^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label arits kahwin. Show all posts
Showing posts with label arits kahwin. Show all posts

06 October 2011

*1st OctoberJourney of wedding ceremony*

7 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam khamis semua.....

ari ni ok2 ker? sok dah jumaat n lusa dah sabtu..... rasa cam sekejap jerk masa berlalu kan..... so x mor mukadimah panjang..... just nak share perjalanan kami pada 1st Okt yg lepas..... kami telah dijemput olh 3 family yang buat kenduri kahwin..... iaitu jiran sebelah yg buat kat Dewan Kg Batu Muda Tambahan, Sentul..... kedua kawan seopis kami buat kenduri di umah dia di Seri Kembangan n lastly kawan seopis kami juga yang buat di Dewan UTM KL..... 

banyak jugak cabaran terpaksa kami lalui pada hari tu..... tapi alhamdulillah sume selesai kami tunaikan jemputan2 tersebut..... so, macam biasa..... jom aku cerita sambil kengkawan tengok gambar yerk.....


 ini pic aku snap dalam kereta lepas selesai pi kenduri umah yang pertama kat Dewan Batu Muda Tambahan, Sentul


 makanan sedap2 belaka, selain dari kami dpt souvenir sorang satu, aku siap tapau puding lagik wat Aisha makan.... lum sampai mana2 si Aisha ni dah godeh2 souvenir yang dapat, sibuk nak makan gula2 tp aku x bagi..... last2 sian kat dia, aku bg la dia makan puding mangga n puding jeli kelapa..... sedap.....


 selit lah sikit pic our driver..... tu mulut tgh bebel kan kereta depan yang bawak kereta slow tp dok lane belah kanan tu..... huhu


 inilah souviner yg dpt dr kenduri 1st aka jiran rumah sebelah@kak ana n che dan..... gambo puding nan hado coz dah solosai dlm perut Aisha..... hehe


 ini lak pengantin di rumah kedua kami datang..... di Seri Kembangan
en.Koboi n her wife Suhana tengah stanby utk potong kek
ini je gambo yg ada coz time ni ujan, so xleh nak lebey2 lor..... huhu

memang mencabar perjalanan kami ke umah en.Koboi nie..... try guna GPS tp x dpt detact coz alamat x lengkap..... then tanya kawan yg dah smpai umah e.Koboi tu, dia tunjuk jalan pusing2 da..... last2 kami redah jerk n alhamdulillah sampai jugak setelah 2 jam perjalanan..... padahal dr KL ke Seri Kembangan jerk tu..... huhu

kami xder la nak lelama kat umah e.Koboi ni coz nak bergegas ke umah yg ketiga lak kat UTM, Semarak


 sesampai jek kami kat tpt tu, dewan dah tutup..... katering pon dah balik..... family tuan rumah pon dah siap2 nak balik..... sedih tau coz x jumpa pengantin..... huhu


last2 kami borak2 jerk kat luar dewan..... tu pon seb baik la si Tim (budak baju purple) n her future fiance, Apis (t-shirt hitam) paksa Daniel (t-shirt coklat) tunggu jugak kami sampai ke dewan tu..... kebetulan Faris (t-shirt biru) si tokey PA sistem pon masih ada kat situ.....


 sambil2 tu, aku pon snap2 lah pic ngan HP jerk..... wat layan rasa kecewa coz x dpt jumpa pengantin.....
sambil2 tu kami try jugak call si pengantin nak jumpa..... dia tgh wat photoshoot la plak, call2 x berangkat.....


 layan bergambo lagik..... thanx Daniel sudi ambikkan pic ni, kalu x..... xder la pic aku dalam ini cerita kan..... huhu

try lagik call pengantin n alhamdulillah dia dah abis wat photoshoot n kami bgtau nak jumpa dia kat umah..... so kami pon beransur lah ke rumah dia di Ampang.....
borak2 borak2 sampailah ke malam hari...... kami x kisah dah tuan rumah nak mandi ker, nak kemas umah ker, nak rehat ker..... yang kami tau, kami nak jumpa pengantin n sempatlah kami borak panjang sambil tunggu pengantin lelaki yg xder time kami sampai......

hm, puas juga lah pengantin kena ngan kami yang memang terkenal ngan mulut mai lepas jerk cakap..... hehe sori yerk pengantin..... Anom n Hasuad, gurau2 jerk.....


