^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label KEK PISANG KUKUS. Show all posts
Showing posts with label KEK PISANG KUKUS. Show all posts

09 August 2011

*Kek Pisang Kukus*

18 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
wallah, ni cerita last friday coz aku bercuti on that day..... kat umah ada pisang yang mak n abah bawa masa datang sini last week, so aku pon gunakanlah pisang ape ntah nama dia untuk buat sesuatu mengisi masa lapang di bulan puasa..... 

sebelum ni penah gak buat ambik resepi kat my.resepi. tapi kali ni aku try guna resepi ambik kat blog as-teratak nurkasih..... jom tengok resepi.....




Kek Pisang Kukus
Bahan:
4 biji telur
1 cwn gula (kalau x suke manis boleh kurangkan 3/4 cawan) -aku guna 3/4 cawan coz memang x suka manis
2 cwn tepung gandum -as guna 1cawan tpg gandum & 1 cawan tepung naik sendiri - aku ikut saranan as
1 cwn pisang -anggaran 4 biji pisang sederhana besar dilenyek
1 sdk soda bikarbonat
3/4 cwn minyak masak
1 sdk esen pisang- kalau x ada esen vanila pun ok
 
 
Cara:
1. Putar gula dan telur sampai gebu
2. Masukkan pisang dan esen pisang
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit- kat sini aku tambah soda bikarbonat coz dalam resepi ada kan
4. Masukkan minyak masak dan kacau rata -  dan masukkan dalam loyang sederhana besar
5. Kukus selama 40 minit.
 

disebabkan aku rajin di bulan pose nie..... so aku gunakan cetak puding untuk buat kek pisang nie..... so jadilah bentuk lekuk2 pada kek pisang aku nie..... yang versi malas adalah kat 1st pic yang main tuang jerk dalam loyang..... hehe

alhamdulillah menjadi n tq buat as yang sudi kongsi resepi nie.....

06 June 2011

*Resepi Kek Pisang Kukus*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
hah, bukan nak kongsi resipi aku, tapi resipi ni aku baru jerk ambil kat myresipi.com, nak try buat coz kat umah ada banyak pisang, tapi pisang apa aku x tau la pulak, huhu..... gambar pon cilok tuan punya resipi..... Insyaallah kalau menjadi, aku upload yerk.. kalau x menjadi..... hehe, ngap sendiri la yerk..

samada nak buat :

KEK PISANG KUKUS (by rohaya1710)

 





 

 

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan pisang lenyek (pisang berangan - anggaran 3 biji)
  • 1 sudu kecil soda bikabonat
  • 1 sudu kecil baking powder

 Cara-cara

  1. pukul telur & gula hingga kembang
  2. masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati
  3. kukus 45 minit

atau nak buat :

APAM PISANG (by Nisha)


Bahan-bahan:

      7/8 biji pisang emas
       2 cawan gula
       2 cawan tepung gandum
       1 cawan tepung naik sendiri
       2 sudu tea Bikarbonat
       2 cawan santan pekat(pati)
       secubit garam

cara membuat:

1.    Panaskan kukusan
2.    Pisang hendaklah dilenyekkan sehingga sekata.
3.    Masukkan gula dan secubit garam.
4.    Tepung gandum, tepung naik sendiri dan bikarbonat di ayak dan masukkan ke dalam pisang.
5.    Gaulkan hingga sebati bersama dengan santan. 
6.    Masukkan dalam bekas yang bersesuai untuk di kukus selama lebih kurang 1 jam.
7.    Lebih kurang 1/2 selepas anda menutup api barulah di angkat keluar dan di buka bahagian penutup kukusan tersebut. 



hmmm yang mana satu best yerk?????
harap2 menjadi la..... Ameen
k, sekian


_________________________________