^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

16 October 2017

Home » , , , » dugaan pregnant 33 minggu - batuk

dugaan pregnant 33 minggu - batuk

Assalamualaikum,

Allahuakbar, sekejap je rasa dah 33 minggu dah pregnant..... my lilprincess Aisha tak sabar nak tengok adik..... sekarang ni memanjang je pesan, "Mama, nanti kalau adik gerak, bagitau tau"..... hihi..... dia sibuk nak rasa gerakan baby dalam perut..... aku pon ikutkan je lah..... biasanya lepas waktu makan baby banyak gerak, so time tu lah aku panggil Aisha untuk rasa pergerakkan baby..... tergelak2 dia bila rasa gerakan tu..... siap digomol2, diraba2 perut aku ni, sampai rasa geli pulak aku..... huhu

baik, berbalik pada tajuk..... dah seminggu aku batuk tak baik2..... ada orang cakap, ini mungkin pembawakkan masa mengandung, so lepas bersalin nanti akan automatik hilang..... hoho, tak nak lah, seksa kut batuk neh..... kalau masa tak mengandung pon seksa, inikan pula masa mengandung..... sampai sakit tulang rusuk aku nieh.....

memula macam amalkan petua2 tradisional je, google kat internet, ada yang guna limau, madu, oren, lemon, bawang putih dan macam2 lagi lah..... tapi macam tak hilang je batuk aku ni..... iye lah, orang cakap time mengandung ni tak boleh makan ubat batuk kan, takut ada effect kat baby.....

akhirnya, pagi tadi, aku mengalah..... dah 2 3 hari aku tak boleh tido..... tiap kali nak baring je, mesti batuk..... so, aku ajak mydear Hubby ke klinik..... dia pon menurut je lah..... jumpa lagi Dr Rusydina di Klinik Sejahtera, Rawang yang buat adik baby punya 3D/4D scan ari tu.....

dah cerita apa masalah kat doktor, then dia pun bagitau ubat-ubat apa yang dia nak bagi kat aku..... dan yang paling penting, ubat-ubat ni sesuai untuk ibu mengandung.....


Ubat Batuk Linkus - Sirap Batuk Tanpa Gula 
hah. inilah ubat yang aku tunggu, ubat batuk..... ubat ni doktor cakap berasaskan herba, so sesuailah untuk ibu mengandung..... dan tak ada effect apa2 termasuk mengantuk.....



Ubat Sakit Tekak Kofol
yang ini ubat sakit tekak, hisap je..... rasa lemon..... nak tau apa isi kandungan, klik dan besarkan gambar..... harap2 dapat membantu..... hihi



Ubat Selsema Avotyne - Loratadine
ini pula ubat selsema..... sebenarnya tak ada lah selsema sangat, tapi dari malam2 tak selesa, maka aku minta juga ubat selsema ni..... hihi



Ubat Demam ActiMol - Paracetamol
ubat demam ni doktor yang bagi, dah cek suhu badan tak demam, tapi ni kira pakej la, kalau batuk, selsema, mesti ada demam..... aku tak makan pun setakat ni..... harap2 tak perlu lah kan.....



Ubat Antibiotik Curam - Amoxycillin + Clavulanic Acid
last but not least, antibiotik..... hurm, aku tanya doktor, boleh ke ambil antiniotik time pregnant, dia kata boleh, tapi kena lah ambil unat yang bersesuaian..... so, ni salah satu ubat yang sesuai diambil oleh ibu mengandung.....

in shaa Allah, moga2 ubat2 ni dapat membantu aku untuk melegakan batuk yang dah seminggu bertakhta di tekak ni..... tak larat dah rasanya batuk..... huhu, Hubby ngan Aisha pun risau kat aku..... bila aku batuk je, cepat2 Aisha datang kat aku urut belakang badan..... walau aku rasa macam tak berapa nak membantu sangat, tapi rasa lega minda aku sebab ada yang cuba berusaha untuk buat aku tenang..... terima kasih dear, terima kasih anak mama..... sweet tau korang ni.....



Lozenges Mini Linkus (Herba)
oh, ini ubat tambahan..... hujung minggu berkunjung ke rumah adik di Sendayang sebab Mak ngan Abah ada kat sana, sekali amek pisang hasil tuaian belakang rumah kat Johor..... then adik bagi la gula2 kat atas tu..... Linkus Lozenges Mini..... katanya ramai yang makan dan sesuai dengan badan, terus tak batuk lagi dah lepas makan gula2 tu..... jenama dia sama dengan ubat batuk dalam botol yang klinik bekalkan kat aku, ia berasaskan herba..... yang ni pon aku amalkan juga diantara waktu lepas dan sebelum makan ubat klinik..... harap2 dapat membantu..... setakat ni yang ada cuma kat klinik kat Sendayan, tapi tak tau klinik mana sebab adik aku tak bagitau..... ramai yang cuba cari kat farmasi, tapi tak jumpa..... aku tak try lagi cari sendiri kat area KL ni..... tapi saja search kat internek, kat online store macam shopee ada jual..... yang lain2 tak jumpa pula.....

terima kasih to my Usu sebab bagi gula2 ni percuma.....

semoga usaha2 yang dilakukan untuk menghilangkan batuk ni berhasil dengan izin Allah..... in shaa Allah, Aamiin.....

k, sekian