^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

11 October 2017

Home » , , , , » 3D / 4D scan untuk adik baby

3D / 4D scan untuk adik baby



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, minggu ni kandungan dah 32 minggu = 8 bulan..... hari ni ada check-up baby + scan baby untuk 8 bulan di Klinik Kesihatan Rawang..... macam yang aku cerita sebelum ni, aku dari mula memang dah check-up kat klinik kesihatan..... sebab ada masalah darah kan..... so, tak apalah mana2 pun, janji baby dan aku sihat dengan pemantauan doktor..... time Aisha, 9 tahun lepas, aku sempat buat check-up kat klinik swasta 2 kali je, lepas result darah keluar, aku kena refer ke klinik kesihatan juga sampai lah bersalin..... so, bila kali ni kena refer di klinik kesihatan, aku dah tak kisah..... sama je prosedurnya, cuma waktu menunggu yang lama di klinik kesihatan je yang tak lalu, demi baby, aku redha.....

Ok, berbalik pada tajuk..... disebabkan kat klinik kesihatan suami tidak digalakkan untuk follow masuk ke dalam bilik2 rawatan ibu mengandung, maka aku ambil inisiatif untuk buat scan baby kat klinik swasta di luar..... dan alang2 nak buat scan di klinik swasta di luar yang memerlukan bayaran, maka aku decided buat 3d/4d scan terus..... baru puas hati dan berbaloi kan.....

Aku n Hubby survey untuk buat scan ni just dua (2) klinik je kat Rawang iaitu Poliklinik Perdana dan Klinik Sejahtera..... sebab dua klinik ni je yang biasa kami berurusan, dan doktor pon dah kenal dah..... tapi Poliklinik Perdana tak sediakan khidmat scan 3e/4d..... maka kami beralih ke Klinik Sejahtera..... Alhamdulillah, klinik ni ada sedia perkhidmatan scan 3d/4d.....

Memula call dulu Klinik Sejahtera tanya macamana procedure nak buat tu, takde lah terpinga2 nanti kan..... Assistant kat klinik tu bagitau.....
- datang sahaja ke klinik, tapi sebelum tu call dulu untuk remind klinik yang kita datang untuk buat 3d/4d scan
- doktor pilihan, seharusnya lah perempuan, Dr. Rusydina nama beliau
- hari doktor perempuan bertugas : Rabu dan Khamis (Malam), Sabtu (Pagi), Ahad (Petang)
- bayaran : RM90.00 (tempoh masa procedure >< 30 minit), tak digalakkan lebih dari itu, nanti baby panas
- tempoh kandungan : 28 - 30 minggu (untuk dapatkan clear picture baby)

Maka, bila dah dapat semua info yang diperlukan, pada 17.09.2017 (Ahad) kami pun ke Klinik Sejahtera untuk scan baby..... sebelum tu call dulu, then bila sampai, tak payah tunggu lama pun..... lepas sorang pesakit keluar, kami dipanggil..... doktor tanya lebih kurang pasal kandungan, then baringlah aku kat atas katil untuk scan..... masa ni Aisha dah excited dah nak tengok baby..... hihi, "doktor, boleh tak saya nak tengok baby?"..... haha, satu soalan keluar dari mulut beliau..... doktor pun terkejut, "wah, sopannya kakak, sebelum ni tak ada pun budak lain tanya doktor nak mintak izin nak tengok baby"... "boleh kakak, kakak tengok kat tv tu ye"..... hihi, tergelak kami dalam tu..... sweet la anak Mama, Papa ni tau.....

Lepas doktor godeh2 sikit kat area perut aku, maka terhasillah gambar baby kat monitor, monitor disambungkan ke tv lcd besar atas kepala katil yang Hubby dan Aisha boleh nampak..... maka nampaklah muka baby dalam perut aku nieh.....

