^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label hari kraf kebangsaan 2012. Show all posts
Showing posts with label hari kraf kebangsaan 2012. Show all posts

03 April 2012

*Alhamdulillah telah berakhir, tapi.....*

8 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

erm hujan pula petang2 hari nieh.....
moga x sampai ke petang (time balik keje).....
coz aku naik motor.....
nanti lewat pula nak ambil Aisha di school.....
oho, lama tul aku x bercerita pasal Aisha kan.....
sibuk sesangat dengan tugas sampai x sempat nak bercerita.....
insyaallah sok la aku coretkan cerita Aisha.....

erm, akhirnya.....
promosi HKK2012 dah pon berakhir.....
hari ni sibuk paking2 n kemas2 barang pulak.....
sambil tu sempatlah aku abadikan gambar di tugu HKK2012.....
see.....

padahal tugu tu ada jer selama 14 hari promosi berlangsung....
dah habis aktiviti promosi baru berkesempatan.....
posing kat situ.....
huhu

 
ni lah group (kengkawan opis) yang selalu bekerjasama dengan aku.....

sepanjang promosi HKK2012 berlangsung.....
bahagian aku kena cover kerja2 urusetia Demo Kraf, Demo Masak, Kedai SDSI, Persembahan Kesenian.....
+ aku kena duty Lawatan Berpandu n pengusaha OP Silver dari Kelantan.....
Alhamdulillah ia telah berakhir.....
tapi.....
akan ku rindui saat2 itu.....
next promosi adalah Promosi Kerja Kahwin bulan 6 nanti.....
x tahu lagi apa tugas yang dipertanggungjawabkan.....
harap2 yang mudah2 jerk.....
hehe

p/s : x sempat nak shopping mana pon.....
uhuk.....


k, sekian

31 March 2012

*Kerja Hujung Minggu*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

~entry auto publish~

hari ni aku kerja.....
ada lawatan berpandu.....

hari ni aku kerja.....
ditemani ratu hati.....

hari ni aku kerja.....
hari esok kerja lagi.....

k, sekian


erm, nak kata pantun, bukan... nak kata gurindam, jauh sekali... nak kata sajak, hampeh... nak kata lirik lagu, huhu.....
apa la aku merepek nieh kan.....


28 March 2012

*Wordless Wednesday - Aisha vs Haiza*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,



p/s : Haiza datang ke opis aku sebagai juri Pertandingan Bakat (Karaoke) HKK2012 bersama Dr. Fazley
k, sekian

27 March 2012

*Tarian Kuda Kepang*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. 

Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. 


 ha itu intro jerk.....
sebenonyer nak share mende alah kat bawah nie.....

*

*

*

*

*


ini adalah salah satu aktiviti yang ada kat opis aku sekarang nieh.....
persembahan kesenian.....
erm, blogger anies sempat lah tengok ari ahad ritu kan.....
hehe

persembahan tu adalah sempena HKK 2012 yang sedang berlangsung kat opis aku sekarang nieh.....
kepada mereka yang belum lagi datang sini.....
promosi berlangsung sampai 2 April nanti.....
jom datang meriahkan suasana.....

ok, nak BW umah kengkawan plak.....
pelan2 kayuh nie coz sibuk kat bawah nu.....
sorry yerk kengkawan.....

k, sekian

23 March 2012

*HKK 2012*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

hari ni ada masa sikit.....
tu pon sekejap jerk nieh.....
peh tu kena turun semula ke bawah untuk monitor kerja2 yang patut di buat.....

so ada kengkawan yang bertanya.....
HKK2012
apa tu?.....
hehe

HKK2012
adalah singkatan pada


 pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sini.....
nak tahu lebih lanjut.....
boleh datang sini.....
atau buat review dulu kat web ini.....


ok.....
nak berkunjung balas umah kengkawan jap.....

k, sekian

18 March 2012

*Pertandingan Bakat (Karaoke) HKK2012*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,

kepada sesiapa yang berminat.....



Sertai
Pertandingan Bakat (Karaoke) HKK2012
anjuran Kraftangan Malaysia pada 24, 25 & 27 Mac (Uji Bakat), 3.00 - 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Pertandingan Akhir berlangsung pada 31 Mac (Sabtu) jam 8.00 malam. Keterangan lanjut layari http://hkk.kraftangan.gov.my/aktiviti/bintanghkk.html atau hubungi 03-21613793.

17 March 2012

*Pertandingan Dikir Barat HKK2012*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,



Dijemput kumpulan-kumpulan dikir barat menyertai
Pertandingan Dikir Barat 
sempena HKK2012 anjuran Kraftangan Malaysia yang akan diadakan pada 1 April 2012 (Ahad), mulai 10.00 pagi di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Keterangan lanjut layari http://hkk.kraftangan.gov.my/aktiviti/bintanghkk.html atau hubungi 03-21613793.


16 March 2012

*Hari Kraf Kebangsaan 2012*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,


Orang ramai dijemput ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 21 hingga 2 April. 10pg hingga 10mlm. Sebarang info, sila like fanpage Kraftangan Malaysia