^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^

29.9.16

Home » , , » #throwback :: Menu Western Di Hospital Selayang, Selangor

#throwback :: Menu Western Di Hospital Selayang, Selangor


Assalamualaikum, 

Orang lain buat throwback, dia pon nak jugak.... hihi, mood kejap timbul kejap tenggelam..... tu yang nak buat entry throwback jerrr..... cerita apa kejadian yang berlaku sebelum-sebelum ni..... kita share apa yang perlu di share je lah ye..... meh share satu cerita dulu.....

 Awal bulan ritu, aku kena admitted di Hospital Selayang, Selangor..... ada masalah kesihatan sikit..... hampir seminggu aku admitted, last2 belum cukup dos ubat yang doktor bagi, aku dah mintak keluar sebab tak tahan sakit yang amat setiap kali masuk ubat ikut jarum, tangan kiri kanan pon dah bengkak kesan kena cucuk jarum..... nasib baik lah doktor pakar tu dengar rintihan aku yang kesakitan ni..... akhirnya dia benarkan aku keluar tapi dengan mc 2 minggu dan makan ubat tak boleh skip.....

Alhamdulillah, sekarang dah makin pulih..... nanti bulan depan ada appoiment lagi untuk tengok perkembangan bahagian yang sakit tersebut.....

 Dah, tak yah lah cerita banyak2 kan..... just nak share menu yang aku order masa sehari sebelum aku keluar hospital..... sesaje gatal order menu western untuk hari tu..... wah, tak sangka sedap pulak..... biasa aku order menu Melayu je sebab aku ada masalah gastrik yang teruk, so tak boleh nak makan suka2 hati, menu kena tengok dan jaga..... karang dah sakit..... huhu, hanya mereka yang mengalami yang mengetahui macamana rasa nya.....



 
inilah menu western yang aku order..... chicken chop..... set lengkap siap ada mushroom soup.....

Boleh lah kami makan bertiga chicken chop tu, my dear Hubby ada beli nasi goreng cina, kut2 lah menu ni tak dapat memenuhi selera aku kan..... tapi alhamdulillah, sedap..... kentang aku bagi my princess Aisha, soup n coselow Hubby makan, ayam aku makan cicah kuah kacang panggang tu.....

Sebelah pagi untuk breakfast pon aku order western, dapat macaroni goreng..... pon sedap juga..... rugi pula rasanya sebab tak order western hari2..... haha.....

Apa2 pon, aku seronok sepanjang admitted hari tu sebab dapat rakan sebilik yang friendly, KakJun dok katil sebelah n KakPrema (india) dok katil depan, kami dah macam keluarga, makan pon boleh share, tengok tv pon sama2, siap Hubby ngan suami Kak Jun boleh keluar jalan2 ke Selayang Mall sesama..... buat hilang bosan sebab dia dari Lumut, Perak, masuk lagi awal dari aku..... so, Hubby ajak lah dia jalan2 sebelum balik ke Lumut.....

Terima kasih kepada staff & doktor Hospital Selayang yang layan aku n family sepanjang aku stay kat situ..... cuma bila nak penuhi hari appoiment je nanti, mesti bercinta nak tunggu nombor giliran dipanggil, maklum, pesakit ramai kan..... anywhere, semoga semuanya dipermudahkan..... Inshaa Allah.....

Ok, cukup setakat ni ye..... ada cerita lain nanti aku share.....

K, sekian.