as salam,
Muzium Coklat Di Kota Damansara Dibuka Kepada Orang Ramai
KUALA LUMPUR: Muzium Coklat pertama di Asia
Tenggara kini dibuka di Kota Damansara oleh syarikat pengeluar coklat
tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd.
Muzium itu dibuka kepada orang ramai secara percuma mulai 9 pagi
hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu, kata penolong pengurus besar
syarikat itu, Mohd Khairudin Abdul Jalil.
Beliau berkata muzium itu yang dibuka sejak tiga minggu lepas, bukan
sahaja mendidik orang ramai mengenai asal-usul coklat tetapi juga manfaat
coklat untuk kesihatan.
Demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan oleh pembuat coklat syarikat itu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Mohd Khairudin berkata pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai
pilihan coklat daripada pelbagai jenama termasuk coklat keluaran syarikat
tersebut antaranya Fidani dan Danson dengan harga yang lebih murah.
"Di samping itu, pengunjung yang datang ke sini boleh membuat
tempahan terus kerana kami menyediakan perkhidmatan membuat coklat untuk
majlis perkahwinan,harijadi dan majlis korporat," katanya.
Beliau berkata pihaknya optimis muzium itu dapat menambah produk
pelancongan negara serta setanding dengan muzium coklat di luar negara. BERNAMA -sumber-
menatang ni jerk yang ada..... mungkin x update lagi kut kan.....
hurm..... macam best jerk kan.....
buka setiap hari Isnin hingga Sabtu.....
pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.....
yang penting masuk FREE.....
hehe
diantara coklat keluaran mereka yang ada.....
coklat jenama Fidani..... sumber
coklat jenama Danson, perasa durian you..... sumber
dah, nak jamu mata lagi dengan coklat2 nieh walau bukan dari website muzium.....
k, sekian
pssst : dah WhatsApp ngan hubby pasal muzium ni, tapi xder balasan lagi..... agak2 kertas kerja ni diterima x yerk..... huhu