salam,
hah, tengok tajuk n3 tu.....
kalu korang terasa x dengan kenyataan @ soalan macam tu.....
kkalu aku terkejut la jugak, tapi kejap je lah..... kena redha kan.....
hehe
nak tahu.....
itulah 1st impression my hubby bila tengok drama slot Akasia yang baru kat TV3.....
cerita Gemersik Kalbu.....
impression itu ditujukan kepada pelakon Ayu Raudhah yang pakai baju oren setiap kali nak iklan tu.....
inilah baju (oren) yang hubby cakap gemuk tu.....
bukan gemuklah dear..... tapi manthop.....
hehe
so, kengkawan dah tengok drama nieh.....
semalam dah episod 2 kan.....
aku dah lama x layan drama TV3, sampai orang kecoh pasal Tentang Dhia pon aku buat dek jerk coz x tengok.....
tapi rasa macam nak tersyiok plak dengan drama Gemersik Kalbu nieh.....
sedikit sinopsis pasal drama ni.....
Gemersik Kalbu mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
Pelakon dia pulak adalah Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani, Khatijah Tan dll
jom layan.....
k, sekian
# #

