^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label toyota capital. Show all posts
Showing posts with label toyota capital. Show all posts

16 June 2014

ambil geran asal kereta walau belum habis bayar

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,

erm, cerita isnin lepas..... dah alang2 kami ambil cuti untuk balik kampung, so kami pon uruskan lah apa2 yang patut boleh diuruskan..... hah, paham ker kengkawan..... hihi

gini ceritanya..... Alhamdulillah, dah berusia setahun rupanya kereta mr.black Hubby..... walau kami dok KL tapi kereta tu Hubby beli kat Kuantan, Pahang..... kononnya nak ada kenegerian la di situ, hehe suka hati lah Dear oiiiii.....

so, aku yang beriya2 sangat suruh Hubby ambil geran asal mr.black tu.....
sebab masa kereta aku dah habis bayar dulu (tahun 2012), aku ambil geran kat bank yang kita berurusan tu kan..... orang bank tu bagitau, sekarang dah x perlu tunggu sampai habis bayar nak ambil geran asal..... bila2 pon boleh ambil untuk kemudahan renew roadtax kan..... cuma tuntutan hakmilik je kekal dengan nama bank yang kita ambil loan tu selagi x habis bayar..... kalau ambil loan la kan..... hihi

makanya, setelah berkali2 aku ingatkan, terlanjur pulak last week kami balik kampung, maka Hubby pon try la telefon bank yang uruskan pembelian mr.black tu..... Toyota Capital (M) Sdn Bhd..... maka moh ler kita ke sana.....




ha..... Hubby sedang berurusan dengan orang Toyota Capital untuk ambil geran.....

senang je pon.....
cuma bawa IC then bagitau no plat kereta kat orang tu.....
lepas tu dia bagi satu kertas, tulis alamat dan tandatangan.....
kertas tu adalah borang pengesahan yang kita x akan tuntut apa2 dari Toyota Capital berkaitan geran kereta tu.....
bila dah siap, hah..... boleh la ambil geran tu..... dalam 5 minit dah siap aku rasa..... so, sementara tunggu Hubby uruskan pengambilan geran tu.....

aku n Aisha pi cuci mata kat showroom toyota.....



teruja Aisha tengok kereta besar..... siap aku suruh dia naik lagi... hihi.....


 ada permintaan si anak dara ni kat Papa dia.....

"Papa, boleh tak saya nak kereta yang ada enam (6) tempat duduk?"
"Papa, nanti Papa belilah kereta yang ada tv besar, ada radio kecil dalam dia, saya suka kereta macam tu"

hihi, Papa dia layankan jer.....
inshaa Allah sayang, ada rezeki nanti kita beli lah yerk.....

k, sekian

update Q&A:

;)