^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label assalamualaikum. Show all posts
Showing posts with label assalamualaikum. Show all posts

08 October 2013

*Soal Jawab : As-Salam Ke Salam?*

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,



 eceh, panjang pulak bagi salam hari ni..... kita ambil yang lebih afdhal la kan.....

nak cerita pasal lafaz selamat sejahtera yang sikit masa ritu ada di perbahaskan..... sebenarnya saje jer jalan2 buat google search sebab nak cerita pasal aktiviti diri sendiri belum tercerita lagi..... maklum, macam masalah sedia ada aku ni..... gambo x bleh nak transfer direct ke pc melalui phone..... maka kita cerita apa yang aku jumpa kat internet la kan..... sebagai perkongsian kita bersama..... yang mana dah tau tu alhamdulillah, tapi bagi aku baru tau nieh..... tu yang nak share kat sini.....

tapi ni dalam bentuk penulisan tau..... jom baca




ni pasal penggunaan perkataan 'As Salam' atau 'Salam' yang mana satu betul dan yang mana satu salah


Jawapan Ustaz Love :

Ustaz Love tak berhasrat nak menerangkan lebih lanjut berkenaan maksud assalamualaikum, salam, askum, akum dsb.. semuanya dah diterangkan pada blog di atas..

Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?

Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.

Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”.

Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24

Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”..
Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..

Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar

Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..

Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” ;) 




jadi kita sebagai umat yang prihatin, eloklah guna pakai yang mana lebih diharuskan dan yang terbaik..... atau  memadai guna yang mana termampu selagi tidak menyalahi dan memesongkan maksud..... betul x.....

k, sekian

08 November 2011

*5th Day My Lil Aisha @ Taska Temanku*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
 salam,

dah waktu lunch kan..... selamat lunch kengkawan, ari ni kat opis nieh hanya 1 daripada 4 kedai makan yang buka..... so aku x tau nak makan ape, seb baik kawan belakang (si ND) ada bawa lemang jagung..... baik punyooooo import dari perak...... so bedal tu je la kut... hehe

pagi tadi aku rasa lapang sangat dada ni..... nak tahu nape? coz my lil Aisha dah boleh berdikari..... pagi tadi sekali lagi kau kena datang kerja drive sendiri n macam biasa, aku angkut jerk my lil Aisha masuk dalam kereta, time ni dia dah start nak bangun..... sepanjang dalam kereta dia senyap jer, sambil layan mata yang baru nak segar..... aku tunggu juga dia sebut 'umi', tapi sampai lah kereta berhenti di depan school, dia x sebut..... Alhamdulillah.....

so, sampai depan school, aku bgtau Aisha untuk pakai kasut, dia turut jerk..... aku pon kuar kereta n pe seberang..... dokong Aisha, ambil beg n pi ke pintu school..... sampai di pintu, aku tengok cikgu sorang pon x der..... mungkin memasing ada tengah uruskan kedatangan kanak2 lain di dalam.....

so, aku masuk dalam, turunkan Aisha n suruh di buka kasut n letak di tempatnye..... Aisha masih lagi menurut, time ni my lil Aisha seperti nak menangis tapi dia tahan, aku pon trus puji..... 'pandai Aisha.....' trus aku bagi beg suruh Aisha bawa..... 'Aisha, nak bawa beg nieh..... masuk dalam cari cikgu sue yerk..... Aisha pandai kan' Aisha ambil beg n trus nak masuk..... aku panggil dia semula 'Aisha, meh salam mama dulu'..... 'erm, sayang'..... Aisha datang balik n salam tangan aku, cium pipi kanan, cium pipi kiri..... 'ok pandai..... Aisha masuk dalam cari cikgu sue yerk.....' Aisha, jalan trus n cari cikgu..... dia jalan trus  jerkn masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk kanak2 tidur..... aku terfikir, agaknya di situ lah selalu setiap pagi cikgu ada yerk...

Alhamdulillah, Aisha memang anak yang mengikut kata n mudah untuk di suruh..... aku masih setia menunggu di luar pintu sambil intai2 apa yang berlaku di dalam, sampai jerk Aisha depan pintu bilik tidur tu aku dengan cikgu sue panggil..... 'Aisha..... dah sampai ye...' so, aku dah rasa lega kerana cikgu dah nampak Aisha sampai n aku pun keluar untuk teruskan perjalanan ke tempat kerja..... sementara tu, sempat aku menjeling di sebelah pintu kelas ada stage, n atas stage tu ada kanak2 yang sedang tidur di situ, mungkin mak ayah dorang nak cepat ke tempat kerja, so main letak je lah anak yang tengah tidur di situ, sian mereka..... ada juga anak2 yang duduk di situ sambil pegang beg, aku x tau dorang tunggu apa.....

bagi Aisha, aku rasa lega sesangat hari ni kerana Aisha dah boleh berdikari sendiri, boleh buka kasut n letak di tempat yang dikhaskan, boleh bawa beg sendiri dan boleh masuk school sendiri sampai jumpa cikgu..... memang dari rumah aku dah ajar my lil Aisha untuk setiap tindakan yang dilakukan perlu ikut peraturan.....

  • nak masuk rumah, buka kasut n letak di rak kasut
  • bila dah habis minum susu, botol letak di dalam sinki (nak suruh basuh botol tu, karang habis 1 rumah banjir)
  • nak mandi, buka baju n masukkan baju dalam mesin basuh
  • lepas buka petpet, bagi kat aku @ hubby untuk gulung, ambil semula petpet n masukkan dalam tong sampah
jom layan pic my lil Aisha yang aku snap semalam ondaway balik dari Kuantan.... dah nak balik baru MIL tegur, bawak camera berat balik, tapi x ambik gambo yerk... huhu


 susahnye nak snap pic budak ni sekarang, x mor pandang camera..... 


 memanjang lah kena ambik gambar candid ini budak..... but i like.....


kalu pandang camera, kompem pic akan blurrrrr

yang paling best sekali, sekarang setiap kali nak masuk dalam rumah Aisha akan bagi salam..... 'Ah...lamlekum.....'

selagi xder orang jawab salam tu..... selagi tu lah dia akan tercegat depan pintu x masuk rumah, walau pintu dah memang terbuka..... dan selagi x dijemput masuk pon dia x akan masuk dalam rumah..... so, kalu nak jawab salam kena lengkap.....
'Walaikumsalam, jemput masuk.....' hehe

cuma aku masih mengharapkan yang Aisha dah semakin serasi dengan kawan2 n dah x senyap jerk macam minggu sebelumnye.....

k, sekian

p/s: perkataan baru dapat semalam.....
TO'PI - stand for topi
ekoran balik dari Kuantan terbiasa dengan panggilan To' Ki dan To' Mi.....
tu yang dapat perkataan To' Pi


# Khasiat Manggis # Rahsia Duit Online # New Rich Club #