^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label erra fazira engku emran engku aleesya. Show all posts
Showing posts with label erra fazira engku emran engku aleesya. Show all posts

02 January 2012

*Erra gembira dengan perkahwinan Yusry & Lisa*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

ingat entry aku pasal

jom dengar cerita di pihak Erra Fazira pulak.....



 Perkahwinan di antara aktress terkenal dan jelita, Lisa Surihani bersama pengarah "Hikayat Merong Mahawangsa", Yusry Abd. Halim, bukanlah satu rahsia setelah satu majlis kecil telah dibuat untuk mengumumkan tarikh nikah dan persandingan yang bakal dibuat tahun hadapan pada tanggal 23 Februari di Masjid Tuaku Mizan, Putrajaya.

Umum sedia maklum tentang perkahwinan sebelum ini di antara Yusry dan Erra Fazira yang pernah berkahwin sekitar tahun 2003 hanya mampu bertahan lebih kurang 3 tahun. Kini semuanya tinggal kenangan dan Erra dengan Yusry kekal sebagai kawan baik. Dan Erra juga telah pun mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurnai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. 

Erra yang diminta memberikan komen susulan mengenai berita perkahwinan bekas suaminya itu menyatakan bahawa beliau amat gembira dan mendoakan yang terbaik buat Yusry dan Lisa. Malah Erra berharap agar mereka berdua akan bahagia ke anak cucu dan segera menimang anak selepas disatukan nanti.