^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

03 January 2012

*Hari Pertama Bekerja 2012*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

hoho, hari ni lambat update.....
coz di hari pertama bekerja di tahun 2012 ini.....
dimulakan dengan.....

 meeting.....

yang tetiba aku kena join.....
huhu


tapi pape pon.....
aku tetap.....
 dengan muka yang senyum berwarna warni.....
teruskan tugar seperti biasa.....
n
diharapkan tahun ini mendatangkan sesuatu yang bermakna buat diri ini dan keluarga.....
insyaallah.....

k, sekian

p/s i: koleksi cerita hujung minggu nanti2 aku update yerk.....
BW umah kengkawan pon nanti aku jengah.....
kerja time..... hehe tengah semangat nieh.....

p/s ii: semalam ada berita sedih yang kawan seopis aku kehilangan baby yang dikandung 3 bulan.....
moga dia tabah n berhati2 lepas nieh.....


02 January 2012

*Air Milo Chocolate Shake*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

Salam,

Pernah dengar x nama air ni.....
Hehe, ini adalah salah 1 menu air yang ada di PizzaHut.....

Air ini adalah milik my lil Aisha semasa dinner 6th anniversary kami last Saturday.....
Ada cerita aku nak share tp bukan sekarang.....

Ari ni x boleh nak cerita panjang coz aku update ngan HP.....
Susah la plak nak taip panjang2, asikler salah tekan urup.....huhu
Nanti aku cerita yerk.....

K, sekian

*Erra gembira dengan perkahwinan Yusry & Lisa*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

ingat entry aku pasal

jom dengar cerita di pihak Erra Fazira pulak.....



 Perkahwinan di antara aktress terkenal dan jelita, Lisa Surihani bersama pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry Abd. Halim, bukanlah satu rahsia setelah satu majlis kecil telah dibuat untuk mengumumkan tarikh nikah dan persandingan yang bakal dibuat tahun hadapan pada tanggal 23 Februari di Masjid Tuaku Mizan, Putrajaya.

Umum sedia maklum tentang perkahwinan sebelum ini di antara Yusry dan Erra Fazira yang pernah berkahwin sekitar tahun 2003 hanya mampu bertahan lebih kurang 3 tahun. Kini semuanya tinggal kenangan dan Erra dengan Yusry kekal sebagai kawan baik. Dan Erra juga telah pun mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurnai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. 

Erra yang diminta memberikan komen susulan mengenai berita perkahwinan bekas suaminya itu menyatakan bahawa beliau amat gembira dan mendoakan yang terbaik buat Yusry dan Lisa. Malah Erra berharap agar mereka berdua akan bahagia ke anak cucu dan segera menimang anak selepas disatukan nanti.



01 January 2012

*SRK tak tahan berlakon di Malaysia?*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Nama aktor Bollywood terkenal, Shahrukh Khan bukanlah satu nama asing dalam industri perfileman dunia. Malah disebabkan popularitinya itu juga telah berjaya mendapat perhatian pihak kementerian Melaka sehinggakan mendapat gelaran Datuk. 

Selepas filem "Ra One", kini Shahrukh Khan yang berusia 46 tahun ini, atau kadangkala dikenali sebagai SRK tampil semula dengan filem aksi sekuel "Don 2". Filem ini sudah pun berada di pawagam tempatan pada 23 Disember lalu.



 Sedikit temubual bersama beliau;

Ceritakan tentang watak anda dalam filem "Don 2"

Saya memegang watak utama iaitu Don yang merupakan seorang lelaki yang lahir daripada latar belakang kacau bilau. Saya juga dapat gambarkan Don sebagai karakter kartun ganas tetapi pada masa yang sama kelakar. 

Bagaimanakah pengalaman anda berlakon di Berlin, Jerman?

Ahh, itu antara pengalaman berlakon yang tidak dapat saya lupakan kerana terpaksa menahan kesejukan ketika suhu berada di tahap terendah di antara –3 ke –4 darjah selsius. Mungkin babak yang dilakonkan tampak sekejap tetapi untuk melakonkan watak tersebut terlebih dahulu pasti dilakukan berulang kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik

Anda juga turut berada di Malaysia untuk penggambaran "Don 2". Boleh berkongsi pengalaman anda sepanjang berada di sini?

Wow! Malaysia merupakan sebuah negara yang cantik dan aman. Saya berada di sini lebih kurang 5 hari dan kami melakukan penggambaran di sebuah penjara di Melaka. Suhu di sini pula terlampau panas di mana lebih kurang 40 darjah selsius. Terus terang saya akui tidak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula ianya agak berlainan dengan situasi ketika di Jerman. Selain itu juga saya mengalami kesukaran di mana Don mengenakan rambut panjang ketika berada di penjara. Ia telah menyebabkan kegatalan apabila berpeluh. Keadaan tersebut menyukarkan saya untuk menghayati watak. Selebihnya baik-baik sahaja.


*Selamat Tahun Baru 2012m*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,


>SELAMAT TAHUN BARU< ............2012!............ .............dari............. ...maszmadi.blogspot.com...

semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum.....
semoga tahun ini lebih ceria dari tahun sebelum.....
semoga tahun ini lebih rezeki dari tahun sebelum.....
semoga tahun ini lebih takwa dari tahun sebelum.....
Ameen Ya Rabbal Alamin