^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label kompas. Show all posts
Showing posts with label kompas. Show all posts

23 November 2011

*PIRING ASTRO TIDAK MENGHADAP QIBLAT @ KAABAH(pembetulan) *

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
salam,
aku pernah keluarkan artikel *betulkah piring astro menghadap kaabah*  sebelum ni yang di copy paste dari satu blog lain..... dan di bawah ni ada lagi satu artikel yang menyangkal dakwaan tersebut, jom baca

 
Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......


kat umah aku xder piring ASTRO, so aku x boleh nak sah kan betul atau tidak, tapi blogger lya dah sahkan dalam komen box aku dalam n3 lepas n kawan opis aku pon mengiyakan yang piring Astro kat umah dia memang ngadap Kiblat..... so, sesiapa yang ada kemudahan atau sumber sahih berita tersebut silalah bkongsi2 yerk.....

p/s : aku kat umah guna kompas jerk masa mula2 nak tentukan arah Kiblat dulu,
kalu pi memana pon aku bawak kompas untuk tujuan yang sama.