^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label artis norman abdul halim. Show all posts
Showing posts with label artis norman abdul halim. Show all posts

03 September 2014

Ribbit di pawagam 4 September 2014

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum, 

ada cerita last weekend nak share, tapi nak share cerita ni dulu.....

"RIBBIT"
 

Fillem Ribbit versi Melayu, dengan pelbagai dialek seperti Kedah, Kelantan, Perak dan lain2

Jihan sebagai Milah dan Munir sebagai Ollie sebagai Menatee dengan dialek Kelantan

The Glam Girls, Norman, Chuck Powers dan Johan Raja Lawak


"Ribbit" menceritakan kisah seekor katak bernama Ribbit dengan krisis identiti. Tidak seperti katak lain, Ribbit benci melompat dan mempunyai kebencian yang kuat kepada air. Rasa tak padan, dalam dirinya penuh dengan soalan tentang hidupnya. Bersama-sama dengan rakan yang terbaik, tupai terbang, beliau memulakan perjalanan jiwa-mencari untuk mencari kebenaran dan tempat yang sesuai untuk dirinya di dunia ini. Kekeliruan bermaharajalela apabila Ribbit sengaja dipukau oleh conman atau sebaliknya, 'conbat' membuat Ribbit mempercayai bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam badan katak. Dengan misi untuk mencium seorang puteri manusia, Ribbit tidak lama lagi akan menemui bahawa menjadi katak tidak buruk selepas semua dan mencintai apa yang dilaluinya kini.

  Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Siaran Umum : 4 September 2014
Masa Siaran : 1 Jam 28 Minit
Pengedar: TGV
Pelakon: Johan Raja Lawak, Awie, Elfira Loy, Aznil Nawawi, Izzue Islam
Pengarah: Mamat Khalid
Format: 2D, 3D

 ***************************************************

erm, macam menarik je, macam best je..... macam nak bawa Aisha tengok je nanti..... hihi
dah lama x pi tengok wayang, Aisha apatah lagi, x pernah pon tengok wayang, kalu lalu depan panggung wayang tu kerap la jugak, tapi lalu je, x pernah masuk.....

kali ni, harap2 boleh la bawa Aisha merasai pengalaman tengok wayang kan..... mak pak nye pon boleh la lepas gian nak tengok wayang bersama..... heh heh heh
tunggu esok yerk, kena cari masa n tempat sesuai nak tengok.....

k, sekian

16 December 2011

*Norman terima anugerah MPA*

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Penerbit filem, pencipta lagu dan juga Presiden Ekskutif KRU Studios, Norman Abdul Halim telah menerima anugerah MPA Asia Pacific Copyright Educator (A.C.E) atas usaha dan kerjasamanya dengan Persekutuan Menentang Jenayah Hak Cipta Malaysia (MFACT) bagi meningkatkan kesedaran untuk melindungi hak cipta filem-filem Malaysia.  



Norman telah menerima anugerah tersebut ketika Konvensyen CineAsia yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong dihadiri lebih daripada 350 orang daripada kalangan wakil-wakil komuniti filem di rantau Asia Pasifik. 

Sehingga kini, KRU Studios telah menerbitkan lebih daripada 15 buah filem termasuklah filem bertaraf antarabangsa iaitu "Vikingdom", yang dibintangi Dominic Purcell, Natassia Malthe dan Jon Foo dan filem "Rabbit" yang dibintangi Sean Austin, Tim Curry dan Russell Peters. KRU juga beroperasi di peringkat antarabangsa melalui anak-anak syarikat mereka di Amerika Syarikat.


p/s : tahniah buat beliau.....
beruntung sapa jadi isteri dia kan.....