^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label pokok mulberry. Show all posts
Showing posts with label pokok mulberry. Show all posts

27 November 2014

#throwback : kemas pasu depan rumah

11 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


cerita bulan lepas..... saje isi masa lapang dengan mengemas pasu.....
pokok serai yang kat balkoni atas pon aku mintak tolong Hubby turunkan bawah..... senang aku nak monitor pokok tu nanti..... kalu kat atas, cuma rajin tengok dari tingkap bilik je, nak keluar ke balkoni rasa macam jauh je nak jalan, padahal dekat je, tapi sebab 'M' menguasai diri..... maka semua benda pon jadi susah..... 

bila dah pindah ke bawah, ni senang sikit nak tengok, pi balik keje kompem akan tengok dulu, then agak2 perlu penjagaan lebih, nanti ujung minggu boleh plan nak buat apa kan..... so, bulan lepas kerja2 pemindahan dan penyusunan semula dibuat.....




tak da lah banyak mana pon, pokok serai 3 pasu, dari atas bawa turun bawah, trim daun biar x nampak serabut..... 
pokok pandan dari 1 pasu, dijadikan 2 pasu, trim bagi cantik semua daun kasi kijau.....
pokok mulberi kasi trim, sebab kalu x trim, nanti dia x mor berbuah.....
pokok kangkung yang comel2 tu, kasi tambah tanah biar membesar bagai johan..... sian si kaloi Mai, makan kangkung kurus2 je..... huhu

hah, cerita pasal pokok mulberi kan, setakat ni dah 4 kali tuai buah dia, sekali tuai sebiji je..... so kami dah merasa 4 biji yang fresh dari pokok..... hehe, pokok comel, maka buah pon comel la kan.....





pokok mulberi yang sentiasa berbuah.....Alhamdulillah




zoom sikit..... ada yang masih muda, ada yang dah nak masak.....



 ini buah yang dah hampir masak.....
erm, kalu macam kat atas tu, separuh hitam separuh merah kira x masak betul lagi tu..... yang warna hitam tu manis, yang warna merah belah atas tu masam..... masa ni dah tuai kali ke 2 kut, dapat la 2 biji..... aku satu, Aisha satu, Papa x makan buah, so tengok je..... 

tapi buah atas tu kami makan yang separuh je, sebab yang warna merah tu masam..... huhu, so lepas kalu nak petik, kena betul2 hitam, tapi kena cepat sebab hitam tu sekejap je, nanti kalu x perasan, dah kering pulak, tak dapat merasa pulak.....

 ha, dapat bayangkan x kecomelan buah tu dari gambar kat atas..... memang comel sangat..... kalu makan, setakat rasa ujung lidah je..... hihi, hurm aku gugel buah ni, saiz dia besar la jugak, tapi yang kat rumah ni kecik je, ke sebab pokok tu masih kecil lagi..... so, kita tunggulah nanti lama2, mana tau dia makin membesar ikut saiz pokok kan.....

Alhamdulillah, dapat merasa buah ni fresh..... orang kata, berbudi pada tanah, inshaa Allah akan dapat hasilnya kan..... ada impian nak tanam pokok2 herba @ ulam, tapi x jumpa benih lagi..... moga impian tercapai satu hari nanti..... hehe

k, sekian