^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label akpk. Show all posts
Showing posts with label akpk. Show all posts

07 January 2016

AKPK Gateway

1 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
Assalamualaikum, 


entry aku sebelum ni pasal AKPK banyak juga dapat komen pertanyaan yang x dapat aku nak jawab. sebabnya aku x pernah berurusan dengan agensi AKPK setakat ni..... aku buat entry tu hanya nak share komen-komen dan pandangan terdahulu dari orang ramai yang mungkin dah pernah berurusan dengan AKPK ini atau mungkin hanya pandangan peribadi semata2, tanpa merujuk kepada agensi terbabit.....

aku sarankan kengkawan baca sekali komen2 yang kengkawna lain komen dalam entry tu..... sebab ada yang share pengalaman dorang sendiri berurusan dengan AKPK.....
aku nak share lebih2 x boleh, sebab aku x der pengalaman sendiri.....

cumanya, kat sini, aku nak share lagi satu bende pasal AKPK ni

iaitu

dorang dah ada sediakan platform untuk kemudahan kita yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan dorang dengan mendaftar secara online sahaja.....

mudah

ringkas

cepat

platform tu dipanggil sebagai AKPK Gateway

v

v

v

v

v

http://www.akpk.org.my/my/laman-utama/gateway
klik gambar di atas untuk terus ke AKPK Gateway




kat bawah ni aku share sikit panduan macamana nak daftar.....


LANGKAH 1



LANGKAH 2


LANGKAH 3


LANGKAH 4



erm aku akses guna Mozilla Firefox pun boleh.....

so, yang berhasrat nak berurusan dengan AKPK boleh lah mendaftar
atau nak bertanya boleh hubungi hotline AKPK
1800-88-2575


untuk makluman,
aku buat entry ni hanya untuk share maklumat, aku bukan pekerja di AKPK, aku x pernah berurusan dengan AKPK tapi atas dasar nak share maklumat.....
dengan adanya entry sebelum ni, aku pon dapat manfaat info juga dari kengkawan yang share pengalaman dorang dalam komen2 yang diberikan.....
alhamdulillah, terima kasih pada kengkawan ye.....

k, sekian

03 May 2013

*jangan join AKPK*

129 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 

opsss, jangan buat kesimpulan terus dengan tajuk tu yerk..... entry bi bukan aku x bagi kengkawan join AKPK, tapi sila BACA SAMPAI HABIS dulu apa yang aku nak share nieh..... lepas tu baru uat kesimpulan..... wokeh.....


erm, ritu saje la berdiskusi dengan member opis, asalnya dia cerita nak buat loan, then berjangkit pasal camner nak langsai hutang dengan cara cepat, then tercerita pulak pasal AKPK..... so, tergoogle lah aku pasal AKPK nieh.....




kengkawan pernah dengar apa itu AKPK?
ker ada yang dah join?.....
AKPK adalah satu agensi yang boleh membantu kita dalam pendidikan kewangan, memberi kaunseling kewangan dan cara menguruskan kredit dengan bahasa mudah macamana kita nak mengawal hutang.....
agensi ni ada kaitan yang sangat rapat dengan Bank Negara Malaysia ye kengkawan.....

 dari carian aku, orang yang banyak gunakan khidmat AKPK ni adalah orang yang ada hutang kad kredit..... ada yang 5 kad, ada yang 8 kad, ada yang sampai 10 kad pon ada.....

aku x boleh la nak komen lebih2 pasal ni sebab aku x guna khidmat agensi ni.....
so jom kita tengok baik ke buruk ke AKPK ni kat kita.....

sedikit dari pembacaan aku pasal AKPK.....

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NEGATIF

Saya dan keluarga benar2 mahu membeli rumah atau kalau boleh membina rumah, masalahnyer saya sukar untuk membuat pinjaman oleh kerana saya ader AKPK, buat masa ini saya dan keluarga masih lagi menumpang dirumah bapa saya, ialah bak kata perpatah baru2 tu memang lah bau ewangi, lama2 tu bau taik...

Saya terlibat dengan AKPK tu pun pasal kad kredit, bukan saya tak bayar , tapi saya mengurangkan bayaran setiap bulan dari RM1200 kepada RM340 dan Alhamdullilah tiada gangguan lagi dari bank2 yang berkenaan.

Dan sekarang pula timbul lagi satu masalah untuk mencari tempat tinggal untuk kami sekelurga...tak tido malam dibuatnya memikir.KWSP akaun 2 tu aderlah RM38K kalau campur ngan bini tu ader lah RM 40K, isteri lak lama dah tak kerja kerana menjaga anak.
  
