^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label pengasuh anak. Show all posts
Showing posts with label pengasuh anak. Show all posts

01 November 2011

*1st Day Aisha Di Taska Temanku*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Semalam dah buat n3 Berakhirnya Legasi Umi Pengasuh Hari Ini, maka hari ini ofkos la ada n3 1st Day Aisha di Taska Temanku kan..... But so sorry, no picture here coz aku tersangatlah bimbang ngan kelakuan Aisha sampai luka untuk snap pic.  So aku share jer la apa yg berlaku pagi tadi yerk.....

Pagi2 dah msg kat bos yang aku nak masuk lewat hari ni coz nak urus pendaftaran anak ke taska, tiada balasan dari bos n sampai opis baru aku tahu yang dia bercuti hari ini, patutlah msg aku x berbalas, cuma pegawai atasan aku jerk yang membalas 'OK' kepada permintaan kelewatan aku hari ini.....bukan x boleh nak masuk seperti biasa ke ofis tapi takut ada apa2 yang berlaku masa hantar my lil Aisha, tu yang minta izin siap2 masuk opis lewat tu..... hehe

So, perkara pertama yang aku buat bila bangun pagi siap2 kan barang2 yang nak di bawa ke taska, Taska Temanku, Menara PJD, Taman Titiwangsa..... susu, bedak, diapers, baju salin n lain2 keperluan sampingan spt getah rambut..... dah siap keperluan Aisha, my hubby bangun n mandi siap2, lepas tu aku plak take turn mandi n siap, dan macam dah tau2 jerk hari ni Aisha nak ke 'school', dia boleh pula bangun awal..... tapi x mor mandi lor..... huhu

Pujuk punye pujuk, last2 aku lap2 jerk badan dia, lagipon my lil Aisha still x sihat sepenuhnya dr demam..... jam 9 lebih, kami pon bergerak ke taska, sebelum tu singgah bank kuar duit n KK Mart beli top to toe wash untuk tinggal di taska.....

Sampai kat taska memula Aisha ok jerk, smpai depan pintu kebetulan ada staff duk tengah buka pintu, Aisha trus jerk buka sandle n masuk ikut staff tu masuk play room, x lama lepas tu dia kuar balik cari aku n hubby, 'Mama, jom.....' sambil tangan lambai kat aku ajak aku masuk sekali..... 'Aisha masuk lah, tu kawan2 ramai.....' time ni aku tengah discuss dengan penyelia taska tu.....

Kejap lagi karang dia datang 'Mama, jom suk.....' alor, dia ajak aku masuk sekali..... dah 4 5 kali dia kuar masuk bilik play room tu, last2 masa nak masuk study room dia dah x nak pi sensorang dah..... dia x mor dah lepas tangan aku..... puas staff kat situ pujuk..... last2..... 'Mama, nak tokong.....' (Mama, nak dokong)..... start drama ni, aku dah rasa sayu hati..... hubby cakap ngan aku, 'Jom la kita balik, nanti jap lagi ok la tu.....'

Lepas bincang sikit dengan penyelia tu, n staff kat situ dokong Aisha bawa masuk study room, aku dah x nampak Aisha dah..... harap2 dia ok sampai lah waktu balik nanti.....

Tapi yang aku bangga dengan my lil Aisha adalah, dia sikit pon x nangis sepanjang kami main tarik tali nak suruh dia masuk study room tu..... 

Anak mama kuat kan, x per, nanti petang mama datang jemput Aisha,k..... Aisha main n blaja ngan kengkawan bebaik tau.....

k, sekian
p/s: episode untuk esok x tau lagi macamana kan..... huhu

31 October 2011

*Berakhirnya Legasi 'Umi' Pengasuh Hari Ini*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 Salam Isnin,

Tak nak bebel panjang, cuma nak kongsi yang hari ini adalah hari terakhir my lil Aisha akan duduk di rumah pengasuh yang dipanggil 'Umi' oleh anakku.  Hampir 3 tahun Aisha di asuh oleh 'Umi', aku rasa sangat2 selesa n tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dilakukan oleh beliau ke atas anakku termasuk lah anak2 lain yang dijaga oleh beliau seramai 4 orang. Kecuali ada juga lah luka2 kecil, itu pon dibuat oleh anak2 lain yang dijaga sekali oleh beliau, Daniel, Syifa n Khasif. Beliau akan pulang ke kampungnya di Langkawi untuk memulakan perniagaan kedai makanan yang memang menjadi kepakaran dan permulaan hidupnya di Kuala Lumpur ini. 

So, esok my lil Aisha akan ku hantar ke tempat baharu di Taska & Tadika Temanku, Bangunan PJD, Titiwangsa.  Last week masa pergi buat lawatan ke taska tu, Aisha aku tengok ok jer, n macam x sabar2 nak join kawan2 di situ, dah memang my lil Aisha mudah untuk berkawan.  Moga dia akan selesa n bersedia untuk belajar di tempat baharu itu. Aku juga mengharapkan agar di situ, my lil Aisha akan mendapatkan perkhidmatan terbaik selaras dengan harga yang aku bayar setiap bulan nanti.

To 'Umi' pengasuh, aku harap beliau dapat memulakan kehidupan baharu seperti yang diidamkan.  Kak Imah, aku hargai jasa mu selama 3 tahun menjaga Aisha. Insyaallah, mana tahu suatu hari nanti kami bercuti ke Langkawi, boleh lah kita berjumpa di sana kan.....

p/s: mood tak nak sedey2 ok.....