27 August 2010
*Ringkas jer, k*
26 August 2010
*Baru aku perasan, korang perasan tak?*
Dalam banyak2 bola kat carefour tu, bola kaler kuning la yang kami mbik untuk aisha..
Ini adiah ms family day opis aku kat Janda Baik, Pahang bln 5 yang lpas, aku x pilih pon, but still dpt kaler kuning..
ha, ni da latest gadget yang kami bli untuk aisha, ingat lagi x Lancer kuning untuk aisha .....
so, kami berazam, lepas ni kalu boleh x mor dah beli menan kaler kuning untuk si tecik aisha, nanti x berkembang plak la minda aisha, asih tgok kaler kuning jerk kan..... wlopon kebanyakkan menan kanak berwarna warni, tapi x tau nape mate ni ttap tgok kuning tu menawan..... hehe
*Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan*
hehe, inilah isi dalam sampul duit raya tu, brooch butterfly..... so sweet, i love butterfly
k, sekian
25 August 2010
*Two moons on 27th August 2010*
The next time Mars may come this close is in 2287.
*Inilah hasilnya..... Alhamdulillah*
hah! tgok tu tangan si tecik aisha..... aku ye la susun puding yang dah dipotong atas kuih tu untuk snap..... tetiba di golekkan kuih tu ke tepi, dah jadik lain pulak posing kuih tu.....
si tecik aisha sedang menguji keanjalan n kelembutan kuih puding kastad jagung..... ahuhai
24 August 2010
*Kempen 1 Blog 1 Bendera*
*Petang ni nak buat kuih*
so, insyallah petang ni aku nak try buat..... bahan2 sume dah ader lama dlm lemari kat dapur nuun, api x terbuat2 la, nak mintak resepi kat mak, malu la pulak coz setiap kali nak buat, kompem aku tanya kat mak sambil tangan sibuk pegang sudip kat kuali sampai siap masak..... lain la macam orang tu, sepanjang bulan puasa ni, macam2 dah kuih yang dia buat..... jeles lak aku tengok, jeles ke arah kebaikan x per kan..... hehe, so, jom kita masak kuih Puding Kastad Jagung
1/2 cawan gula
4 cawan santan (boleh ganti ngan susu cair)
>> Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam kuali. Kacau sampai sebati.
>> Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat.
>> Masukkan ke dalam loyang. Saiz loyang bergantung kepada banyak mana puding tu.
>> Bolehlah dipotong apabila puding kastad telah sejuk. Boleh dimasukkan dalam peti sejuk kepada yang suka makan sejuk.
*Boleh tak buat macam ni.....?*
23 August 2010
*Awas Jualan Murah!!!*
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSIN
Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.
MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan. Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.
PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.
Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010. Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.
Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.
Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.
Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.
Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.
“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.
“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.
“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.
“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.
Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.
*Jalan Jalan Cari ..... *
so, layan sikit pic aisha yerk.....
22 August 2010
*Dari rumah ini.....*
20 August 2010
*Hari ni sikit jer tau.....*
19 August 2010
*Nak buke ape ari nie ye?.....*
nyum nyum nyum, sedapnyer..... op! op! ingat ye kengkawan, kita di bulan ramadhan nie..... jangan terpengaruh ngan gambar di atas ye..... tapi agak2 hubby bagi tak yerk..... dia pon lebih kurang kaki fast food jugak tu..... tiap2 ari makan nasi, nasi, nasi..... rs cam bosan gak kan..... sesekali ubah selera x salah kan..... tgok la balik nnti camne..... McD pon on da way balik umah jerk tu..... hehe
k, sekian
18 August 2010
*Bagaimana cara pakai helmet yang betul?*
"ha, ketought ketought ketought..... &^%$#@^^..... &*(^%$#_.....&^%$#@!*@~&....." aisha mengangguk kepala tanda setuju sambil membebel bahasa yang aku x paham n menggoyang2 kan jari telunjuk yang seperti memberi nasihat kepada budak2 kecil..... tapi baru ku tahu, yang disebut ketought ketought ketought (aku pon x tau nak translit dlm tulisan camne, tapi lebih kurang gitu la bunyiknyer) oleh aisha itu adalah "betul, betul, betul" dialog upin ipin..... hehe
"aisha nak pi mane tu?..... papa dah kuar la..... aisha x pyah la ikut papa kuar, aisha dok jer ngan mama kat umah nie..... dah, bukak helmet tu....."