**********
mmg rugi g AKPK.. sume loan kena freeze..

**********
 1. Akan kena blacklist oleh bank2 selama tempoh perlindungan Bank Negara (via AKPK)
2. Bank2 akan tau kita pernah minta tolong Big Brother sb tak mampu bayar hutang…bank akan take note benda ni..
3. Financial kita terikat atas telunjuk AKPK….
Klu kantoi bayar settlement … klu tak silap 2 kali…ke atau sekali… you’re out from the program…
Dan back to square one…

**********
Jgn apply AKPK sebab :
1) Ko akan kena blacklist selama-2nya…
2) Akan kena blacklist selagi masih hidup.
3) Nak apply loan PASTI kena reject selama-2nya sebab nama dah blacklist.
4) Pendek kata jgn apply AKPK.
Sebabnya member aku sendiri call officer AKPK dan dia mengakui akan hal blacklist ni.
Tq.

**********
but kalau ada positif dia sure ada negatif dia…
kadar bayaran tetiap bulan akan ditetapkan oleh AKPK..
segala maklumat kewangan kita akan direkod…
sory la nak melancong2 ke.. ape ke…
plan nak buat pinjaman apa sorry skit…
setel bagi habis semua hutang dulu…
kesimpulan, akpk nie hanya sesuai bagi yang betul2 dah xde jalan nak pusing, pastu tido pun dah x lena.. kiranya tahap paling kritikal la.. elok lah ke AKPK… pada yang ada peluang lagi tue.. cuba usahakan dulu…

**********
memanglah akpk bagus dapat membantu tapi selepas habis bayar akpk, saya tak dapat membeli apa2 misalnya kereta, motor atau rumah, sekarang nie saya tersesak.. tak tahu nak buat macam mana!! saya tanya akpk kenapa tak boleh apply loan, akpk jawab terpulang kepada bank… saya tanya bank kenapa tak boleh apply loan, bank cakap u ada apply akpk dulu so susah nak apply mana2 bank!!



POSITIF

 AKPK… ianya merupakan suatu rahmat kepada penghutang!!!
Jika someone dah duduk bawah AKPK dia tidak boleh disentuh oleh bank, diishtiharkan bangkrap… dan boleh lah tido lena skit daripada dulu… kalau join AKPK nie kira nya mcm dapat lesen besar la dari Bank Negara… bank semua x boleh kacau dah…

 **********
bro and sis…saya sudah join akpk. total hutang saya untuk 8 credit card ialah rm24k. memang saya gila..terlalu memboros..sekarang akpk telah menetapkan bayaran rm400..untuk lebih kurang 70bulan. interest from 18% jatuh ke 5%. sekarang saya bebas dari panggilan dari bank yang megejar untuk duit. tapi syarat setiap bulan kena bayar sebelum akhir bulan..kepada acc akpk. bagi pendapat saya akpk banyak membantu..terutama mengurangkan bunga

**********
aku rasa bukan blacklist, BNM akan masukan nama kita kedalam satu list yang ikut program ni. program ni bagus utk yg dah lepas paras hidung (bernafas dalam lumpur ) sebab dia akan restructure semua hutang korang.

**********
AKpk adalah satu badan kerajaan yang ditubuhkan oleh bank negara untuk membantu mereke yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman. x silap saya AKPK dah banyak membantu orang dan kebanyakkan berjaya menyelesaikan masalah mereka. akpk cuma orang tgh diantara penghutang dan bank. akpk akan cube memujuk bank supaya mengurangkan interst dari 18% untuk kredit card sehingga ke 8% untuk kredit kad. kite akan bayar ke AKPK dan AKPK yang akan mengagihkan bayaran kepada bank, jadi Kawan saya hanya tumpu kepada 1 bank sahaja. kawan saya sendiri sudah 2 tahun dalam Program DMP yg disediakan oleh AKPK. kawan saya ada 10 kreditkad, dan sebelum tahu akpk kawan saya kena bayar kat bank sebanyak lebih dari 3000.00 sebulan untuk 10 kredit kad untuk setiap bank, tp alhamdullillah sejak akpk bantu, dia hanya bayar 1100.00 sebulan untuk 10 bank. terima kasih akpk. kini dia telah selesaikan 4 bank dengan membayar habis. tinggal 6 bank saje lagi, dan pembayaran ke akpk menurun sebanyak 580.00 sebulan.insyaallah dia akan selesaikan sikit2. kini pembelanjaan kawan saya itu lebih teratur dan dia sekeluarga bahagia, harus diingat AKPK TIDAK BLACKLISTKAN ORANG. hanya membantu dan bagi pendapat kepada orang awam. dan tiada cas dikenakan.

