as salam,
salah satu tempat yang kami (aku n kawan2 opis) lawati semasa di Langkawi adalah Kilim Geoforest Park..... bukan lah untuk buat boat tour..... tapi kami ke restoran terapung untuk makan tengah hari di sana..... nak ke restoran wajib naik bot dalam 5 ke 10 minit sambil menikmati hutan paya bakau di sungai air masin dan gunung ganang yang menghijau.....pemandu bot kami bagitau kedalaman sungai tu mencecah 15 meter dalam..... huhu seriau jugak dengar, tapi nasib baik lah adik tu bawak dengan berhemah cuma bot terhuyung hayang bila berselisih dengan bot lain.....
pemandangan sepanjang perjalanan..... saujana mata memandang.....
pakej boat tour yang di tawarkan.....
boleh tengok helang, boleh pegi tempat ternak ikan, boleh pegi macam2 gua yang ada kat sana..... pilih je lah mana yang berkenan.....
tapi ada jugak yang free naik bot.....
adik pemandu bot kami yang berbaju merah dalam bulatan tu kata..... kalau kita naik bot untuk makan di Restoran Amin (tempat kami having lunch that day)..... maka bayaran boat adalah percuma, cuma bayar untuk menu makanan yang kita order je lah kan..... makanan ofkos lah seafood..... kat restoran tu jugak kita boleh tengok pelbagai jenis hidupan laut yang ada kat situ sambil dapat penerangan dari penjaga restoran tu..... nak bagi ikan pari makan pon boleh, kalu berani lah..... hehe
so, overall kalu ke sini..... rasanya best kut naik bot sambil menikmati pemandangan ciptaan Allah dari dalam bot..... tapi kena penuhkan bot dalam 10 orang baru berbaloi nak bayar sekurang2 nya RM250.00 untuk satu bot kan.....apa2 pon tepuk dada, tanya hati..... samana nak buat aktiviti ini atau tidak kan.....
k, sekian