^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

23 August 2017

Home » , , , , » cerita keluar masuk hospital dan berita pregnancy

cerita keluar masuk hospital dan berita pregnancy


Assalamualaikum,

hurm, tak tahu nak mula cerita dari mana, tapi kejadian ni dah bersambung-sambung dari tahun 2015 lagi..... tapi nak cerita juga sebab ada kesinambungan dengan cerita gembira buat kami sekeluarga..... Alhamdulillah.....

ok, just buat kronologi pendek je lakan..... orang kata barang yang lepas usah dikenang..... aku catatkan kat sini untuk ingatan diri sendiri dan mereka yang berkaitan la ye.....


2015 Jun - aku rasa sakit dada, sesak nafas, nafas rasa macam tak habis..... cuba guna khidmat incik Google, katanya gastrik @ Gerd, ada juga yang kata sakit jantung..... uhuk, Nauzubillah..... So, aku pegi lah klinik, doktor cakap gastrik..... Setiap bulan aku akan ke klinik untuk ambil ubat gastrik..... sambil tu, cuba cari penawar gastrik, memacam amalan yang disyorkan aku cuba.....


2015 Ogos - sakit dada di office yang teramat sangat..... minta dengan bos nak balik pergi klinik, tapi disuruh terus ke hospital..... bagitau Hubby, then pinjam kereta office untuk hantar ke hospital sebab kami datang office naik motor je, tak kan nak pergi hospital naik motor dengan keadaan aku yang sakit sangat kan.....

Sampai hospital, pergi ke emergency, buat pemeriksaan, then kena warded di KPJ Rawang..... 1st time kena warded, seram rasa..... nak nangis pon ada, huhu..... 5 hari di hospital, memacam procedure doktor buat, aku disahkan ada gastrik yang teruk plus acid reflux..... so, doktor nasihat kena jaga makan, berbekalkan ubat-ubatan aku pon keluar hospital..... berbotol-otol, berkotak-kotak juga ubat aku bawa balik untuk bekalan.....

Setiap hari kena makan ubat, kalau tinggal, memang merana lah aku menahan sakit dada.....sampailah ke hujung tahun.....


2016 Februari - disebabkan aku warded tu kat hospital swasta, maka banyak juga belanja kan..... walau ada insurans pejabat yang cover, tapi still tak dapat menampung..... maka aku decided untuk sambung pemeriksaan di hospital kerajaan pula..... so bulan ni, dah mula appoiment di Hospital Selayang..... tak apalah orang kata tunggu giliran lama, janji aku boleh bertahan dari menanggung sakit sebab bekalan ubat dah habis..... kena mulakan dengan ambil sampel darah untuk ujian.....


2016 Mac - jumpa doktor pakar Hepatology, then set appointment untuk buat endoscope..... Allahuakbar, sakitnya time buat tu, dah lah kena puasa dari pukul 10 malam sebelumnya..... kalau masa kat KPJ ritu, aku diberi ubat bius untuk endoscope, sedar je semua dah siap, doktor bagi rehat dulu kat katil..... tapi kat Hospital Selayang ni..... aku sedar, so rasa la doktor jolok2 tekak aku ni nak masukkan kamera sampai ke perut..... menangis aku time tu..... huhu, procedure tak sampai 10 minit, aku rasa macam 10 jam..... dah selesai buat endoscope tu, jalan keluar bilik sendiri..... aku still rasa tekak kebas, nak muntah, kepala pening..... ada disediakan sandwich untuk pesakit..... tapi nak minum air pon tak lalu..... tekak tak rasa apa2..... huhu, sambil nangis x abes lagi, sambil ngadu kat Hubby.....

Hasil ujian, doktor cakap tak de lah teruk sangat, tapi still kena bergantung pada ubat..... aku redha janji sakit dah rasa kurang, sakit dada dah tak menyerang selalu..... cuma makan kena jaga bebetul..... kalau tak, sakit menyerang semula.....


