^welcome to maszmadi.blogspot.com^~^!SI BLOGGER MAMA is best view by Mozilla Firefox & Google Chrome^~^we are now mobile friendly^~^thank you and do come again^
Showing posts with label taska aida. Show all posts
Showing posts with label taska aida. Show all posts

15 August 2014

kena tolak masa main polis polis

4 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

assalamualaikum,


kelmarin (rabu) petang, masa ambil Aisha dari taska, tengok dia keluar terhencut2, belum sempat aku bertanya, pemilik taska bagitau yang kaki Aisha luka sebab jatuh kena tolak oleh budak lelaki..... aku tengok Aisha macam ok je, so aku pon ok je lah, x kan nak marah2 kan, tapi dalam hati terkilan juga, macamana boleh tolak2 kan.....

then masa on the way balik rumah tu, aku tanya la Aisha camner boleh jadi gitu..... dia pon cerita.....
"saya main polis polis dengan kawan kawan kat taska tadi, lepas tu saya nak tangkap xxx (budak yang tolak Aisha), lepas tu dia nak lari, dia tolak saya"
aku tanya berapa umur budak tu
"umur dia sebelas tahun"..... gulp, tekejut aku, budak 11 tahun, lelaki, tolak Aisha masa main polis polis..... mana x jatuh anak dara comel berusia 6 tahun ni.....
x pe lah, aku just pesan kat Aisha.....
"lepas ni x mor dah main dengan dia ye, dia dah besar, lelaki, nanti Aisha jatuh lagi macam ni"
dengan redha, Aisha angguk kepala je.....

kaki Aisha yang luka, jatuh atas tanah..... 
yang teruk kat pergelangan kaki, ada luka sikit2 sampai ke lutut.....


kat taska dah cuci, cuci biasa je..... so, kami decided untuk bawa Aisha ke klinik malam tu, takut luka tu ada lagi baki pasir @ tanah yang tinggal.....



Aisha masa rawatan..... assistant doktor di Poliklinik Perdana, Rawang sedang cuci luka.....
dia macam nak nangis masa dressing tu, tapi Papa dia pujuk, n cakap "Aisha kuat kan, x mor nangis tau"..... dia angguk n tahan nangis.....
bila dah siap tu, Alhamdulillah, luka kecil je, x der dalam sangat.....
doktor  just bagi ubat sapu untuk luka cepat kering.....



 Chlorop a.k.a Chloramphenicol Eye Ointment
pelik jugak aku, sebab kat ubat tu dinyatakan ia adalah untuk mata, then suruh Hubby call klinik tu untuk confirmkan betul ke ubat tu..... bila di beritahu yang ubat tu betul, memang untuk mata, tapi boleh juga untuk luka biar luka cepat sembuh, so kami iakan aje lah.....

lepas mandi, sapu je kat luka.....
sebagai tambahan, aku sapukan juga krim gamat..... tapi yang aku baru beli ni, rupa dia x macam yang dulu, yang ni bekas dia macam botol balm tu..... harap2 kesan dia sama macam krim gamat yang dalam tiub tu.....




Krim Gamat keluaran syarikat Gamat Asli Enterprise.....
harga RM5.00, bau wangi dan yang penting krim ni diluluskan oleh KKM..... hehe


moga Aisha lebih kuat lepas ni untuk sama2 main dengan kawan2 kat taska dia.....
tapi x mor ganas2 tau sayang, Aisha kan perempuan.....

k, sekian


18 October 2013

*Exam next week*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam,


erm, next week start 21 - 25 Oktober 2013 my lil Aisha akan ada exam kat tadika dia..... untuk setengah tahun ritu, alhamdulillah keputusan yang memuaskan..... dapat 5A 1B..... untuk hujung tahun ni, aku xder mengharap tinggi sangat, yelah, baru umur 5 tahun kan..... so, harap2 Dizaaisha Umairah dapat buat yang terbaik untuk exam minggu depan..... amin


 Bismillahirrahmanirrahim


********** 
Doa Ibu Bapa Untuk Anak Yang Menduduki Peperiksaan

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah, 

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah, 

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak kami.
Ya Allah, 

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, 

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com


**********

Aminn

k, sekian

03 July 2013

*wordless wednesday ~ anakku belajar bawah meja*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,





dah belikan meja tulis, tetap nak buat homework bawah meja.....
but.....
Alhamdulillah, keputusan memuaskan untuk penggal 1 nieh.....
good job Aisha.....
harap2 ia berterusan untuk akhir tahun nanti.....