 hah, inilah pengantin nya (dok peluk Aisha yg dah comot mukanya makan coklat).....
time kami sampai, dia tengah kemas2 kat dapur..... 
kami yg pompuan ni siap masuk dlm bilik pengantin lagi..... kira special guest la kan, kalau tetamu lain cm dapat tengok pelamin kat dewan jerk kan, kami siap melepak2 lagi dalam bilik pengantin..... muahaha


 puas geng pompuan lepak2 dalam bilik, kami join geng lelaki yang tengah makan kat luar rumah..... time ni dah nak maghrib dah..... tapi kami relax jerk layan makan makanan pengantin..... haha

so, dah lepas azan maghrib baru kami gerak balik umah memasing..... alhamdulillah selesai jugak plan kami hari tu utk makan kenduri di 3 buat tempat..... 
soknya, ada jemputan cukur jambul pulak di S.A.....


 owh, ini souvenir dari pengantin Anom n Hasuad...... 
sedap bahulu tu, erm, ada lg x..... hikhik

ok, dah selesai cerita journey kami on 1st Oct..... 
jom layan pic my lil Aisha on that day pulak..... 
jangan jemu yerk.....


 Aisha posing atas kerusi pelamin kat umah pengantin.....
dah x pedulikan family saudara pengantin dah minah nie.....


 sekuka hati dia jerk kan dok turun naik pelamin tu.....
memula ok jerk berstokin, last2 stokin ntah kemana.....


 ini pic masa kat dewan UTM lah..... terbalik lak upload.. huhu
erm, ada gaya pegawai bomba x?..... hehe


 mentang2 lah tepi dewan tu luas n boleh buat lari2..... 
x senang duduk budak nie, berlari ke sana ke sini.....
nampak pulak burung..... dikejar la pulak burung tu sampai ke hujung.....


 hehe, special edited by Faris (ala budak baju biru dlm pic kat atas tu tadi).....
Aisha tengak cuba untuk kejar burung yang dok atas jalan, but belum sempat Aisha sampai, burung tu dah bertempiaran lari..... huhu


 pic budak yang senyum simpul lepas berjaya menerbangkan burung2 yang cuba cari sisa makanan kat dewan tu.....
ker senyum sebab seronok dapat berlari2an tanpa dengar jeritan2 aku yang nyaring nie.....


ok, cukup itu je cerita 1st Oct kami..... tunggu cerita kami ke S.A pulak esoknyer yerk..... tapi x panjang macam ni la kan..... hehe
ada jugak cerita photoshoot kami @ Taman Tasik Shah Alam..... tunggu.....
erm, ada yang tunggu ker? kalu xder pon xper.....
aku nak upload pic tu dalam diari digital aku nie..... hm, diari ker? huhu

k, sekian



23 July 2011

*Baju Pengantin Memey RM7.2juta*

2 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
pic from mediamalaya
 KUALA LUMPUR - Pelakon Memey Suhaiza akan memakai gaun bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta pada majlis persandingannya dengan Norman Hakim di Crowne Plaza Mutiara di sini, 28 September ini.

Memey, 23, akan memakai dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan Rafflesia untuk majlis persandingan dan acara memotong kek.

Menurut Bill Bora selaku wakil Rafflesia, sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah mengenakan gaun bertatah mutiara bernilai RM400,000 pada hari persandingannya.

Selain dua persalinan itu yang ditaburi mutiara mengikut gred, Memey juga akan mengenakan dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara untuk dipadankan dengan pakaian tersebut.

"Sejak minggu lepas, borang penyertaan untuk rekaan pakaian perkahwinan Memey sudah dibuka kepada semua pereka fesyen yang berminat.

"Pakaian itu kelak akan dipadankan dengan anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara. Terpulang kepada pereka untuk menghasilkan pakaian itu, namun kedua-duanya perlu dihiasi mutiara.

"Selain itu, Memey juga akan mengenakan dua pasang kasut rekaan khas Prof. Datuk Jimmy Choo," katanya ketika dihubungi wartawan di sini hari ini.

Kata Bill, Memey amat beruntung kerana pereka kasut ternama itu sudi menghasilkan kasut khas bertatah mutiara untuk majlis perkahwinannya yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

Memey dan Norman, 35, bakal bernikah pada 24 September ini di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Persandingan mereka boleh dianggap sebagai wedding of the year kerana mendapat sentuhan orang ternama," katanya.

Kata Bill, Memey dan Norman dipilih kerana sebagai pasangan selebriti, kedua-duanya sentiasa menjadi perhatian ramai dan dinanti-nantikan penampilan mereka. - sumber radiokita
 

********** bit.ly/iLPtS8 ********** http://bit.ly/iAUmnM **********