^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label info gout. Show all posts
Showing posts with label info gout. Show all posts

21 October 2011

*Semak status keaslian handphone di sini!!!*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status... keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01












02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA










p/s : aku dapat #04..... kengkawan dah cek lum?????


22 September 2011

*Kubur Lain-Lain*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin


Walaupun 
“KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SIKSA NERAKA LAIN-LAIN”

INGATLAH...yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"... 
yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"
yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN"
yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"
Jadi jangan menyusahkan "ORANG LAIN" dengan perangai kamu yang


"TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA".

 sumber : bukhariah

15 July 2011

*SAMM Mendesak SPRM siasat cincin rosmah RM73 juta*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga USD24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Harga barangan itu diletakkan pada USD24,458,400, dakwanya.

Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:


Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot : KLIA






Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.

"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.

“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.  

Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.  Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya.

______________________________
kata aku : adakah berita ini benar atau ianya hanya untuk memburuk2kan seseorang? ada yang bagi komen 
MUNASABAH KE NAK NAK BAWAK CINCIN PAKAI AGEN PENGHANTARAN....??? ORANG BAWAK DAN PAKAI KEMAS 2-3 KILO DAN BERIBU KARAT INTAN BERLIAN, PAKAI DI BADAN AJA........

LOGIK KE, CINCIN SEBENTUK DI IMPORT DAN DIEKSPORT GUNA AGENT PENGHANTARAN DAN GUNAKAN KASTAM............????

BANYAK WEB DI JABATAN KERAJAAN DI GODAM OLIH PENGANAS2 BARU2 INI, TIDAK TERKECUALI JABATAN KASTAM.......... MUDAH AJA NAK MASUKKAN MAKLUMAT TIPU, BOHONG, FITNAH DAN TIDAK SAHIH TU.........

DI HARAP BUKALAH MINDA DAN GUNAKANLAH AKAL YANG DIBERIKAN OLIH ALLAH SUBHANAWATAALA TU......

JGN MUDAH TERPEDAYA DAN DIPERDAYAKAN........... MUDAH DI PERGUNAKAN DAN MUDAH DI PERBODOH2KAN....... AKAI ADA, GUNA.....
so, kita tunggu hasil siasatan dari pihak SPRM yerk.....
k, sekian


********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********

18 April 2011

*Info Gout*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
disebabkan abah ada sakit gout, so aku cari la maklumat2 pasal penyakit ni, then jumpa la satu maklumat ni yang aku rasa agak lengkap dan boleh dikongsi di sini..... jom kita baca




_________________________________________________________________

info sepenuhnya dari www.infosihat.gov.my


Pengenalan


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

• Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

• Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

• Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

• Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

• Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

• Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

• Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.




Tanda Gout


• Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

• Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

• Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

• Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

• Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

• Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

• Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi


• Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'.

• Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk 'batu karang'.

• Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

o Kegemukan

o Darah tinggi




Rawatan


Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.


Rawatan serangan akut


• Rehatkan sendi semasa serangan gout.

• Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi.


Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.


• Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

• Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang

o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walau bagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

• Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.




Rawatan Jangka Panjang


Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

􀂃 Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)

􀂃 Mengelakkan minuman keras

􀂃 Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi

􀂃 Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


Pemakanan Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:



Pencegahan


• Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout. • Minum banyak air


Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?


Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.


Adakah Gout Boleh Diwarisi?


• Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.


Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di www.afm.org.my




k, sekian