k, sekian
 

22 January 2013

*pening kepala tengok nombor*

6 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,

 x sempat lagi nak bercerita panjang lebar kat sini..... sebab kebizian yang melampau di tengah2 bulan..... karang ujung bulan nak kena update maklumat baru pulak..... kalu sume same jerk dari taun lepas x per, ni nak kena masukkan yang baru, tiap2 bulan ader jerk maklumat bertukar keluar masuk..... kalu sebelum ni aku dah ada pengalaman keje sekarag ni, cuma dulu aku jaga 1 projek jerk, tapi taun ni aku nak kena cover 4 projek yang memerlukan aku key-in beribu2 data setiap bulan..... ok aku tipu, setiap bulan aku kena key-in data 1,900 lebih jerk, tapi tu x campur yang dikatakan tahun ni akan ada tambahan 1,000 lagi data yang akan kena aku masukkan..... huhu

x derlah mengeluh sangat sebab keje ni sebulan sekali jerk, macam orang yang buat gaji tu kan..... tapi kalu salah key-in, memang masalah besar sebab ia melibatkan laporan ke peringkat kementerian..... inshaAllah akan aku buat demi tugas..... cume pening2 tengok nombor tu biasa lah kan, kalu pening ada isi ok jugak kan, upsssss tapi belum lagi pulak..... hehe

dah, x mor taip panjang2..... nanti bertambah pening pulak aku..... meh cuci mata tengok pic my model sepanjang hayat...... sape lagi, Aisha lah..... haha



senyum paksa di pagi hari.....


sebelum pi school, Mama paksa ambik gambo dulu.....


 hehe.....
dah, nak tengok nombor pulak.....

k, sekian


07 January 2013

*barang zalora dah sampai - hadiah untuk Aisha pergi school*

14 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam, 


31.12.2012 - dapat call dari GDex yang nak hantar barang Zalora

wah, sangat cepat sistem pesanan dan penghantaran dorang nieh..... bagus bagus..... tapi disebabkan hari 31.12.2012 tu aku ada kat kampung, maka hari jumaat lepas (aku naik keje) baru barang tu sampai kat tangan tuan punya badan iaitu Dizaaisha Umairah sempena birthday dia yang ke-4 tahun pada 23.12.2012 ritu.....

alhamdulillah, dia sangat suka dengan hadiah yang aku bagi tu..... dah tiap2 hari tanya boleh x bawa pi school..... huhu, nanti lah sayang, yang ada sekarang ni boleh guna lagi, so kena tunggu yang ada sekarang rosak baru bawa pi school yerk.....

ape yang aku beli kat Zalora sebagai hadiah birthday Aisha?


v


v


v


v


v


beg sekolah beroda.....

actually dia sendiri yang pilih design tu, aku print design2 yang ada kat zalora yang sesuai untuk dia, n dia pilih beg yang ada 'ABC'..... hehe dah pandai memilih anak dara nieh.....


dan ingat entry pasal aku nak cari tadika sebelum ni..... alhamdulillah, masalah tu selesai bila mana pemilik Tadika Aida, tempat aisha dok sekarang ni dah berjaya dapatkan pembantu n dia open untuk sesi tadika tahun ni..... so x payah la aku pening2 pikir nak sekolahkan Aisha kat tadika mana kan.....


kadar yuran baru.....

erm, nampak x kadar yuran tu..... x per, yang penting untuk catatan aku kat sini adalah untuk bayaran bulan Januari 2013 (yuran daftar tadika + bulanan) adalah sebanyak RM530.00 sebab ambik Pakej 2 (7.00 pg - 7.30 mlm)..... yuran bulanan pula sebanyak RM250.00 untuk pakej 2.....masih lagi dalam bajet kami..... overtime RM4.00 untuk 1 jam..... erm, azam tahun ni x mor bayar overtime, uhuk boleh ker?.....