**********
Just nak share pengalaman kawan bf sy. Commitment dia sblm ke akpk adalah RM5800/sbln, enrol dmp akpk tinggal RM2700. Br 3 thn, sy tgk dia tukar keta…dpd honda civic ke skrg ni ford focus platinum+ yg baru tu. Dia straight away join akpk sbb kena retrench with very minimal compensation. Sementara akpk settle dgn bank2, the process can buy him at least 2 months to survive.
Sy tnya bf sy, mcmmana dia blh buat loan keta sedangkan dia under akpk sbb org dok kata klu masuk akpk takleh dah wat loan bagai…bf sy bgtau, mana ada blacklist2 ni. terpulang pd budi bicara pihak bank la nk bg loan ke tak. Gaji dia pun dah naik dpd 9000++ (co lama yg retrench dia) kpd 12k++ di co skrg. Of course b4 dia trade in keta dia tu, bf sy kata kwn dia dah ada settle a few accounts.
So, all in all, as long as income kita “mencukupi” ( that is, mengikut budi bicara pihak bank) & takder commitment2 lain yg “makan” gaji bersih kita, maybe bank blh approve.
I think, akpk ni beneficial klu dah ada rumah & keta kot. Sbb, klu takleh wat loan pun takper, dah ada keperluan asas tu. Tp klu masuk akpk b4 beli rumah & keta, then gaji pun tak baper nak cantik…..maybe bank dah tak “trust” sbb bkn kerana u dah ada history dgn akpk…tp u dah ada history takleh manage ur debt.

**********
Sedar tak sedar, dah lebih tiga tahun saya di bawah bantuan AKPK. Setiap bulan tak miss bayaran AKPK, alhamdulillah. Ada bank yang hantar statement, ada yang tak, jadi agak sukar untuk melihat secara keseluruhan akaun hutang saya di bawah AKPK. Tapi memandangkan bank-bank pun dah tak ganggu saya melalui telefon, jadi saya pun kurang mengambil peduli sangat mengenai baki pinjaman di bank.

Untuk mempercepatkan lagi tempoh untuk saya mencapai hidup bebas hutang, saya telah menggunakan RM50 yang kurang dari AKPK itu untuk dibayar secara terus ke bank pinjaman yang lain. Dengan ini, bank-bank lain pun akan lagi cepat habis hutangnya.

**********
Kalau dikira dari segi konsepnya, kita langsung tidak berhutang apa-apa dengan AKPK. AKPK hanyalah satu badan yang mewakili kita, menjaga hak kita sepanjang tempoh kita menyelesaikan hutang dengan bank. AKPK menjanjikan bank untuk memastikan kita membayar hutang bank mengikut kemampuan kita melalui perjanjian kita, disebabkan itu, AKPK menanggung sedikit risiko untuk kita membuat bayaran hutang ke bank. Dengan ini, bank mungkin bersetuju mengurangkan kadar faedah disebabkan AKPK menanggung sebahagian dari risiko ini. Kaedah pembayaran hutang pula, kita menyalurkan keseluruhan bayaran ke AKPK. AKPK memastikan kita membuat bayaran dan kemudiannya mereka menyalurkan bayaran tersebut ke bank berkenaan tanpa cas apa-apa ke atas kita. Selain bayaran melalui AKPK, kita juga bebas untuk buat bayaran tambahan sendiri ke bank berkenaan untuk mempercepatkan penjelasan hutang.

**********
Bank nak duit dr customer, jd dorang akan ambil customer yg ada duit dan boleh dipergunakan utk dapat keuntungan. Meraka yg sedang atau telah melalui AKPK, bukan sahaja mempunyai sejarah yg berisiko dari segi duit, tp juga telah diberi pendedahan oleh AKPK mengenai nilai wang. Jd bank takut sikit nak dekat org2 yg pernah AKPK sbb susah dorang nak tipu kita ngan servis2 dorang utk dptkan duit kita.

**********
loan masih boleh buat....

tapi secara implicit agak sukar nak dapat...sebab banks nak reduce risks...so customer with poor record nih dorang try to avoid ler...lagi2 kalau kerja swasta...current condition memang tak favour dorang...

macam kawan bono yang kerja gomen tuh dapat loan sebab as usual lah kerja gomen high security...

**********
sumber : www.majalah.com, www.bebas-hutang.com, moneymatter7.blogspot.com, www.bicarajutawan.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ha, tu sebahagian yang aku ambil dari website tertentu, nak lagi terang dan jelas boleh jer taip AKPK, lepas tu klik butang 'search'..... so lagi macam2 n banyak ilmu yang akan kita dapat.....
xder la dari satu sumber jerk n kita terus buat kesimpulan AKPK x bagus, AKPK jahat dan lain2 lagi kan.....
setiap apa yang kita buat mesti lah ada pro n kontra nya.....
orang kata, sebelum buat sesuatu, ukur baju di badan sendiri dulu.....

so, renung renungkan dan selamat beramal.....
eceh, pinjam quote Prof Izi jap.....
hehe

k, sekian


pssst : setakat ni cukuplah dulu loan yang ada, x mor tambah dah..... lama lagi tu nak abes..... huhu