kawasan tasik..... sah lah, dorang ni xder lesen atau xder permit..... erm, sape nak jawab?..... aku beli aiskrim jerk, x buat ape2 pon.....




ini kat kawasan taman permainan..... penuh sangat orang, ye lah cuti kan..... mereka ni pon seangkatan dengan kami yang x balik kampung atau keluar KL cuti CNY ritu.....



kat area jalan masuk pon penuh orang.....



kat padang layang2 pon penuh orang.....

 kawasan yang memula kami pergi macam kat atas tu aman sikit suasana dia sebab x ramai orang, ye lah, nak ke sana jauh jugak..... so orang ramai lebih tertumpu kat kawasan padang layang2 tu dengan taman permainan kanak2 jerk..... kami lalu kat sini, cepat2 jerk jalan sebab dah macam kat shopping complex jer gayanya nak jalan celah2 orang ramai tu..... huhu



akhirnya, Aisha x boleh tahan, nak jugak main permainan kat situ kan..... jalan depan sikit, ada taman lagi satu yang kecik sikit tapi x ramai orang..... so mainlah dia kat situ.....
dalam gamabr tu, dia dah panjat sendiri, tapi takut nak turun..... sesi pujuk memujuk nak suruh dia turun sendiri oleh Hubby..... last2, Hubby dokong dia bawa turun bawah..... haha

kami gerak lepas Asar dalam pukul 5.00 petang, jam 7.00 malam kami pon balik umah..... Aisha mandi2, bagi susu n tidur kat depan tivi..... sian dia, penat keliling tasik..... tapi dalam pukul 9.00 malam dia dah bangun dah..... ajak main masak2 lah pulak, tahan dia x tidur sampai ke pukul 1.00 pagi, kena paksa baru dia tidur..... seb baik lah esoknya masih cuti..... kalu x, dengan Mama ngan Papa bangun lewat pi keje.....

apa2 pon, yang penting kami cuba isi masa lapang sebaik mungkin bersama keluarga.....

k, sekian


28 November 2012

*bila anak merajuk dan minta di pujuk*

17 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 


sekarang aku perasan sangat2, sejak Aisha school kat Taska Aida ni kan, dia dah semakin agresif..... suka panjat2, suka terjun2, suka lompat2, n yang paling x tahan tu asik ler nak main jerk kerjanya..... ye lah, sekarang kan cuti sekolah, so school Aisha pon kira cuti jerk, bebudak dibiar buat aktiviti bebas..... hurm.....

so, kejadian last Sunday..... dah malam..... kebosanan sebab 2 hari di hujung itu kami x kemana2 pon..... so anak dara dah bosan tahap melampau..... asik2 pandang mama, asik2 pandang papa, asik2 pandang bear, asik2 pandang tivi..... so malam tu ntah macam mana dia dah merajuk.....

aku x ingat faktor usia nie kenapa dia merajuk..... tapi yang pasti time ni kami tengah dinner kat ruang tamu sambil tengok tivi..... hehe..... 

oho time di dia main depan tivi yang kami tengah tengok Masterchef time  tu, main panjat2 beskal dia, pehtu terjun sambil cakap..... "Mama tenok ni, Papa tenok ni"..... isk, sekali dua kali x per lah..... sampai ke lima enam kali..... sape x marah kan, kalu jatuh n sakit, luka..... kan parah tu..... walau ada karpet Sakan, tapi kalu jatuh tetap sakit kan.....

so, aku marah lah..... then x semena2 dia berlari naik atas tangga n duduk kat tiang tangga tu..... konon2 merajuk lah tu kan.....



 see..... gitulah gaya dia dok kat tangga tu.....

hehe, sweet plak aku tengok..... terus capai BB n snap2..... Hubby senyum2 jerk dok sebelah aku.....dah tau dah perangai istri dia ni memang suka ambik gambo.....



 zoom sikit anak mama yang majuk nieh.....


 agak2 Hubby tengok aku dah letak balik BB aku atas meja..... dia panggil Aisha konon2 nak pujuk..... Hubby hulur tangan kat Aisha tapi Aisha buat x tau jerk terus meluru kat aku..... hehe sengeh panjang lah aku..... biasa kalu anak kena marah ngan Mama, ofkos dia akan pi kat Papa dia kan.....

