^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

22 February 2018

Home » , » Penampilan Pertama Putera Kami

Penampilan Pertama Putera Kami

assalamualaikum,


oho, tak tahu nak mula macamana..... gembira yang tidak terucap..... setelah penantian lebih kurang 9 tahun 9 bulan, setelah melalui pelbagai rintangan, akhirnya lahirlah putera kami yang pertama dan juga merupakan anak kami yang kedua..... kalau sesiapa yang baca entry aku sebelum2 ni, mesti tau kan macamana dan apa yang aku hadapi sebelum disahkan mengandung..... apa pun aku bersyukur diberi nikmat sekali lagi untuk menimang cahaya mata walau dalam jarak yang jauh.....

maka hari ini, dengan ini aku perkenalkan secara rasminya putera kami..... Dizaazwar Uzair yang bermaksud sahabat yang rajin dan sentiasa dalam kegembiraan.....



Dizaazwar Uzair
beliau dilahirkan pada 22 November 2017, tepat jam 2.40 petang, bertempat di Hospital Selayang, Selangor dengan usia kandungan 38 minggu.....

ok lah, setakat ini dulu sesi perkenalan untuk putera kami ye..... ada masa nanti aku cerita lagi sebab banyak gambar kat dalam HP hubby, gambar atas tu pun dalam koleksi HP aku yang aku snap di usia baby >< 2 minggu..... masa dalam pantang kat kampung, nak update gambar baby kat hubby..... masa ni hubby dah balik KL dah..... hihi..... so, bila dah ada gambar lain2 yang aku nak share nanti, aku buat entry ye.....



baby ticker Azwar
oh ya, hari ini genap usia baby 3 bulan..... pagi tadi dah pun cucuk imunisasi kat Klinik Sejahtera, Rawang..... alhamdulillah, nangis sekejap je masa kena cucuk..... bila pujuk, dah boleh diam dah..... dalam kereta bagi susu, terus tidur..... hihi, harap2 balik ni baby ok dan tak demam macam masa cucuk 2 bulan ritu..... but still doktor bagi ubat demam untuk stanby takut baby demam..... in shaa allah baby kuat dan tak demam..... aamiin.....

k, sekian