2016 Jun - doktor set appoiment aku untuk buat CT Scan..... untuk tengok sama ada, ada tak sebab lain aku sakit macam tu..... pada tarikh yang ditetapkan, kena puasa dari jam 10.00 malam, minum air ubat apa ntah..... then procedure tu pon sakit bagi aku..... 
Hasil carian imej untuk ct scan

lebih kurang macam atas tu lah alat ct scan tu..... tapi kat atas tu ada orang kan..... masa aku buat tu, aku sorang2 je..... bilik digelapkan, then masa lalu gelung tu, ada ubat yang dimasukkan ke dalam tangan, masa ubat tu masuk, rasa sakit sangat, sampai doktor yang jaga kat luar bagitau, dia dah bagi dos ubat paling rendah, tapi aku still tak boleh terima..... huhu, nangis lagi.....

dah siap, kena tukar baju, then keluar..... apa lagi, ngadu la kat Hubby kan..... sakit.....


2016 Ogos - hasil ujian, doktor bagitau aku ada fibroid..... Allahuakbar, ujian apakah ini..... sakit yang ada still ada, datang pula sakit lain..... so doktor pakar Hepatology rujuk aku pada pakar Obstetrics & Gynecology (O&G)..... bertambah appointment aku kat hospital ni.....


2016 September - belum sampai tarikh appointment dengan O&G, sakit lain menjengah dulu..... mata kanan bengkak tiba-tiba..... pergi klinik, doktor bagi antibiotik untuk lima (5) hari..... ok bengkak surut, lepas habis antibiotik, mata bengkak semula, so doktor refer ke doktor pakar Oftalmology, Hospital Selayang..... maka warded lah aku di sini selama lima (5) hari..... keluar, doktor bekalkan ubat antibiotik juga..... alhamdulillah dah ok.....


2016 November - sekali lagi bengkak mata menyerang, kalau bulan lepas sebelah kanan, kali ni sebelah kiri pulak..... ke klinik, macam biasa doktor bagi antibiotik..... dan sekali lagi antibiotik habis, bengkak semula mata..... so doktor refer ke Klinik Pakar Mata pula..... kat rawang ada satu KPJ punya klinik pakar mata..... ke situ lah aku..... lepas buat ujian, disuruh warded lah di KPJ Rawang sebab klinik pakar mata tu lebih kepada retina mata..... aku punya kes ni macam x der masalah kat retina, ia lebih kepada kawasan sekeliling luar mata..... maka aku dirujuk ke doktor pakar ENT/ Otorhinolaryngology (ear, nose & throat).....

warded lah aku di KPJ Rawang pula..... lima (5) hari juga..... then bawa balik bekal ubat antibiotik juga..... Alhamdulillah, harapan agar bengkak mata x muncul kembali..... 


2016 Disember - pergi pula appointment doktor pakar O&G kat Hospital Selayang yang pasal fibroid tu kan..... doktor buat ultrasound, ok..... saiz x besar sangat..... so masih dalam kawalan..... doktor set balik appointment empat (4) bulan berikutnya..... nak tengok perkembangan fibroid tu membesar atau sebaliknya..... so, bulan April 2017 kesini lagi aku.....


2017 Januari - sekali lagi ujian mendatang..... bengkak mata menyerang semula..... sebelah kiri juga..... so, telefon doktor punya assistant, tanya pendapat sebab belum sampai tarikh appointment..... aku dinasihat untuk terus je datang ke hospital jumpa doktor..... jumpa doktor, apa lagi..... warded la aku sekali lagi di KPJ Rawang kan..... kali ni doktor advice buat operation terus, buang bengkak mata, then buat saluran baru dari mata ke hidung..... sebab doktor kata saluran tu dah tersumbat, sebab tu lah bengkak tu datang semula..... ok, aku redha.....

lepas operation tu, Alhamdulillah, sampai sekarang mata x bengkak dah, cuma tak boleh gosok lebih, nanti mata akan berdarah sebab ada satu wayar yang ditinggalkan dalam mata untuk bagi saluran baru berfungsi dengan baik..... mungkin wayar tu bergesel dengan organ dalam mata, tu yang menyebabkan berdarah..... doktor cakap, tu biasa, nanti lama2 akan hilang..... ok, baiklah.....