uniform untuk tadika pon Aisha dah dapat Jumaat lepas n dia nampak happy balik dari school..... harap2 Aisha dapat belajar dengan baik demi masa depan..... ameen

k, sekian

27 December 2012

*#nakcaritadika*

5 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin

as salam,


hah, tajuk ntah hape2 la aku ni kan.... huhu sedey sikit, tu yang letak tajuk merapu tu..... bajet update entry ala2 twitter gitu kan..... ngeh ngeh ngeh.....

 actually sampai sekarang aku tertunggu2 lah bila Taska Aida nak open registration untuk sesi tadika next year..... nak tanya x tertanya2 kat owner taska tu sebab tiap2 hari ambik Aisha dah lewat ke pukul 7 8 malam..... so kelam kabut sikit lah nak balik rumah kan..... lagipon owner tu cakap dia x boleh nak kompem lagi sebab dia nak tunggu bibik dia balik Indonesia dulu baru boleh nak bagitau kat mak pak bebudak yang dok situ samada ambik untuk tadika atau x.....

dan akhirnya semalam, Puan Hajah Aida, owner Taska Aida dah pon bagitau keputusan yang memang aku tunggu2 sejak awal bulan doblas ritu..... dia maklumkan yang Taska Aida x ambik untuk sesi Tadika tahun 2013 sebab Bibik dia x balik dari Indonesia..... so dia x boleh nak bagi tumpuan kat student kalu dia ambik bebudak untuk tadika..... kat situ ada 2 assistant tapi dia x harap sangat sebab nak mengajar kanak2 berusia 5 6 tahun kena ada konsentrasi kan.....

maka perbincangan dah dibuat ngan Hubby, maka kami terpaksalah cari tadika lain untuk hantar Aisha school tahun depan..... adalah beberapa list yang aku dah call, ada yang masih boleh terima dan ada jugak yang dah tutup registration..... maklumlah sesi sekolah tahun 2013 tinggal beberapa hari jerk lagi kan..... so kami x boleh nak memilih sangat lah.....

pilihan dah dibuat n esok kena jugak pi Tadika Sri Terentang, Rawang untuk register terus Aisha school kat situ..... sebab next Monday kami cuti balik kampung..... tapi day care tetap kat Taska Aida, seb baik lah owner taska tu memang dah sedia transport untuk bebudak yang sekolah kat tempat lain..... tinggal bayar jerk lagi..... kadar bayaran x tahu lagi, tunggu lah sok kalu dah dapat info aku nak share kat sini jugak, sebagai info aku masa akan datang..... ye lah, rasanya lama kut Aisha akan dok taska tu sampai lah dia pandai jaga diri sendiri untuk dok kat umah sementara kami pi keje kan.....

semoga semuanya dipermudahkan demi pendidikan anak kami..... ameen


k, sekian

11 October 2012

*luka dah kering*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

 kalau sebelum ni, aku ada up cerita pasal Aisha yang luka dek slider kat school..... so hari ni nak share kesannya sekarang.....


 pada hari kejadian                                                      selepas 4 hari di sapu Krim Gamat

alhamdulillah, lepas kena tu, aku teus jerk sapu dengan Krim Gamat yang memang itulah aku guna kalau ada luka2 kat kulit..... aku pon ada bekalkan krim tu kat school untuk dorang sapu setiap kali lepas mandi.....

dan hasilnya sekarang, luka dah kering, xder la Aisha gatal2 dek luka yang dalam proses pengeringan tu, kalau guna Minyak Gamat biasa..... n semalam kulit kering tu dah terkopek dengan sendiri n tinggalkan parut jerk..... moga nanti parut tu pon akan hilang n kulit Aisha jadi natural semula..... so kena keep in sapu krim tu sampai kulit betul2 baik n pulih.....


ini contoh kulit luka biasa dalam proses nak kering, ambik kat sini

kalau ikut, hari ke2 tu, kulit dah mula kering n hitam2 dan pada masa ni (macam gambar atas tu), biasanya kulit akan rasa gatal kan..... tapi aku tengok Aisha relax jerk n dia x merengek pon gatal ke, sakit ker..... berkat guna Krim Gamat nieh..... tengok2 jerk, yang hitam2 tu dah tanggal sendiri.....














































erm, harap2 lepas ni xder lah lagi kemalangan yang menimpa Aisha walau kecil pon kat school..... sian kat dia, baru seminggu dah ada luka kat siku..... sedih tau..... moga cikgu kat situ pon lebih prihatin dengan anak2 jagaan kat situ.....

