assalamualaikum,
setiap hujung minggu memang aktiviti bersama keluarga adalah menjadi keutamaan kan..... ye lah, dah seminggu kerja n sekolah, so hujung minggu adalah waktu yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti bersama..... pi taman ke, pi shopping ke (jarang2), pi mandi kolam ke, pi jogging ke..... tapi biasanya pi taman bawa Aisha beriadah, kalau x jogging pon, jalan kaki pusing tasik pon dah ok bagi aku.....
ha, ni port baru aku jumpa..... x jauh mana pon dari rumah aku, tapi biasalah kan, gajah seberang laut nampak, semut depan mata x nampak..... hihi, asek mencari port riadah yang jauh2, padahal yang dekat dengan rumah pon ada n not bad lah..... boleh je buat aktiviti kat sini dengan keluarga.....
kat mana, kat Kampung Kenanga Rawang..... nama tempat ni adalah
v
v
v
v
v
Laman Kenanga
port tepi jalan besar KL - Rawang (menuju ke highway Ipoh).....
ada play ground untuk kanak-kanak.....
ada swing yang banyak.....
kat ujung kanan gambar tu gelanggang futsal kut, sebab bertutup gitu kan.....
ada port exercise.....
ha yang ujung lepas gelanggang futsal tu ada gerai makanan, boleh lepak situ bila penat exercise.....
ada trek joging.....
penuh daun atas trek time ni dah macam musim luruh dah.....
sempat suruh Aisha posing.....
hihi, lepas gian wat photoshoot
Papa bumping, Aisha jogging, Mama capturing..... hihi
ni port untuk sesiapa yang nak buat foot reflexology.....
Aisha sempat naik balancing trail ni (iya ke nama dia ni, hihi) on the way kami ke gerai makan sebelah taman ni.....
minum petang Papa belanja..... kuew tiau sup, air sirap bandung, air tongkat ali
kongsi2 jerk sebab dah exercise x kan nak makan banyak2 kan..... rugilah..... hihi
ok lah tempat ni, dah hampir2 tahun kami dok sini sejak 2012 lepas, baru ni jumpa tempat ni..... hihi teruk kan..... erm cuma kat sini xder tasik untuk jamu mata n tenangkan fikiran..... x per lah, yang penting ada port untuk riadah yang dekat dengan rumah..... di mana? Laman Kenanga, Kampung Kenanga, Rawang.....
k, sekian