^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

30 April 2013

*buah tangan dari kampung*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,
 ~cerita tertangguh 2 minggu~





ahah, biasa kalu balik kampung kalu ada buah tangan mesti seronok kan..... begitu jugak aku, last 2 weeks, balik kampung yang ada kenduri anak sedara a.k.a anak my USU tu kan..... balik dari kampung, bawak jugak buah tangan.....

oho..... tapi bukan buah macam kat atas tu..... itu kalu nak kena beli..... hehe
buah tangan apa yang aku bawak balik.....










































tanya sama plastik, apa isi dalam? nanti jawab plastik, ini bukan durian.....

ha, dah nampak kan.....




buah kelapa

inilah buah tangan dari kampung..... suma ada 5 biji..... maklum, baru lepas kenduri, baki kelapa banyak lagi, weh ni Abah petik sendiri kat pokok tau, tapi ada jugak la pakcik2 Aisha tolong jugak petik jugak kan..... hehe




sebiji buah kelapa dengan kulit sekali

Abah suruh kopek sekali sabut dia, tapi my dear Hubby macam nak tunjuk kekuatan dia mengopek kelapa kat TRP kan, so dia biar je kelapa tu gitu gaya, seb baik dalam plastik, kalu x, kompem dah golek2 dalam bonet kereta ritu..... hehe
 
 so, Jumaat malam ritu aku cakap kat Hubby esoknya (Sabtu) aku nak masak nasi lemak..... mintak lah dia tolong kopekkan kelapa tu kan..... tak boleh tungu pagi, sebab aku takut dia bangun lewat, karang pukul berapa pulak aku nak masak untuk breakfast kan..... so, dengan senang hati, Hubby pegi dapur, ambik kelapa 1 plastik tu, parang Abah, plastik untuk alas dia bawa ke ruang tamu.....




depan pintu ruang tamu

ha, kelas x my dear Hubby kopek kelapa dalam rumah, kat ruang tamu lagik..... sambil tu mata jeling2 kat tv..... haha, seb baiklah time tu dah malam lebih kurang pukul 10 lebih, x der la orang nak datang kan.....

si anak dara apa lagi, pantang tengok orang dalam rumah tu buat bende baru, sibuk lah mulut dia tanya itu dan ini, Papa, sila jawab dengan berhemah ye..... kelam kabut juga dia nak tolong kopek sekali..... siap pegi dapur ambik penyapu sebab Papa dia buat sepah kat ruang tamu..... hehe, so sweet la anak Mama kan.....



 
 hamboi, tersenyum simpul anak dara

my dear Hubby menunjukkan kepandaian dia mengopek kelapa..... hehe thanx dear.....
dan malam tu jugak dia ke kedai pi parut kelapa..... owh, kat umah aku x der pemarut kelapa, kalu kat kampung dulu Mak ajar guna blendar, tapi blendar kat umah dah tumpul, takut makin tumpul plak kalu buat parut kelapa kan.....




kelapa parut

 pi parut kelapa kat kedai runcit dekat ngan rumah..... tanya Hubby dia charge berapa, maklumlah x pernah kan..... Hubby cakap 60 sen untuk 2 biji kelapa..... ermmmmm murah ke mahal yerk..... ye lah, upah parut jerk, kelapa bawak dari rumah.....

maka keesokkan harinya, terhasillah nasi lemak guna santan fresh..... kalu sebelum ni asik guna santan kotak jerk, kali ni masak nasi lemak guna santan fresh, perghhhhh bau dia menggiurkan sungguh, ditambah dengan daun pandan yang diambil dari umah MIL (tanam dalam pasu)..... semerbak bau dalam umah aku hari tu.....

alhamdulillah, dapat hidangkan nasi lemak kat my small family..... Aisha pon makan banyak jugak hari tu, dia makan nasi lemak ngan kicap ngan telur rebus..... ada balance lagi nasi sampai ke malam, so malamnya aku tambah dengan kepak ayam panggang, maklum, dah ada oven ni, cepat jek tangan aku nak memanggang..... hehe


k, sekian


28 February 2012

*Nombor '8' dan buah*

13 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

anda suka buah?..... aku suka sangat buah..... tapi tidak my hubby, dia allergic buah..... huhu
jom kongsi info pasal buah.....


elakkan daripada membeli buah-buahan dengan aksara nombor "8" pada awal label buah, kerana ia adalah buah-buahan yang diubahsuai secara genetik
 
eksperimen di Perancis mengesahkan bahawa kacang soya diubahsuai dari segi genetik yang diberi kepada tikus, menghasilkan generasi pertama tikus yang mengalami pelbagai penyakit, dan kemudian generasi akan mandul sepenuhnya.

Amerika Syarikat mengharamkan penggunaan kacang soya yang diubahsuai di dalam makanan manusia, ianya hanya boleh digunakan ke atas haiwan.  elakkan memakan makanan yang diubahsuai secara genetik! 94129 Apple? apa maknanya tu!  

baca "label buah". setiap label pada buah hanya mempunyai angka-angka sahaja, sebagai tambahan kepada namanya, untuk memberitahu pengguna sumber dari mana ia datang, juga menunjukkan jika buah-buahan itu selamat untuk manusia atau untuk orang lain

sila baca label buah-buahan dan fahami nombor yang tertera, sistem ini adalah pengenalan identiti alternatif kepada pengimport yang unik, tetapi ia juga merupakan maklumat perubatan yang perlu diketahui
 
label buah-buahan tradisional mempunyai empat digit bermula dengan 4
 
 
 label buah-buahan organik mempunyai lima digit bermula dengan 9

 label buah transgenik mempunyai lima digit bermula dengan 8

 Contohnya:
anda melihat epal di kedai: 
jika label adalah 4922, menunjukkan ia adalah epal tradisional, ia masih menggunakan racun herba dan baja berbahaya semasa penanaman.
 
 jika label adalah 99222, organik dan selamat untuk dimakan.

jika label adalah 89222, maka "Ia adalah diubahsuai secara genetik (GMO), elakkan membeli!".
 
jadi.....
mulai sekarang, kita kena ingat dengan nombor2 yang ada pada buah.....
elakkan dari membeli buah dengan awal nombor '8'.....
untuk kesejahteraan keluarga di masa hadapan.....
 chewah, macam iklan pulak.....

k, sekian

08 February 2012

*Wordless Wednesday - buah bergaduh di FB*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


 erm... tebu tu buah ke bukan erk?????