Hasil carian imej untuk scan baby 3d
sumber : http://www.theultrasoundsuite.ie
Lebih kurang macam atas tu lah kedudukan baby..... tengah tido dengan tangan kat tepi dagu..... puas doktor tekan2, suruh aku ngiring sikit untuk bagi beliau bangun, tapi tidak jadi apa pun..... tengah sedap tido sebab sebelum ke klinik tu, kami g makan dulu, lepas makan cuci kereta dulu..... ha time ni baby banyak gerak..... tapi bila dah sampai klinik, agaknya dah kenyang, tido lah beliau..... hehe

Lama juga doktor adjust nak bagi baby gerak tapi tetap tak menjadi..... Aisha dah tak tentu arah dah, tetiba keluar lagi soalan dari mulut dia..... "doktor, boleh tak saya nak tau jantina baby?"..... hihi, lagi sekali doktor tergelak..... "boleh kakak, kejap ye, doktor nak ukur baby jap"..... hihi, memacam tau Aisha ni..... tapi memang itu pon tujuan kami buat scan kat klinik ni..... sebab setiap bulan buat ultrasound kat klinik kesihatan masa check-up, doktor tak sempat nak melayan pertanyaan aku bila tanya pasal jantina baby, ramai lagi pesakit yang tunggu giliran kat luar, so aku ikutkan je lah.....

Dah selesai doktor snap2 gambar baby, ukur itu, ukur ini then doktor panggil Aisha..... "kakak, nak tengok jantina baby kan?, meh sini doktor cuba cari"..... Aisha pon datang dekat n tengok tv yang tergantung tu..... lepas godeh2, so doktor pon bagitau..... "hurm, macam XXX baby ni, tengok ni..... ada XXX, nampak tak kakak?"..... haha, soalan apakah itu, aku pon tak nampak apa yang ditunjuk oleh doktor tu, apatah lagi Aisha kan..... geleng kepala la anak dara tu..... hehe..... mungkin kami tak tau nak tengok camne kan..... tak apalah, doktor dah bagi tau tu, dah ok dah..... excited kami bila tau jantina baby..... kira yakin sikit lepas ni kalau nak beli barang2 baby dari segi design dan warna..... 

Bila dah selesai semua tu, doktor print gambar dan sikit maklumat untuk simpanan kami..... doktor pesan, kalau ada pendrive boleh save data yang di scan tadi tu..... tak apa, kalau tak bawa sekarang, nanti lain kali datang bawa pendrive dan minta je kat kaunter luar..... tapi sampai sekarang kami tak datang klinik untuk dapatkan data tu..... huhu..... so, sesiapa yang berhajat nak buat 3d/4d scan kat Klinik Sejahtera ni, bawa lah siap2 pendrive ye untuk save data tu..... boleh buat kenangan akan datang.....

Maka, dah siap semua, kami pon keluar dengan hati lega sebab dah selesai satu bab..... lepas ni, kita sambung la semula check-up di klinik kesihatan ye..... oh ya, jiran sebelah meja aku ni dah mula bercuti untuk bersalin, due date beliau 14 oktober 2017..... moga semuanya dipermudahkan untuk beliau, aku dan kengkawan yang sama2 pregnant dengan kami..... in shaa Allah, Aamiin..

k, sekian




2 comments

October 11, 2017 at 2:59 PM

Sometime few educational blogs become very helpful while getting relevant and new information related to your targeted area. As I found this blog and appreciate the information delivered to my database.
รองเท้า หุ้ม ส้น เพื่อ สุขภาพ

October 30, 2017 at 12:55 PM

Alhamdulillah, 3D 4D scan semasa 32 minggu ni jarang-jarang dapat gambar clear macam yang Tuan dapat tu. Selalunya sampai 30 weeks je, sebab bila lepas 30 weeks baby dah besar and ruang bertambah sempit, so agak sukar nak dapat "posing" yang cantik untuk baby. Apa-apa pun, tahniah Tuan.
https://www.sonographr.com/faktor-limitasi-3d-4d-scan/

Post a Comment