2017 April 14 - pergi semula ke Hospital Selayang untuk appointment dengan O&G..... doktor buat macam sebelum ni, ultrasound untuk tengok fibroid tu membesar atau tidak..... Alhamdulillah, saiz masih sama.....

dan, doktor jumpa sesuatu masa buat ultrasound tu.....




jeng jeng jeng




doktor cakap ada kantung baby dalam rahim aku..... Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..... macam tak percaya dengan apa yang doktor cakap..... tapi kantung tu kecik sangat..... doktor tanya, "puan pregnant ke?" apa lagi, aku jawab "tak tau la doktor, tak pernah cek pon....." huhu, doktor sahkan "iye lah, awak pregnant ni, tak pe, lagi dua (2) minggu datang semula, kita cek lagi ye..... jantung pon masih belum nampak lagi ni....."

Masha Allah, keluar dari bilik doktor, tersengih2 aku dengan Hubby, masih tak percaya..... tak pe lah, tak nak mengharap sangta, sebab dah lama kan menanti untuk 2nd baby ni tapi asik tak berjaya je..... apa pon kami tunggu je doktor cakap apa dua (2) minggu lagi.....


2017 April 20 - seperti yang dijanjikan, appointment dengan doktor O&G hari ni..... sekali lagi doktor buat ultrasound untuk tengok baby dalam kandungan..... memang sah aku pregnant..... Alhamdulillah ya Allah..... doktor cek jatung, tunjuk kat aku..... huhu, comelnya dia dalam rahim aku..... kecil je..... masa ni dah enam (6) minggu lebih kurang..... so, doktor refer aku ke Klinik Kesihatan Rawang untuk check up bulanan ibu mengandung.....

keluar dari bilik doktor aku n Hubby tersengih2 lagi macam ari tu, kali ni makin lebar..... nak nangis pon ada..... huhu, setelah hampir 9 tahun menanti, akhirnya Allah makbulkan doa kami untuk menambah ahli keluarga.....

tak sabar nak balik bagitau Aisha dan hali keluarga yang lain.....

yang kelakarnya..... balik kerja Hubby ajak pergi farmasi beli alat Urine Pregnancy Test (UPT)..... aku cakaplah, dah doktor cakap pregnant, tak payah la buat..... tapi Hubby tak puas hati..... dia nak buat juga..... tak pe lah, aku follow je lah..... teruja..... hihi, malam tu juga buat UPT, dan confirm positif..... lepas tu bagi alat tu kat Aisha tengok, sekali dengan kertas panduan UPT tu..... tersengih2 juga la anak dara tu bila dapat tau dia bakal dapat adik..... hihi

lepas tu, bermulalah rutin aku ke Klinik Kesihatan Rawang untuk pemeriksaan ibu mengandung..... sepatutnya sebulan sekali, tapi untuk aku, kena datang dua (2) minggu sekali sebab ada masalah HB darah rendah..... untuk makluman, sepanjang aku ada appointment samada di klinik atau hospital, Hubby setia meneman dan menanti sampai lah selesai sesi..... terima kasih Hubby..... 

apa pon, aku harap semuanya dipermudahkan..... aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk membawa amanah Allah dalam rahim aku ni sehingga lah tiba saat beliau lahir nanti..... doakan aku ye kengkawan.....

kepada kengkawan yang sama2 menanti kelahiran dan juga yang sedang mencuba untuk mendapatkan baby, aku doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.....


k, sekian




pssst : karangan panjang betul aku buat ni..... terima kasih pada yang sudi membaca.....

2 comments

August 24, 2017 at 4:16 AM

huh, seram baca cerita ni
part operate mata, ada wayar lagi, huhuhu..

tapi nak jgk baca, utk tmbh pengetahuan..
sebab bab sakit2 ni, kurang pengetahuan..

alhamdulillah nak dapat baby..
nabilah due bln 10 ni..

sama2 lah kita berjuang tahun ni..
semoga kita dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan kali ni..
Amin.

August 24, 2017 at 5:51 PM

kak ija!! tahniah... kite plak yg excited.. hehehe.. take care... doakan kite gak..

Post a Comment