^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

29 May 2012

*Kehadiran tetamu di hujung minggu*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

 hurm, last weekend rumah kami telah dikunjungi tetamu yang tidak diundang tapi tetamu itu adalah yang kami nanti2 kan..... hehe sape lagi kalau bukan Mak n Abah aku..... dorang datang dengan Maksu n Paksu @Ciklan Aisha dan jugak sepupu aisha, Adik Ada..... jangan salah faham dengan istilah tidak di undang tu yerk..... sebenarnya Mak ada bagi tau nak datang umah aku coz pada minggu tu ada kenduri rumah saudara belah mak yang kami di Tampin, Negeri Sembilan..... kami tunggu jugak ari Jumaat lepas kut2 la dorang sampai malam tu kan, boleh kami gerak sekali ke kenduri tu, tapi nan hado..... rupa2 nya dorang datang ke rumah kami selepas pergi kenduri umah sedara tu (malam sabtu dorang sampai rumah kami).....

petang Sabtu tu kami sempat pergi ke kenduri kawan seopis di Rawang..... lepas tu kami shopping barang rumah sikit kat carefour Wangsa Maju..... tengah2 shopping tu lah Maksu Aisha call bagitau dorang dah gerak nak ke rumah kami..... so kami pon stanby la balik awal ke rumah..... beli barang simpel2 jerk..... tapi sempat la kami tapau KFC untuk dapatkan free gift mini Ipin untuk Aisha..... hehe

meriah la umah kami yang sekemetot tu dengan tetamu dari Johor tu kan..... Aisha apa lagi, sanggup x tido nak main dengan sedara Johor dia..... apatah lagi Maksu ada gadget baru Samsung dia tu..... kira jadi hak Aisha la kan untuk main game..... hehe lepas dorang sampai, rehat2 jap..... aku pon xder apa nak masak nak umah, aku suggest kat hubby untuk beli makanan kat kedai jerk, nak kuar dinner, badan dah x larat, lagipon tetamu2 kami tu pon nak rehat kan..... so malam tu, kami sajikan nasi putih, sup ayam, sayur padprik n nasi kenduri (mak bawa dari Negeri Sembilan) untuk tetamu semua.....

sambil borak, sambil tengok tv..... lepas tu beransur2 memasing tido.....

esoknya (Ahad) sebelum tetamu nak bertolak balik..... sempat lagi kami ke kedai tayar kat Jalan Gombak, coz kereta yang mereka bawa ada gegor2 la kat sebelah belakang..... takut apa2 kejadian x elok di perjalanan maka pemeriksaan dilakukan..... dan melayangkah duit Abah RM145 untuk tukar tayar baru coz tayar lama bengkak (ada gelembung)..... tu yang bawak kereta rasa gegor2.....

 see, memasing tengah tengok tayor bengkek yang dah pon selamat diganti dengan yang baru, padahal tayar tu aku rasa elok lagi bunga dia kan.....


 eh eh, my lil Aisha sempa berposing dengan spek Mydin baru dia.....


 lagi pose dari Aisha sementara tunggu kereta kena servis.....


lepas selesai urusan di kedai tayar..... kami teruskan perjalanan mencari tempat makan..... time tu ngam2 jerk pukul 1 petang..... "owh, patutlah, dah wajib makan nie....." itulah yang Abah kata bila ditanya abah dah lapar ker..... haha

kalau waktu siang ni aku x berapa nak tahu kat mana port makan yang best kat KL nieh..... maka aku serahkan pada Hubby dan dia suggest untuk makan Nasi Ayam Kampung kat Kampung Bharu..... aku pon setuju jerk..... ala gerai ni kat Medan Selera Jalan Raja Muda Abd Aziz kat HKL tu, kedai dia ujung sekali..... mesti ramai yang dah tau port ni kan..... nasi dia memang marvelous..... ayam kampung wallah..... sedap siap ada ulam2 lagik, tapi aku x makan..... hehe..... kami makan semua licin, samada sebab sedap sangat atau sebab lapar..... tapi kalau Abah makan habis, maknanya makanan tu memang sedap..... kan Abah kan..... hehe


 
 see, semua pinggan licin dibedal kami, kecuali ulam.....


menu kami untuk lunch hari tu adalah nasi putih untuk 7 orang, ayam kampung 7 ketul (bajet sorang 1), gulai daging, sayur pucuk paku n ulam + sambal belacan, hubby tambah budu + tempoyak..... air kami order memasing sume ais, cuma abah jerk mintak air teh tarik..... so belanja lunch sume lebih kurang RM68..... Mak ngan Ciklan belanja..... terima kasih yerk, murah rezeki kamu..... Alhamdulillah

selesai makan, kami pon berpisah..... tetamu balik ke Johor (sebelum tu drop Ciklan kat Seremban dulu) n kami teruskan urusan kami..... kami ke Giant Batu Caves untuk shopping..... shopping lagi, bukan beli apa pon, cuma cari seluar untuk kami ke Kelantan hujung minggu nanti sempena Pesta Sukan jabatan kami..... punyalah semangat kami nak bersukan kan, cari seluar baru..... padahal dok tepi padang jerk tengok orang bersukan..... haha

so, kalau blog ni xder cerita, maka kami ada di sana la yerk..... doakan perjalanan kami selamat semuanya..... ameen

k, sekian

22 April 2011

*Snap Snap @ Hospital Sultan isnail, JB*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
kejadian telah berlaku last month masa balik kg melawat abah yang warded di Hospital Sultan Ismail, JB..... 1st day sampai, lepas melawat abah..... kanak2 bawah 12 tahun x boleh masuk ke dalam wad untuk melawat aba..... so, sementara tunggu giliran untuk naik n aku ditugaskan untuk jaga my lil Aisha..... maka berlakulah seperti sedia kala..... kerja2 men'snap gambar pon terjadi..... hehe jom layanzz
'

posing kejap kat tepi tangga nak naik ke hospital, ada waterfall di situ.....

'

see da topi yang Aisha pakai tu, asal nak jadi pelindung dari panas, tapi gitu pulak jadinyer..... hikhik

'

toleh kiri, toleh kanan n Aisha tersedar ada sesuatu yang berkaitan dengan air rupanya di situ..... apa lagi, trus dia bangun n melangkah dengan gagah untuk mendaki bukit di situ.....

'
"air..... air, ma..... air" itulah yang disebut Aisha bila sampai di situ
"tish" sambil tangan menunjuk ke dalam air
'

itu jerk pic yang sempat aku snap coz lepas tu Aisha bersungguh2 nak masukkan tangan dia dalam air tu, bajet boleh sampai la nak sentuh air tu, sampai tertunggeng2 dia..... trus x jadi suruh dia posing2 lagik.....

'

"tish" > itu sebutan Aisha refer for FISH..... banyak lagi perkataan2 lain yang disebut Aisha berbunyi dengan awalan huruf 'T'.....

'

dan yang selalu dia akan sebut tiap kali aku ambil dia di rumah 'umi' pengasuh adalah "uuu tetati.....", "bai tetati....." sambil tangan melambai tren LRT yang nak berjalan..... dari rumah 'umi' pengasuh tu boleh nampak stesen LRT Sentul Timur, n sebutan tetati adalah stand for keretapi..... bye keretapi..... hehe

'

last but not least..... this is my father's picture taken by me on that day.....

'

Alhamdulillah abah dah kuar n sekarang tiap2 bulan kena pi hospital untuk rawatan lanjut for HBP

'

k, sekian