k, sekian

05 October 2012

*tecer, nak tawer*

10 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

alhamdulillah, sampai sudah hari Jumaat penghulu segala hari.....
ha, hari ni jugak dah cukup 1 minggu Aisha a.k.a Umairah dok kat school baru, selain dari kejadian x best ari tu kat Aisha..... sekali lagi alhamdulillah, coz dia dah sangat2 ok kat school baru nieh..... dah xder drama air mata dah, dia ok jerk bila bibik ambik dari dokongan aku..... berkat doa kengkawan jugak kan.....

so, nak cerita Aisha n her teacher..... setiap petang time kami sampai kat school tu, dari jauh dia dah nampak kami..... terjerit2 lah dia, "tektu, mama datang! tektu, mama datang!" sambil lompat2..... haha, anak dara oh anak dara.....

then ari selasa lepas, 2nd day dia di school baru..... petang, lepas salam ngan bibik, lepas salam ngan teacher tetiba Aisha minta sesuatu dari aku..... "mama, nak tawer"..... sambil tangan dok tunjuk kat halaman school..... aku tanya dia nak apa..... "nak tawer" tangan still lagi tunjuk kat halaman school tapi lebih specific kat pokok Ixora a.k.a pokok bunga siantan..... aku terus lah suruh dia mintak kat teacher..... dia pon pi kat pintu n mintak izin.....

"tecer, nak tawer"..... 3 4 kali lah dia cakap gitu kat teacher tu n teacher tu x berapa paham dia nak apa..... so aku jadilah perantara..... "Aisha nak flower puan"..... oho, barulah teacher tu paham..... n mendapat keizinan untuk ambik..... then Aisha pi kat pokok bunga siantan tu n ambik flower.....

maner flower tu?

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

 TADA!!! inilah flower ixora yang Aisha ambik kat school petang ritu.....

hehe, ni nak kira sebatang ker, sebutir ker camner nieh..... sampai kat umah, Aisha try selit bunga ni kat rambut aku..... "mama, tantik x mama?"..... aku pon iyekan..... "cantik"..... hehe

Aisha semakin bijak untuk mencantikkan diri..... tu belum lagi sibuk nak ber'make-up tiap kali nak kuar umah..... padahal aku x pakai pon segala make-up2 tu sekarang ni, dah malas wooooo.....
pape pon, moga Aisha semakin bijak dan bijak dan bijak dalam segala hal..... Ameen

nak minyak wangi murah, klik sini

k, sekian

04 October 2012

*ni kira hadiah jugak kan.....?*

15 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 
~x sabar nak balik petang ni coz ada sesuatu yang perlu dibincangkan dengan teacher Aisha~

pagi tadi datang2 keje sampai kat opi, aku terus pi toilet..... nak betul kan tudung, maklum dah lama pi keje pakai tudung sauk2 jerk, tetiba pakai tudung bawal, rasa macam nak kedepan jjatuh dahi jerk..... haha

kuar dari toilet, masuk opis..... tengok atas meja.....

TADA!!!!!


aha, ada bungkusan lah..... sape pulak la yang bagi aku hadiah nie.....
ni kira hadiah jugak la kan sebab tetiba jerk ada atas meja..... dah macam hadiah Tahun Baru Cina dah coz berbungkus dengan plastik merah..... haha..... then x-bos aku kuar dari dalam bilik dia bagitau yang Hubby aku cakap "Mai bagi".....

wah!!!!! janji telah dikotakan..... terharu nyer aku..... TERIMA KASIH MAI..... sayang Mai tapi x mor ketat2..... x sangka secepat ini..... bila potongnye tu? darah putih masih basah nampaknya..... hehe, so, nampaknya ujung minggu ni kenalah mulakan operasi deko deko yang diangan2kan tu..... hurm, dah ada dah 1 jenis..... leh tanam n tambah lagi jenis yang lain2.....

nak tahu apa hadiah yang aku dapat dari Mai?.....















































































 ha, nampak x?.....

nampak kan..... dah taukan apa dia tu..... x per, nanti bila dah betul2 bentuk dia, nanti aku share kat sini..... hehe..... 

iklan jap



ok ni cerita lain pulak..... kejadian semalam petang.....