tapi tidak berlaku kat Aisha..... Mama marah ker Papa marah ker, dia tetap pi kat Mama dia..... so sweet lagi anak mama di situ..... aku terus sejuk hati sebab dia datang kat aku n terus peluk aku..... huhu nak nangis rasanya time tu tau..... so aku pon nasihat kat dia elok2..... x mor panjat2 lagi, x mor terjun2 lagi..... terus mintak dia ambik book dalam almari n jom kita tulis2..... Aisha dengar kata..... Alhamdulillah

tapi sekejap jerk kut, pehtu dia main bende lain pulak, cuma xder la aksi terjun2 macam tadi..... hehe cuma sepah rumah tu dah perkara biasa bagi aku, kalu nak suru dia kemas semula senang jerk..... "Aisha ujung minggu ni nak mandi kolam x?, kalu nak mandi kolam kena kemas menan tau"..... so kemas lah dia..... erm, janji kena tunaikan kan..... in shaa allah hujung minggu ni kalu tiada aral melintang..... hehe


k, sekian

21 November 2011

*Umur 3 tahun pertama anak - bermain itu penting*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Bermain adalah penting dalam tempoh tiga tahun pertama kehidupan kanak-kanak. Belajar melalui bermain dalam tahun-tahun awal boleh merangsang perkembangan otak kanak-kanak.

Carrie Lupoli, pengasas pembelajaran pakar
Live and Learn Asia (www.liveandlearnasia.com/), berkata bahawa terdapat banyak penyelidikan baru tentang kuasa permainan dan bagaimana ia berkaitan dengan perkembangan otak.

"Mengapa kita memberi tumpuan kepada aktiviti bermain? Ini adalah kerana pembangunan otak di kalangan kanak-kanak adalah begitu kritikal, "katanya.

Lupoli memaklumkan penyelidikan yang telah dilakukan menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan, membangun dan mengukuhkan hubungan dan pendawaian sebenar dalam otak kita.

Beliau menyamakan perisian muatan pada
“hardware” atau otak kanak-kanak.

"Anda perlu memasang perisian yang betul supaya ia boleh digunakan untuk program yang betul."

Lupoli berkata bagi pembangunan yang sihat, kanak-kanak perlu:
  • Pemakanan pranatal;
  • Makanan, pakaian dan tempat tinggal;
  • Hubungan Selamat - hubungan awal mempengaruhi perkembangan bayi;
  • Interaksi Sosial; 
  • Peluang untuk meneroka;
  • Tekanan yang rendah.
Menurut beliau “must do’s” untuk otak yang sihat adalah:
  • Sentuhan;
  • Hubungan - kanak-kanak perlu tahu bahawa apabila ibu bapa mereka pergi (ke tempat kerja atau untuk beberapa jam) bahawa mereka akan kembali;
  • Harga diri - ibu bapa harus memuji usaha anak-anak mereka untuk meningkatkan keyakinan diri mereka; 
  • Komunikasi - ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak mereka walaupun bayi kecil tidak akan bertindak balas dalam kata-kata;
  • Bermain - membina kemahiran sosial, perkembangan kognitif.

Untuk membantu ibu bapa memilih mainan yang baik, Lupoli memberikan ibu bapa garis panduan ini:
  • Pilih pelbagai alat permainan;
  • Permainan kanak-kanak bukan hanya "menghiburkan"  (mainan yang membuat bunyi yang banyak dan mempunyai imej bergerak);
  • Sentuhan (sesuatu yang mereka dapat merasakan);
  • Tidak semua sekali gus! (tidak terlalu banyak mainan dan mainan menghiburkan pada masa yang sama kerana ini mungkin overstimulate bayi);
  • "Real" item vs Flashcards (ia sentiasa lebih baik untuk menggunakan epal yang sebenar daripada Gambar epal, kerana ia membantu kanak-kanak itu merasa, meneroka, menimbang, rasa, dll);
  • Pretend play (ini membantu kanak-kanak itu menjadi kreatif dan menggunakan imaginasi mereka);
  • Buku Tebal (satu lagi pilihan untuk dimainkan);
  • Puzzles (baik untuk kemahiran menyelesaikan masalah); 
  • Cari cara-cara baru untuk bermain dengan objek yang tetap.