^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label keputusan peperiksaan anak. Show all posts
Showing posts with label keputusan peperiksaan anak. Show all posts

30 December 2013

*keputusan akhir Aisha, tadika 5 tahun*

3 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


erm, lama dah dapat bende ni..... awal bulan Nov dah dapat..... tapi nak cerita x tercerita.....
ni ha, keputusan final exam Aisha untuk tadika 5 tahun di Tadika Aida.....




Alhamdulillah, walaupun ada yang naik n ada yang turun dari result pertengahan tahun..... Mama bangga dengan Aisha..... cuma subject English tu kena usaha lebih sikit..... ke Mama nak kena cakap omputih kat umah ni..... hihi
untuk hujung tahun ada pertambahan subject iaitu Agama Islam..... total markah, ada peningkatan di situ.....
 harap dapat teruskan untuk tadika 6 tahun pulak nanti ye sayang.....




hadiah buku cerita dari teacher..... dah habis pon Aisha baca, tapi Mama yang tolong ejakan kat sebelah..... hehe

sekarang ni dalam proses menggalakkan Aisha membaca, salah satu cara yang agak berkesan adalah dengan main cikgu2 dengan dia.....
tapi
bukan aku yang jadi cikgu.....
Aisha jadi cikgu, aku jadi anak murid.....
so, dengan cara itu, anak murid (aku) akan sentiasa bertanya pada cikgu, "cikgu, ni tulis apa cikgu?"
then Aisha pon akan mengeja n membaca perkataan tersebut untuk anak murid dia ni..... "b.. e.. n.. ben.. t.. u.. k.. tuk..... bentuk"
lepas tu anak murid tanya lagi, "cikgu, yang ni apa cikgu?"
Aisha jawab lagi apa perkataan yang aku tunjuk tu..... "b.. i.. s.. bis.. k.. u.. t.. kut.. biskut"
semua perkataan akan aku tanya seolah2 anak murid ini x tahu apa2.....

dengan cara ini, walau perkataan tu pada asalnya dia akan cakap "yang ni saya x tahu eja", tapi dia akan berusaha untuk mengeja n membaca sampai dapat..... ye lah, dah jadi cikgu, kena lah jawab kalau anak murid bertanya kan.....
hehe, sejak dari itu, kalau Aisha ajak main cikgu2, aku layankan aje..... janji dia nak belajar.....

k, sekian

18 October 2013

*Exam next week*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,


erm, next week start 21 - 25 Oktober 2013 my lil Aisha akan ada exam kat tadika dia..... untuk setengah tahun ritu, alhamdulillah keputusan yang memuaskan..... dapat 5A 1B..... untuk hujung tahun ni, aku xder mengharap tinggi sangat, yelah, baru umur 5 tahun kan..... so, harap2 Dizaaisha Umairah dapat buat yang terbaik untuk exam minggu depan..... amin


 Bismillahirrahmanirrahim


********** 
Doa Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menduduki Peperiksaan

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak kami.
Ya Allah, 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com


**********

Aminn

k, sekian

03 July 2013

*wordless wednesday ~ anakku belajar bawah meja*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,





dah belikan meja tulis, tetap nak buat homework bawah meja.....
but.....
Alhamdulillah, keputusan memuaskan untuk penggal 1 nieh.....
good job Aisha.....
harap2 ia berterusan untuk akhir tahun nanti.....

k, sekian