masa ambik Aisha a.k.a Umairah dari school, dia macam nak nangis then bagitau kat aku yang tangan dia sakit..... memula x perasan coz cikgu dia cakap "biasalah budak2 main macam2"..... ok aku terima..... then balik sampai kat umah, Aisha ngadu lagi sakit kat tangan kiri dia..... sekali aku tengok betul2..... ada kesan luka lah kat siku dia..... terus la aku tanya dia kenapa..... "Aita tatuh main taide tak tcool"..... translate please..... "Aisha jatuh main slider kat school"..... oho, boleh plak cikgu dia x bagitau kan..... so ari ni, petang ni nak kena jumpa ngan cikgu dia, nape bleh jadik gitu..... memang aku tangok banyak jugak mainan yang dah rosak kat taska tu..... uhu



inilah keadaan siku Aisha yang luka tu..... dan aku terus jerk sapu ngan Krim Gamat..... tapi yang aku sayang n kagum ngan my lil Aisha ni kan..... walau tangan sakit, tapi semangat nak menulis tetap ada..... kejap2 ngadu "mama, tanan Aita tatit"..... tapi tetap jugak menulis..... so sweet la anak mama nieh.....

moga semangat belajar Aisha terus kekal n berkembang dan terus berkembang..... Ameen

k, sekian

02 October 2012

*drama air mata*

9 8 orang doakan kebahagian kami sekeluarga, amiin
as salam, 

~1stly nak ucap syukur kerana perniagaan kecil2an ku mendapat sambutan, walau x semeriah mana, tapi buat permulaan ini, alhamdulillah~
~sesiapa yang berminat boleh KLIK SINI~


wokeh, balik pada tajuk, kalau semalam ada drama air mata yang berlaku di waktu pagi..... petangnya pulak kami dihidangkan dengan drama yang menggembirakan hati kami..... sesampai jerk kat Taska Aida, aku tengok ada budak2 tengah main2 kat luar..... kelihatan jugak Aisha yang terlompat2 sambil baling2 belon kat luar dengan bebudak lain...... nampak jerk kami, terus jerk dia terjerit2 panggil cikgu, "cikgu! mama datang!..... cikgu! mama datang!"..... wah! kembang semangkuk dan berbunga riang hati kami tengok kegembiraan Aisha..... cikgu pon menoleh pada kami n sedia ambikkan beg Aisha.....

borak2 sikit dengan cikgu pasal kelakuan Aisha, kami dimaklumkan Aisha nangis semalam sekejap jerk, bila dia tengok dah makin ramai bebudak datang, dia dah ok dah..... hehe, Alhamdulillah so dia teruskan aktiviti seharian kat school baru tu, x der aktiviti pape pon, just main jerk coz cikgu x bagi lagi, tunggu dia dah ok betul2 nanti baru cikgu bagi.....

so hari ni, tiada lagi drama air mata macam semalam, adakah dia dah mula serasi dengan school baru atau dia masih lagi tidur masa di hantar ke school aku x dapat pastikan..... sebab masa hantar tadi, aku main angkat jerk, nak say 'good morning' macam biasa kat Aisha pon hubby x bagi, takut dia terjaga n x nak pi school.....huhu, masa transfer kat bibik pon dia masih mamai2, mata separuh terbuka..... terus jerk bibik bawak masuk dalam rumah..... kami pon terus lah pi kerja kan..... harap2 Aisha ok2 jerk hari ni.....

owh, sedikit perbezaan panggilan diantara school lama n school baru untuk Aisha:

Panggilan
School lama
School baru
Tenaga pengajar
CIKGU
TEACHER
Penyelia
NENEK
BIBIK
Anak Mama
AISHA
UMAIRAH

tapi bila kami panggil dia Umairah, dia marah pulak..... "ni Aita la mama, Aita"..... sambil tangan tepuk dada tanda tunjuk diri sendiri..... hehe so sweet walau pelat 'T' dia x hilang lagi..... ha, sebab apa teacher dia panggil Umairah, coz kat taska dah ada 3 orang yang nama lebih kurang sama..... Aisyah, Alisha, Khalisha..... so teacher dia decided panggil Umairah untuk x mor konfius.. hehe, aku ok kan je lah untuk kebaikkan apa salahnya kan.....

erm, moga hari ini n hari mendatang akan lebih bersinar buat kami sekeluarga..... ameen

k, sekian