^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label pokok pandan. Show all posts
Showing posts with label pokok pandan. Show all posts

29 May 2014

kebun SAYUR dalam pasu

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


 Pokok Daun Sup
eh ke daun Ketumbar yerk..... dari pencarian maklumat kat tenet, pokok daun ketumbar lebih nipis n kecil.....  so pokok kat umah aku ni daun sup la sebab daun dia tebal2.....


Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Ia juga boleh dibuat ulam. Rasanya manis, rangup dan berbau wangi. - wikipedia


Nama Saintifik: Coriandrum sativum (Daun Ketumbar)
Nama Inggeris: Cilantro / Chinese Parsley

Ketumbar digunakan secara menyeluruh - bergantung pada jenis masakan - kerana setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai aroma dan rasanya yang tersendiri. Daun ketumbar mempunyai aroma yang tajam dan rasa yang seakan-akan ‘bersabun’. Juga dikenali sebagai daun Pasli Cina, daun ketumbar berwarna hijau dan rasa yang tersendiri.

Aroma dan rasa daun ini sering dikatakan mempunyai persamaan dengan limau - ‘berlilin’ dan ‘bersabun’. Daun ini selalu digunakan segar dan kadang-kala ditabur ke atas hidangan yang sudah dimasak, dihancurkan atau dipuri ke dalam kuah sos, sup dan kari.


 tapi pokok ni dah pon mati ari isnin lepas..... sian pokok tu, aku kena belajar n cari tips penjagaan pokok daun sup lepas ni..... x kira, nak tanam jugak, sebab senang nak guna time nak masak nanti kan.....



 Pokok Pandan Junah (nama sempena nama mak)
semakin membesar..... Alhamdulillah.....


Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan. - wikipedia



 Pokok Serai
ada 3 pasu kesemuanya dan semua pon gemuk2 belaka..... alhamdulillah


 Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

 harap lepas ni dapat menambah bilangan jenis pokok sayuran kat rumah..... oho ada satu pokok terung, Hubby tanam dari biji benih, daripada banyak2 benih yang di tanam, satu je yang menjadi, yang lain mati atau x jadi langsung..... sekarang baru belajar nak tumbuh bunga..... nanti kalu ada masa aku share yerk..... hehe

k, sekian

04 November 2013

*kecewa dengan pokok pandan*

12 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


erm, entry tertunggak dah sebulan lebih dah..... sebab kecewa so up lambat sikit..... huhu

actually aku ada mintak tolong dengan kawan opis ni..... mintak dia punya pokok pandan nak tanam kat umah..... dia yang sangat baik hati, comel, cantik lagi murah hati, bawakkan lah aku pokok pandan dari rumah dia untuk aku tanam kat umah aku.....




ha, besar x pokok pandan yang dia bawak untuk aku ni..... hihi tu sebahagiannya nak di beri kepada peserta demo masakan yang sedang berlangsung kat opis aku time tu..... terima kasih buat beliau..... dah bawak balik ke rumah letak kat sebelah pasu kat depan rumah..... nak tanam x menyempat lagi sebab balik keje dah malam, hujung minggu kerja pulak..... maklum time tu tengah promosi kan, so memang xder masa sangat kat rumah.....

so, satu hari nan indah, balik dari kerja..... aku perasan yang pokok pandan tu dah mula layu..... makin hari makin layu n kering, tapi sebab x der masa nak uruskan pokok tu, maka aku tunggu hujung minggu yang free lepas promosi berakhir untuk tanam pokok pandan tu secara berhemah..... haha, berhemah lah sangat kan.....

tapi, apakan daya.....




pokok pandan beliau, kering sebelum sempat aku tanam ke dalam tanah..... ha pokok rumput dalam pasu kat belakang tu elok jerk tumbuh..... huhu sedey x terkata pokok pandan dah jadi gitu gaya..... nak mintak lagi kat beliau, aku malu la pulak..... so tunggulah nanti balik kampung atau mak datang umah nanti nak kirim bawak datang sini n terus tanam..... x mor pisang berbuah dua kali..... harap2 dapat direalisasikan..... amin.....

k, sekian